Sunday, September 13, 2009

Buka Puasa@Maju Junction Foodcourt

Semalam aku berbuka kat luar, sebab dah janji nak jumpa member lama aku... Iyelah dia dah nak kahwin x lama lagi, kalau nak gi kenduri dia nanti belum tentu aku dapat gi ke tak so aku bagi adiah siap2... Dah alang2 tu kitaorg berbuka sama2 lah... Alah bukak kat foodcourt Maju Junction Mall jer... Nak gi makan kat Sogo for sure ramai orang punya... Itu pun nasib baik ada tempat kosong lagi, kalo tak nganga jelah... Makan pun simple2 jer... Aku selalu citer masalah aku kat member aku nih, termasuklah pasal kisah cinta yang menyakitkan tuh... Dia memang tahulah semuanya... Even dia pun cakap jangan layan orang tu, biarkan dia jer... Hmmm... Dah nak kahwin dah member aku sorang nih... Nampaknya tinggal aku jelah yang belum berpunya lagi... huhuhu

Aku telah berjaya membeli ebook yang aku nanti2kan iaitu "Panduan Cinta Untuk Wanita" dan "101 Cara Mencari Cinta"...Huahuahua sukernya!!!

Location: Maju Junction
Mood: hungry

Wednesday, September 2, 2009

Sepatutnya..

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.

Memang aku sengaja online ym aku mlm ni.. Aku nak tau apa yg dia nak ckp kat aku.. Kalo x aku akan terus tertanya2 so dgn keberanian yg ada aku pun tunggula sampai dia tegur aku... Ingatkan x nak online lg dah sekali dlm 10 lebih dia tegur.. Aku masih lg berdiam diri... Dia tanya aku marah lg ker... Dia mintak maaf atas segalanya.. Tapi aku still x ckp apa2 pun... Dan akhirnya...dia mmg sengaja nak sakitkan hati aku nih... Dia kata kalo aku x nak kawan dgn dia lg dah, fine... Dia dah x nak jumpa aku lg dah lps ni... Nak marah2 plak.. Sepatutnya aku yg patut marah.. Yg aku marah bila dia kata dia x nak jumpa dgn aku lg dah n kata "..damn it.." kat aku... Siapa yg x nak kawan dgn siapa sblm nih??!! Siapa yg dtg cari siapa skrg nih??!! Siapa yg patut marah setelah apa yg telah berlaku setahun yg lepas hah??!! Siapa???!!! Cuba bgtau aku siapa!!!

Location: at home
Mood: annoyed
 Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.
Posted by MZ

Monday, August 31, 2009

Cinta Ini Membunuhku pt. 2

Baru2 ni dia ada hubungi aku lagi.. Aku x layan satu pun... Aku tahu kalo aku check email dia mesti online(kdg2 la) tapi entah kenapa aku online gak chat aku tuh... Pastu bila dia tegur baru tau aku x boleh... Aku belum bersedia utk berhadapan dgn dia lagi... Maupun bertegur sapa dgn dia... Hatiku akan terasa sakit kembali... Aku menjadi sebak & sedih semula... Hampir setahun lebih dia x hubungi aku n aku dah mula biasakan diri tanpa kehadirannya tiba2 dia muncul kembali... Utk apa?? Utk menambahkan pedih luka lama?? Dia kata dia mintak maaf.. Dia mintak berilah dia peluang utk mintak maaf... Aku x sure dia nak mintak maaf utk apa... Adakah utk segala yg dia pernah buat kat aku dulu or utk x pernah hubungi aku selama setahun lebih?? Kali terakhir aku jumpa dia setahun yg lepas dia mana ada dtg jumpa aku ke apa, tegur apatah lagi.. Sekarang dia baru sibuk2 nak tegur aku... Aku rasa kalo dia x cari aku or x tegur aku langsung pun aku x kisah.. Lagi bagus.. X lah menyeksa diri aku nih... Aku pun pelikla... Aku tahu yg dia cari aku tapi aku masih lagi menjurus ke arah itu(membiarkan dia jumpa aku)... Sepatutnya aku terus sembunyi dan berdiam diri ke tapi aku still meng'expose' diri ini kpdnya.. Hati ini benar2 nak berhadapan dgn dia tapi aku tahu yg aku belum mampu nak berhadapan dgn dia, belum bersedia lagi... Apa kena dgn aku tah...

Location: at home
Mood: confused
Posted by MZ

Sunday, August 23, 2009

Cinta Ini Membunuhku..

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.


Aku baru je lepas bukak email tadi.. Tiba2 ade request utk chat.. Dan ia drpd org yg pernah lukakan n kecewakan aku dulu... Aku pun bukakla msg dia.. Dia tanya aku apa khabar.. Katanya puas dia cuba cari aku..Pastu taip nama aku.. Aku biar je dia yg berkata2 kemudian aku terus log off... Aku pun satu, x patut bukak msg tu in the first place lg.. Tapi entah nape tgn ni gatal pegi bukak gak msg tu... Aku ingatkan dah lama punya msg rupanya dia tgh online... Apa yg dia nak lg sebenarnya?? Buat apa dia cari aku lg setelah apa yg dia telah buat padaku dulu... Aku jd sebak & sakit hati bila dia ckp mcm tu... Walaupun aku dah maafkan dia tapi aku masih teringat apa yg dia pernah lakukan padaku dulu... Bak kata org luka dah sembuh tapi parut tetap ada.. Lagipun dah setahun lebih kenapa baru sekrg dia msg aku pdhal bukannya xleh email ke apa kan... Tapi kalau aku dah maafkan dia kenapa aku bertindak sedemikian?? Patutnya aku bleh buat mcm tiada apa yg berlaku tapi aku x bleh.. Maybe aku masih x dpt nak maafkan dia lg sepenuhnya... Hatiku masih sedih lg... Dahla aku dipermainkan oleh org yg aku suka baru2 ni dan kebetulan org tu satu ofis dgn aku, tapi aku masih bleh bertahan utk berhadapan dgn dia... Sekarang 'dia' plak muncul balik untuk apa??

P/S: Pagi 24hb aku bukak email, ada msg simpanan. Siap bgtau lg yg hp dia ilang pastu semua no xleh trace so dia bg no phone dia suh aku contact dia balik... Jgn harapla, lgpun aku dah terdelete msg tu so aku x igt no phone dia..

Location: at home
Mood: sad
Music: Cinta Ini Membunuhku by D'Massive
Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.
Posted by MZ

Saturday, July 4, 2009

Segalanya telah berakhir pt. 2

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.
Memang sahla yg dia dah x pedulikan aku lagi... Nampak sgt dia jadi dingin bila bercakap/sms dgn aku... Kalau x dulu dia selalu suka over dgn aku tapi skrg x lagi... Aku pernah sms dia hari khamis malam jumaat tu dan buat pertama kalinya dia x reply langsung sms aku tu... Selalunya dia memang akan reply tapi maybe dia bz sgt so aku biarkan jelah... Lama gak aku tunggu akhirnya tgh hari ahad tuh dia sms aku... Tapi yg sedihnya dia mcm nak x nak je layan aku... Kalau dulu kan dia suka menggatal sket dlm sms tapi kali ni dia memang agak dingin sket dgn aku... Selalunya kami akan sms sampai berjam2 tapi hari tuh cuma sekejap je, x sampai 1/2 jam pun agaknya... Lepas tu dah, senyap je tanpa berita... Dah beberapa kali aku nampak dia asik dok berkepit dgn bdk perempuan tu dan dah beberapa kali hatiku ini dirobek dgn tindakan dia tu... Sakit & pedih rasanya...Dulu dia pernah pinjam duit dr aku tapi dah pulangkanla.. Bila dia dtg jumpa aku n aku nak amik duit aku tu, dia dah x semesra dulu dgn aku... Sejak dari hari aku ot tu aku dah bleh agak dah... Gosip yg tersebar pun dah merata dah psl diaorg... Xde org tahu yg aku menangis hari tuh... Sakitnya bila dikecewakan sebegini... Aku terasa mcm diperbodohkan, kalau sekalipun aku ni bodoh x bermakna dia bleh memperbodohkan aku sebegini.. Terasa mcm semua ini hanya satu lakonan semata2 saja bagi dia... Memangla aku x percaya bila dia cakap sayang semua tu tapi kenapa dia buat mcm ni kat aku?? Tambahan pulak aku memang sayangkan dia dari dulu lagi.. Pernah aku sengaja lalu depan dia byk kali tapi dia dah x kisah dah... Tapi bila aku nak elak dari selisih dgn dia plak asik bertembung dgn dia jugak... Ada gak dia cuba usik2 aku tapi aku buat x reti je... Hatiku terlalu sakit utk layan dia lagi... Tapi tulah time aku hampir2 nak lupakan dia, dia plak cuba nak berbaik2 dgn aku plak... Walaupun terluka tapi aku masih berharap, walaupun cuma secebis je... Kadang2 tu bila ada sms masuk aku berharap sgt dia yg antar tapi bila aku baca n ia bukan daripada dia aku rasa sgt kecewa... Sampai hati dia perlakukan aku sebegini.. Macam mana aku nak lupakan dia kalau ini semua masih berterusan??

Location: at home
Mood: sad
Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.
Posted by MZ

Sunday, June 21, 2009

Segalanya telah berakhir..

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.

Walaupun aku berkawan dgnnya tapi kenapa cemburu masih hinggap di hati ini?? Walaupun dia sering ungkapkan syg, mahukan aku dan sukar untukku mempercayainya tetapi mengapa aku masih lagi terluka?? Walaupun aku sudah tahu kebenarannya tetapi mengapa aku masih ingin menerimanya??

Aku selalu cakap kat dia siapalah aku ini, xde siapa yg nak or syg kat aku.. Dia mesti cakap yg dia sayang kat aku dan kalau xde org nak kat aku kiranya dia nakla.. Susah aku nak percaya walaupun dia selalu jwb macam tu walaupun aku bertanya soalan yg sama berulang kali.. Tapi aku memang susahla nak percaya kebykkan cakap dia tu.. Entahla, aku pun x sure kenapa padahal aku sayangkan dia.. Bila aku tahu dlm masa yg sama dia berminat dgn org lain, aku rasa pedih sgt hati ini... Tapi bila aku cuba nak lupakan dia, dia seolah2 mcm tahu je nak sejukkan hatiku ini.. Maybe sbb tu aku masih teruskannya dan lupakan apa yg telah terjadi... Tapi masalahnya perkara tu berulang lagi... Dan sekarang ia semakin jelas dan nyata tapi dia masih lagi berpura2 seolah tiada apa2 yg berlaku dan spt itu semua x penting pun bagi dia.. Tapi aku semakin terluka, dan ia semakin parah... Patutla dia dah x sms/call aku lagi... Kalau x dia mesti nak bermanja2 dgn aku ker... Aku x tau samada dia mmg bz or sibuk layan bdk perempuan tu ker... Semua org dah tahu psl mereka dan bdk perempuan tu pun mcm nak mengiyakan semua tu cuma malu2 lagila... Tapi xde siapa tahu psl aku ini... Sekarang ni aku rasa mcm diperbodohkan,dipermainkan.. Semua tu hanyalah lakonan semata2... Aku mmg sucks with guys agaknya, sbb tu lah kot aku selalu fail dlm part nak bercinta nih... Memang aku sygkan dia tapi aku x tahu samada aku boleh teruskan lagi atau x semua nih..

Location: at home
Mood: sad
Music: Kerana by Erra Fazira
 Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.
Posted by MZ

Saturday, May 30, 2009

I'm in love..I think..

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.

Kononnya nak main2 je, bkn nak serius sgt dgn dia so aku pun saje2 je layan dia (tah2 dia pun bkn serius sgt pun, takat nak main2 je)... So sama2 main2 n x serius, tapi sejak aku dgr dia cerita pasal dia nak bermain cak2 dgn anak dia, plan nak panggil 'papa' lah aku jd mcm tertarik dgn dia... Agaknya start hari tuh kot aku mula sukakan dia... Benda ni dah lama dah, rasanya seminggu lepas dia start mula sms aku awal bln ni, tapi dia still x tau lg perasaan aku, maybe dia ingat aku suka kat dia.. Iyelah dah hari2 dok usha je, aku pun dok layan dia je... Pastu bila ada org salah nombor nak berkenalan dgn aku Rabu lepas n beria2 nak jumpa dgn aku, baru aku menyedari yg aku mula menyayangi dia... Bkn apa, aku x sukalah kalo org paksa2 nak jumpa pdhal baru je kenal.. Nanti jd apa2 plak, siapa yg susah aku jugak... Org tu beria2 nak jumpa dgn aku, siap nak jumpa parents aku nak minta izinla tapi dia ingat boleh ke?? Dahla x kenal pastu nak ajak kuar plak... Bahaya tul la... Anyway, bila aku dah mula menyayangi dia, aku selalu teringat kat dia, selalu rindukan dia huhuhu...

Aku ingat lg masa aku x serius sgt dgn dia dulu, aku saje je nak mainkan dia, kenakan dia. Konon2 aku menyampah n x kuasa nak lyn dia.. Adelah dlm seminggu lebih aku x pandang muka dia pun bila dia dtg tegur aku (sian dia, jahatnya aku time tu..) Dia cuba nak berbaik2 dgn aku tapi aku cuma ckp dgn member aku (kuat gak la supaya dia dgr sekali) yg aku x lyn buaya darat... Sejak tu dia kerap tanya member aku yg aku ni dah ok ke blum.. Siap pesan lg yg dia masih sygkan aku, dia anggap yg lain tu mcm kawan je... Tah bila tah dia ckp dia sygkan aku tetiba dia kata dia masih sygkan aku... Akhirnya aku pun baikla dgn dia (bukannya betul2 gaduh pun) tapi still marah lg dgn tindakannyalah sbb dia suka menggatal dgn perempuan lain.. Tu sblm gi family day, masa kat family day pun aku mcm ok x ok je layan dia. Time tu aku dah sukakan dia tapi geram gak bila tgk dia menggatal dgn perempuan lain. Tapi aku ok dah, dlm hati x siapa tahu... Bila dia x dtg aku tertanya2 gak nape dia x dtg, rindu gakla huhuhu...

Location: at home
Mood: in love
Music: Kelly Clarkson's mp3
 Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.
Posted by MZ

Saturday, May 23, 2009

Buhsan dalam hati

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.

Minggu ni aku jarang jumpa mamat yg minat kat aku tuh (minat ker??).. Apatah lagi member aku citer yg ada org cakap dia tu mcm org x betul je sbb suka sgt senyum kat org.. Mesti sbb org tu pun terkena gak mcm aku... Alamak, x betul ke.. Rejectla... Mau2 dia ada skru yg longgar ke tu yg menyebabkan dia suka senyum kat org lain bila bertembung walaupun x kenal.. Bagus tu memangla bagus tapi... Lantakla..

Minggu ni ada 2 member aku kahwin... Tapi yg aku x sangka tu sorg tu dah nak kahwin sbbnya dia bukanlah termasuk dlm kategori org cun sbb bersaiz xxxl (tapi cute la) tapi dah nak kahwin dah... Aku ni yg bolehla tahan tapi pakwe pun xde apatah lagi calon suami... Uwaaa... Bila nak jumpa seseorg nih?? Xde ke lelaki suka kat aku.. Lelaki yg aku suka semuanya x berminat dgn aku... Kalau ada pun takat suka2 je, main2 je.. Xde ke yg betul2 ikhlas sukakan aku?? Huhuhu... Sedihnya, umur dah meningkat tua tapi masih lagi single and available...

Location: at home
Mood: bored
 Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.
Posted by MZ

Friday, May 1, 2009

Geramnyaaaa...

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.

This week dah 3 kali aku selisih dgn admirer aku tuh.. Dan yg paling aku geram sekali bila kami selisih kat pintu masuk ke kafe... Selalunya org akan injak ketepi sbb ada org lain nak lalu depan kita tapi yg aku geramnya dia bleh plak berhenti depan aku n x nak bergerak ketepi or so what.. Aku yg terpaksa ketepi sbb nak bagi dia jalan plak... Dah la dia berhenti betul2 depan aku... Hampeh tul... Member aku sukala nak nyakat aku pasni... Gerammmmmnyaaaaa....!!!!

Location: at home
Mood: annoyed
Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.
Posted by MZ

Sunday, April 26, 2009

Pesta Buku Antarabangsa 2009

Minggu ni dah 2x aku pergi Pesta Buku nih.. 1st time hari Isnin lepas, sengaja aku cuti sbb nak elak dari kesesakan org pastu ingatkan x nak pergi lagi dah. Akhirnya aku decide pergi gak hari ni, Ahad, sbb ada lagi yg aku x explore ari tuh.. Ramai n penat giler.. Atleast aku puasla walaupun majalah Rasa Oktober tu xde, huhuhu... Anyway ini memang event tahunan aku x kisahla 1x or 2x aku pergi tapi hakikatnya aku memang akan pergi tiap2 tahun.. 1st time ari tuh aku beli novel sebiji.. Ari ni aku beli paper bag, 3 novel n 1 magazine.. Nasib baik aku beli paper bag, kalo x jenuh aku nak menjinjingnya..

Minggu ni gak aku ader sekali berselisih dgn mamat yg selalu pandang aku tuh.. Kebetulah aku terpandang dia, tapi bila perasan yg dia sedang pandang aku dan aku x berani nak renung lama so aku pun alihkan pandangan aku.. Abis aku kena sakat dgn member aku tuh.. Nak jodohkanla kunun... Aku sebenarnya x sangka yg aku ade peminat hehehe ;P

Location: at home
Mood: calm

Friday, April 17, 2009

Minggu yg PELIK n MENGARUT

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.

Minggu ni memang minggu yg pelik n mengarut dlm hidup aku.. Kenapa?Apa?Bagaimana?

Aku dah mula sukakan org yg pernah aku x berapa nak suka dulu.. Memangla dulu aku x suka sgt kat dia sbb dia 'dera' aku time wat kerja 'buruh' dulu tp entah kenapa tetiba aku jadi suka kat dia plak.. Betullah kata org, bila kita x suka sgt kat seseorg tu lama2 kita akan jadi suka dan kalau kita suka sgt kat seseorg tu lama2 kita akan bencikan dia plak... Itulah yg terjadi pada aku...

Maybe sbb selalu selisih dgn dia time balik kot yg menyebabkan aku boleh suka kat dia plak.. Pernah sekali member aku cakap yg dia senyum kat aku.. Aku x perasan sbb aku x pandang dia pun, tp aku x nak salah anggap so cakaplah maybe dia senyum kat org lain ke or dia tgh senyum sensorg ker mana tau kan... Tp lama2 baru aku perasan, setiap kali aku selisih dgn dia, mesti dia pandang aku.. Padahal bukannya kitaorg kenal pun... Jln tu plak bukannya ramai org lalu dan sekeliling aku memang xde org pun..

Minggu ni cuma beberapa kali je terserempak dgn dia.. Entah kenapa aku jd mcm rindu kat dia plak.. Memang pelik n mengarut kan?? X taula apa nak jd dgn aku nih..

Location: at home
Mood: calm
Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.
Posted by MZ

Sunday, March 22, 2009

Boys Over Flowers

Sekarang nih tgh syok tgk citer Boys Before Flowers.. Meteor Garden versi Korea.. Mula2 terjebak bila tgk AstroGuide catat citer tu... Yg aku pernah dgr citer Boys Over Flowers, Meteor Garden versi Jepun or Hana Yori Dango, tu yg membuatkan aku eager nak tgk tuh.. Best gak, lagu pun best gak tp malangnya kat Malaysia xde vcd dia lg.. Belum habis lg citer tu kat Korea... Bilalah agaknya nak kuar vcd dia yek?? X sabar nak pergi beli...
Picture googled
P/s: I love all the BBF OST's

Location: at home
Mood: excited
Music: BBF OST

Sedih & sakit hati

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.

Aku igtkan aku dah boleh lupakan dia tp aku silap.. Aku masih x boleh lupakan dia.. Terasa sedih bila melihat dia mesra dgn org lain dan x layan aku lagi dah mcm dulu... Ada sekali tu dia tegur aku sbb aku kebetulan beratur depan dia.. Tu jelah sekali, masa lain jgn haraplah.. Walaupun berada dlm lif berdua je.. Sakitnya hati aku... Kenapa dia berubah cepat sgt?? Apa jd dgn sikap ambil berat dia terhadap aku dulu?? Adakah dia cuma berpura2 je ambil berat pasal aku?? Aku bencikan dia tp aku x dpt nak bencikan dia.. Warghh!!

Location: at home
Mood: frustrated
Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.
Posted by MZ

Tuesday, February 10, 2009

Tersadar, didalam sepiku...

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.

Setelah sekian lama, baru kini aku tersedar dari mimpi.. Bukannya x tahu cuma x celik betul2.. Barulah aku kini boleh terima hakikat yg dia sebenarnya x pernah berminat dgn aku.. Aku je yg terhegeh2..huhuhu... Well, at least aku dah boleh terima hakikat... Teruskan hidupku... Cari org lain jer... Aku igt lagi yg aku dah pilih lagu utk setiap lelaki yg aku suka & minat... Sebelum2 ni ada gak tapi xdelah aku pilih lagu utk diaorg... Cuma yg ni je yg sempat..hehehe..

A : Cuba - Faizal Tahir
F : Bila Nak Saksi - Spider
F : Tercipta Untukku - Ungu
AB : Lelaki Ini - Anuar Zain
A@J : Pastikan - Dato' Siti Nurhaliza
D : My All - Mariah Carey

Location: at home
Mood: calm
Music: Rawan by Azharina & Terima Kasih Cinta by Afghan
Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.
Posted by MZ

Saturday, January 3, 2009

Happy New Year, 2009

Sedar x sedar, diam x diam dah masuk dah thn baru, 2009.. Baru je beberapa hari berlalu.. Bukan x nak update tapi terasa pedih utk meluahkannya.. Harap2 thn baru ni x spt thn lepas yg byk kenangan pahit dan menyakitkan..
Iyelah, orang yg pernah mengambil berat kini dah x pedulikan aku lagi dah.. Dah x care pasal aku lagi dah.. Kdg2 tu aku teringat balik masa2 yg indah tu.. Terasa rindu sgt2 time tu.. Kalau boleh nak putar ke masa itu, tapi... Kini semuanya telah berlalu dah x mungkin akan kembali lagi. Aku rasa macam nak pergi jauh je, jauh dari dia dan segala2nya, tapi x boleh... Bukan masa yg sesuai.. Entahla, mungkin kelak kot... Sekurang2nya dapat aku melupakan semuanya.. Bilalah kot agaknya yek...

Location: at home
Mood: gloomy
Music: Cuba - Faizal Tahir