Sunday, September 28, 2008

Entahla..

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.

Aku suka pada orang yang tak suka pada aku langsung.. Aku berminat pada orang yang tak berminat pada aku langsung.. Aku jatuh hati pada orang yang takde hati pada aku langsung..

Iya, aku bercakap tentang orang yang sama.. Orang yang pernah baik dengan aku beberapa bulan lepas... Aku baru nak lupakan dia tetiba dia mesra dan rapat dengan aku balik.. Itu semua berlaku bila aku kena balik sorang dari ofis.. Risau katanya, bahaya katanya.. Tapi dia dah warning awal2 yang kami cuma kawan je.. Dia risau, sebab dia anggap aku sebagai kawan je.. Mula2 memang sentap gakla sebab aku ada perasaan kat dia tapi lepas tu aku rasa aku bleh terima hakikat.. Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali... Aku x bleh... Memang x bleh.. Dia selalu pesan dengan aku supaya berhati2 dengan orang.. Selama ni aku x cukup berhati2 ke?? Aku pun konfius.. Sekejap baik sekejap tak kisah...

Location: at home
Mood: confused
Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.
Posted by MZ

Sunday, September 7, 2008

A few days ago..

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.

Aku ingat lagi, 1st day of puasa aku sent sms ke kenalanku. Just to wish Selamat Berpuasa je.. Dalam pukul 10 pagi la.. Dia reply balik pukul 8 malam.. Okeyla, biasa je.. Tapi yang bestnya dia sms aku esoknya dalam pukul 8 malam gak la.. Tapi aku reply balik dalam pukul 10 malam.. Alah mesej foward2 gitu je.. Lusanya plak dia sms aku lagi dalam pukul 7 petang.. Aku replyla mesej foward dia tuh dalam pukul 8 malam plak.. Tak sangka dia terus reply balik sms aku tuh cuma lepas tu aku biar jelah.. Aku nak reply tapi..entahla.. Aku tau kalau aku tak reply balik mesti aku akan menyesal sebab dia mungkin tak akan sms aku lagi dah lepas ni.. Kali terakhir dia sms aku masa bulan 6 lepas.. So, adakah aku kena tunggu 3 bulan lagi baru dia akan sms aku lagi??

Aku bukan citer pasal orang yang aku bencikan tuh, ni pasal orang lain. Aku ingat lagi masa harijadi dia, dia datang lepak kat meja aku dan citer pasal dia dah clash dengan gf dia.. Memangla aku pernah minat kat dia dulu (tapi tak berani minat lebih2 sebab dia dah ada gf time tuh) tapi aku terkejut gakla bila dapat tau yang dia dah clash dah.. Iyelah couple dah lama akhirnya berubah hati pada orang lain.. Nasib baik aku tak cakap kat dia lagi kalau nak kahwin jangan lupa jemput aku (walaupun mungkin aku akan kecewa sketla time tuh) sebab aku dengar dia sibuk2 nak bertunang dengan budak perempuan tu time tuh...

Ada orang cakap kat aku ini lah masanya aku nak masuk jarum tapi aku takutla.. Iyelah, kami bukannya mesra mana pun pastu tetiba je aku nak ngorat dia plak. Maunya dia reject aku plak.. Aku dah fobia dah asik kena reject je.. Bila tak direject, dipermainkan plak... Lagipun dia masih lagi bersedih so aku nak biarlah dia cool down dulu.. Tapi aku still lagi takut..

Location: at home
Mood: hopeful
Music: Ni Zui Jin Hai Hao Ma by S.H.E
Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.
Posted by MZ

Sunday, August 24, 2008

It's all coming back...

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.
Aku sangkakan yang aku dah moved on tapi sebenarnya aku masih belum dapat lupakan dia lagi sepenuhnya. Aku sangkakan yang aku dah buang semuanya yang berkaitan dengan dia tapi masih ada lagi yang tertinggal. Baru aku perasan yang email dia masih lagi dalam add book aku. Bila aku terpandangkan email dan gambarnya sekali terus hatiku terasa sesuatu. Hatiku terasa pedih kembali..

Memang aku pernah sayangkan dia dulu dan aku memang ikhlas tapi aku tak sangka yang dia akan mempermainkan perasaan dan hatiku ini. Konon, tak permainkan perasaan orang tapi apa yang dah jadi sekarang?? Bukan permainkan perasaan orang ke ni?? Aku pun betapa bodohnya percaya cakap dia bulat2 sedangkan selama ini aku berhati2 dengan lelaki.. Entah kenapa aku boleh cair plak..

Betapa sakitnya dan kecewanya aku bila dia buat aku macam tuh. Aku terasa macam orang bodoh plak. Kononnya sayangkan aku tapi akhirnya melukai hatiku plak. Ni pun nasib baik kitaorang bukan satu ofis lagi dah, kalau tak aku pun tak tau macam mana nak berhadapan dengan dia tiap2 hari. At least kurang sket beban aku nih. Budak2 ofis tak tau apa yang terjadi. Diaorang ingat aku masih lagi ada hubungan dengan dia tapi hakikatnya aku dah lama tak ada kaitan dengan dia lagi. Iyelah, sume gambar, sms, email dia dah pun aku buang.

Baru2 nih dia invite aku untuk join community apa tah. Kalau dulu memang aku join tapi sejak persitiwa yang perit tuh aku terus delete account aku tuh. Berani tul dia invite aku lagi. Terus aku block invitation dia. Ada gak dia kirim salam kat aku, belikan kuih untuk aku.. Tapi aku peliklah, untuk apa?? After all that he has done to me and for what??

Location: at home
Mood: sad
Music: Matahariku by Agnes Monica
Terima kasih sebab sudi membaca n3 ini.
Posted by MZ

Sunday, August 17, 2008

Welcome

I'm just started.. So welcome to myself.. Don't know what to write actually but will update later..