Saturday, December 31, 2016

Akaun baru

Salam semua. Untuk pengetahuan, aku telah mendaftar akaun baru dengan nama Liza Zainal. Akan lebih banyak menggunakan nama baru ni so semua urusan hendaklah menggunakan akaun baru dan bukanlah akaun lama. Blog masih sama cuma berbeza nama je... Lagipun lebih bersesuaian dengan nama asal aku berbanding dengan nama lama sebab nama lama tu gabungan 2 nama daripada 2 orang yang berbeza. Dan sekarang ni pun blog ni banyak aku yang handle sebab sorang lagi dah tak join dah. Itu jelah pengumuman baru dari aku. Sekian terima kasih.

P/S: Gambar nak kena susun balik sebab dah upload tempat baru. Banyak kerja nak kena buat.

Saturday, April 9, 2016

Telefon baru

Setelah bersusah payah aku menyimpan duit sikit, akhirnya aku telah berjaya membeli telefon smartphone pertama aku sendiri. Hooray!! Susah ooo nak simpan duit. Setiap bulan kena strict dan disiplinkan diri untuk simpan. Huhuhu...

Sunday, April 3, 2016

Perihal Hotlink

Ini cerita pasal line Hotlink yang aku pakai lebih kurang dalam 14 tahun lamanya. Sebelum ni takde masalah apa-apa, tapi bulan 12 lepas, tiba-tiba muncul masalah pulak...

Aku tak boleh call out, tak boleh hantar sms... Bila check baki, tak keluar amount. Aku call lah Hotlink. Tanya apa masalahnya. Dia kata aku kena register no. aku tu kat Maxis centre. Ada maklumat tak lengkap katanya. Tapi masalahnya, no aku tu didaftarkan atas nama ayah aku. So kalau nak kena lengkapkan pendaftaran ke apa, kena tuan asal yang pergi. Dia tak nak orang lain melainkan pemilik asal. Aduh... Baru aku ingat... Sebelum ni ada dapat sms suruh register tapi ayah aku kata ignore kan je. Ni lah jadinya bila tak ambik kisah (-_-). Dah la kena pergi Maxis centre nak register bagai, lepas tu kena ayah aku yang pergi dan bukan aku. Kalau ayah aku ada kat KL ni, memang aku dah suruh dah. Masalahnya, dia takde kat KL. Dia ada kat Kelantan sana tuh... Terpaksalah aku tunggu ayah aku datang KL nanti, baru boleh pergi Maxis centre. Bolehla tukar nama sekali ke.. Ayah aku pulak entah bilalah baru balikkan... Kebetulan, awal bulan Januari lepas ayah aku nak datang KL sebab ada kerja. So bolehlah pergi.