Wednesday, December 28, 2011

Red Velvet Cupcake

Hari ahad lepas aku trylah buat cupcake. Tu pun sebab adik kata dia teringin nak makan Red Velvet Cupcake (RVC). So aku pun surf internet dan terjumpalah satu resepi RVC. Petang ahad tu aku bancuh siap2 adunannya semua, pastu malam tinggal nak bakar je. Senang sket keje aku.

Friday, December 23, 2011

Sakit hati lagi..

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Kalau rasa taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.Tapi kalau nak baca, silalah.

Pagi tadi aku terdengar makcik2 kat umah aku ni bersembang.

Makcik 1: Banyaknya kucing kat rumah ni.
Makcik 2: Ha'ah..Besar ada kecik pun ada.

Takpelah, bukan citer2 penting pun kan. Tapi tetiba dia citer pasal aku plak. Tu yg aku tertarik nak dengar tu.

Makcik 2: Mak bapak takde kat sini. Dah duk Terengganu.
Makcik 1: Hah? Buat apa kat sana?
Makcik 2: Bapak dia tukar sana. Anak yg sulung adalah kat sini. Tak keje.

Dahla mengumpat, pastu bagi fakta tak betul plak tu. Bila masa bapak aku keje kat Terengganu. Kelantanlah! Pastu siap bagitau kat org plak tu yg aku tak keje. Yg dia baik hati sangat nak bagitau apehal??

Makcik 2: Haritu saya ada suruh mintak keje kat pasaraya tu tapi dia tak nak. Dia jawab apa "Buat apa??!" kat saya.

Ni yg aku hangin nih. Pandainya makcik 2 nih putar belit cakap aku. Aku takde sebut pun perkataan tu tapi boleh plak dia tokok tambah sendiri. Pastu gaya aku jawab tu mcm cakap org berlagak plak. Seingat aku, aku cuma cakap "Ha iyelah2, nanti saya pegi", tu je. So mana satu part yg cakap "Buat apa??!" tuh...??

Makcik 2: (aku tak dengar part dia citer pasal parents aku kena bayar apa ke tah) Umur dah 30 dah.

Kena ke sebut part umur tuh?? Nanti org ingat aku ni dari abis belajar sampai sekarang tak pernah keje padahal aku baru tahun ni tak keje. Memanglah bil2 kat umah nie bapak aku yg bayar tapi bab makan aku dengan adik aku boleh survive lagi. Savings aku cukup belanja dapur semua tu. Dia apa tahu?? Tahu mengumpat pasal aku kat orang pastu citer seolah2 aku ni macam orang jahat plak. Sakitnya hati aku bila dengar!!

Makcik 2: Dia tak nak borak dah.

Eh, bukan ke dulu kau yg kata takut nak cakap dengan aku sebab aku garang?? Sekarang kau citer kat orang yg aku tak suka borak2 dengan kau lagi dah?? Ni apa kes??!!
Memang patut pun aku tak cakap dengan kau, nanti kalau aku cakap kang kau plak citer kat orang lain. Pastu kau putar belitkan cakap aku. Dari tak cakap jadi macam aku yg cakap. Aku memang dah jangka dah, orang macam makcik tu memang suka citer pasal rumahtangga orang kat orang lain. Kalau tak, masakan masalah kat rumah orang lain dia boleh tahu?? Orang tu datang nak mengadu kat dia tapi dia plak pegi citer kat orang lain.

 Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.
Posted by MZ

Thursday, December 22, 2011

Light Cheese Cake

Salam. Just nak bagitau, ini adalah Light Cheesecake pertamaku... Buat pd ahad lepas tapi baru skrg dapat update. Taklah secantik mcm org dah biasa buat kek kan..?? Utk resepi boleh tgk kat blog ni dan tutorialnya kat sini. Malas nak taip resepi kat sini balik.. Hehehe...

Monday, December 12, 2011

Perihal ShoutMix

Org dah kecoh2 dah... Semua dah start gelisah semacam... Dah takleh nak buat apa lagi dah... Suka atau tak kena bayar gak, kalo taknak bayar tukar yg lain jelah...
Apa yg aku merepekkan nih??
Haa.. Kalo nak tau, meh sini aku nak bagitau.
Mulai 1 Januari nih, ShoutMix tak menyediakan shoutbox free lagi dah.
Kena bayar plak. Kalo tak percaya cuba pegi kat shoutbox masing2. Pastu cuba click kat Important Notice yg ada kat penjuru atas belah kiri tuh. Kat situ dia ada bagitau.
Kalo malas gak baca jelah kat bawah ni hah:
"And so, ShoutMix is not going to be free any more. Existing users will be able to continue using their accounts at no cost right now. The transition will begin within a few weeks. Eventually, users with free accounts will need to switch to a paying plan or stop using the service. The date is set at January 1, 2012. After this date, free accounts will stop working unless upgraded to a The good news is that ShoutMix will be available for only $0.99/month and will be available effective immediately. For our old version (the Classic) it will only be available in Premium package which costs approximately $1.67/month."
So kalo sayang sgt nak tukar yg lain, bayar jelah. Kalo taknak bayar, tukar jelah yg lain.

Tuesday, December 6, 2011

Cake Redemption pt. 2

Setelah selesai aku merasa kesemua kek(4 slices) yg aku redeem kat Suchan bulan lepas, kini tibalah masanya utk aku review mengenai kek diaorg tu.
Kek pertama ialah kek Tiramisu. Bagi aku mmg sedaplah. Keknya lazat berkrim disukai ramai, tak lupa juga berkacang diatasnya. Patutla org suka sgt kek nih. Tapi aku takleh la makan selalu sgt, takut muak nanti. Itupun dah ngap 2 potong..hehehe..
Kek kedua yg aku rasa adalah kek Strawberry Pavlova. Keknya lembut mcm tisu+keras mcm kerak roti yg dah lama dan keraknya terlalu manis sgt bagiku. Tapi bolehla...
Kek ketiga dan terakhir sekali adalah carrot cake. Ok, not bad. Tak terlalu manis. Tapi mcm makan kek kelapa plak.
Itulah saja review saya utk hari ini. Sekian terima kasih.

Thursday, December 1, 2011

KL-Gua Musang-Cameron Highland-Gua Musang-KL

Cuti sempena Awal Muharam ni, kitaorang adik beradik plan nak gi Gua Musang, tempat tinggal parents kitaorg. Cuti hari Selasa, so lama sket kat sana. Bertolaknya pagi Sabtu lepas. Kiranya lepas tengah hari tu sampailah. Lepas dah kemas2 barang, siap2kan kucing2 dengan makanan dan pasir mereka, kitaorang pun berangkatlah. Sampai sana dalam pukul 2pm lebihla (4 jam perjalanan). Bila sampai je, parents dah duduk kat tangga tunggu kitaorang. Terasa macam balik kampung pulak padahal GM tu bukan kampung kitaorang pun. Dengan keadaan rumah macam rumah kampung lagilah terasa kekampungannya. Tidur semalam kat sana. Pastu pagi esoknya kitaorang berangkat ke Cameron pulak (1 1/2 jam perjalanan).

Friday, November 25, 2011

Cake redemption pt. 1

Harini aku nekad nak pergi Curve untuk redeem kek kat The Suchan yang aku beli kat Milkadeal. Nak refresh kan balik tengok baucer kat entry ni.

Walaupun aku terlepas shuttle bas ke Ikano tuh, tapi nasib baik ada bas Rapidkl ke sana. Padahal aku tak pernah naik bas tu, so kiranya gamble lah ni. Nasib baik ada orang turun kat Ikano, kalo tak, tak tau aku nak turun kat mana. Hehehe... Redemption adalah selepas pukul 2pm dan aku sampai dalam 2.30pm. So tanpa berfikir panjang lagi aku terus bergegas cari kat mana tempatnya. Jumpa gak tempatnya. Kat jambatan yang menuju ke E@Curve tu. Kalau ikutkan dia ada 2 jambatan, satu Link Bridge 1 dan satu lagi Link Bridge 2. Lokasinya kat LB 2.

Thursday, November 24, 2011

Bebola Donut

Ini adalah percubaan pertamaku dalam membuat Bebola Donut.
Aku buat ni utk sarapan pagi semalam tapi harini punya entry.
Itu aje utk harini, sekian terima kasih.

Wednesday, November 23, 2011

Lagi..??!!

Semalam, brg yg aku order dari FB pun dah sampai.
Asalnya ingatkan nak trylah beli tepung cheese tu, kotla lain ke sbb murah sket.
Tapi bila dpt, rupanya tepung Nacho Cheese dan bukan Jalapeno Cheese...
Tepung ayam goreng RM17.00, tepung keju RM13.00, kos penghantaran RM7.00

Friday, November 18, 2011

Semalam pegi MidValley

Akhirnya semalam aku telah pergi ke Midvalley... Asyik tangguh2 je, so aku nekad semalam nak pergi gak walau macam mana pun. So tengah hari tu, aku keluarlah menuju ke bus stop.
Yang aku tak puas hati, ada ke patut bas yang aku tahan tu tak nak berhenti. Taulah aku sorg je.. Kot ye pun nak berlumba dengan bas Rapid kat belakang tu takkan penumpang sorang pun tak layan.
Mentang2lah kat depan sana banyak penumpang, (agaknyalah) aku dipinggirkan. Terpaksa aku tunggu bas lain. Nak naik bas Rapid aku takde kad. Teruk tul... Lepas naik bas gi ke KL, naik lrt pulak pergi ke Bangsar. Amik feeder bas kat sana. Nasib baik aku tak payah tunggu lama sangat feeder bas tu.

Wednesday, November 16, 2011

Percubaan kedua

Kali ni aku try masak chicken wrap guna wrap yg aku beli kat Sogo. Lebih kurang mcm guna tortilla tapi yg ni mmg khusus utk wrap2 mcm KFC punya tu.

Ayam tu aku guna ayam yg telah diperap dan digoreng. Aku letak daun salad, tomato, kepingan Chachos dgn sos jalapeno beli aritu. Mcm KFC gak. Tapi hasilnya xdelah sebiji mcm KFC.

Tuesday, November 15, 2011

Sudah sampai yeh!yeh!

Semalam abg posmen tekan loceng rumah.. Nie mesti serbuk jalapeno yg aku order dah sampai. Tanpa berlengah aku pun pegilah jumpa abg posmen tuh. Hehehe..mmg betul pun.
Aku pun apa lagi, bukaklah package aku tuh. Tak sabar betul aku nak tgk rupa bentuknya.
Barang dah ada, so apa lagi.. Testing time. Petang tu jugak aku try buat cheezy wedges. Tapi kena bancuh dululah...

Monday, November 14, 2011

Roti Piza

Semalam trylah buat roti piza. Asyik tgk org buat je... So dlm misi menghabiskan roti Gardenia buatla roti piza tuh.. Alah tinggal 5 keping je pun..
Topping dia pun main letak je ikut suka hati aku.
Sedap gak (puji diri sendiri)...
Bahan2
Roti
Sosej
Telur
Tomato - dihirs
Sos cili
Sos tomato
Mayonis
Keju parut - guna 2 jenis keju cheddar dgn mozzarella

Friday, November 11, 2011

Jumaat, 11.11.11

Ingat tak macaron deal yg aku beli lepas?? Kalau tak ingat tengok entry ni. Kalau malas gak nak klik link tuh tgk je gambar kat bawah nih.
Hah, dah ingat dah ke?? Nak bagitau nih, akhirnya ia sampai gak ke umah aku dengan selamatnya. Hehehe...

Monday, November 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam Aidiladha. Well, semalam makan nasi impit, rendang daging, kuah lodeh dengan sambal sotong. Makan pagi, tengah hari dan malam sekaligus. Jimat betullah. Jumaat lepas akhirnya aku keluar gak. Setelah sekian lama plan nak shooping something tapi asyik tunda jer. Alah pegi Sungei Wang je. Tu pun sebab dah lama tak ke sana.
Anyway, aku seperti biasa, kalau ke SW mesti tengok Daiso gak. Adalah beberapa item yang aku nak tu. Pastu aku ke Watson, nak beli barang peribadi sket. Semua yang aku nak ada. Last sekali aku pegi ke Giant beli barang dapur sket. Barang aku gakla. Tu jelah pun.

Posted by MZ

Tuesday, November 1, 2011

Twist Potato

Tengah surfing cari pasal sos jalapeno kat google, sekali terjumpalah satu blog nih (blog Fiza Nordin) yg citer pasal dia masak nugget dgn sos jalapeno. Katanya dia beli kat Ummi@FB. Sekarang nih tgh promosi sempena Aidiladha. Dalam RM10 utk 200gm (asal RM12 utk 200gm) tak termasuk postage. Macam nak beli tapi aku kena survey harga dulu. Sebab kat blog Jaja'z pun ada jual gak tapi RM15 utk 200gm lah. Tu pun tak temasuk postage. So anda rasa mcm mana??

P/s: Video tu tunjuk cara mcm mana nak buat kentang spiral yg selalu jual kat pasar2 malam. Selalunya kat pasar malam tuh pakai mesin, tapi dah ada tutorial nih blehla buat sendiri. Pastu makan dgn sos jalapeno tuh. Huhuhu...

Monday, October 24, 2011

Apa citer..

Semalam ayah aku ajak pergi tengok mall baru bukak kat Danau Kota tuh. Alah KL Festival City tuh. Kitaorang parking kat luar, betul2 bertentangan dengan mall tuh. Penuh pulak parking kat situ. Anyway, atmosphere dia macam kat KLCC. Maybe sebab masih baru lagi. Lantai pun licin lagi. Ada lagi kedai2 yang belum bukak. MBO pun tak bukak lagi. Kitaorang just jenjalan je, tengok keadaan mall tu. Sale sana sale sini. Iyelah opening sale katakan. Nanti mesti lagi crowded kat Danau Kota tuh. Huhuhu... Katanya ada shuttle bas, tapi aku tak nampak pun??

Pastu kitaorg pun berangkat ke Jusco plak. Lapar rasanya bila jenjalan kat mall tadi. Makanlah kat food court Jusco tuh. Dah makan, kitaorang pergi ke Seri Gombak. Ayah nak cari TV katanya. Pergi Seri Gombak, Giant pastu Seri Gombak balik, akhirnya beli gak TV 24".

Penat tul berjalan arini... Padahal naik kete je...

Monday, October 17, 2011

Konvo adik kat Unisel

Semalam adik lelaki aku konvo. Utk course diploma dia. So kitaorang 1 family pergilah. Nun jauh kat Bestari Jaya tuh. Memandangkan cuma 2 orang je boleh masuk, aku dan adik perempuan aku kena tunggu kat luar dewan.
Orang tengah beratur nak masuk dewan

Thursday, October 13, 2011

Hari ni makan apa yek??

Sebenarnya aku buat Char Koay Teow semalam.
Ada lebih paste tu aku frozenkan.
Boleh buat makan esok ker.
So aku panaskan paste tu.
Tinggal nak tambah koay teow jelah.

Monday, October 10, 2011

Mini Cek Mek Molek


Ini adalah percubaan keduaku utk buat Cek Mek Molek.
Tapi kali ni kecik sket dari yg lepas.

Thursday, October 6, 2011

Sarapan pagiku

Pagi tadi aku goreng Cek Mek Molek yg aku uli semalam.
Buat pertama kalinya aku buat benda nih.
Tgk pd rupanya mcm jadi...
Rasa pun kira oklah...
Bolehlah tu...
Cumanya aku x reti sgt nak gentel keledek tu...
Sebab tu nampak sgt mcm amatur yg buat.
Memang pun.. Kalo pro x jadi mcm aku punya.
Mesti bentuknya lagi cantik, kan kan kan..

Monday, October 3, 2011

Another voucher

Minggu lepas, aku beli 2 online voucher.
Masa mula2 tengok tu nampak macam sedap je so aku pun belilah 2 setiap satu.
Maknanya ada 4 kesemuanya.
Jumlah yang kena bayar : RM26 + RM44 = RM70.
Melayang duit aku... Macam air daaa. Huhuhu...

The first one is 2 slices of cake from The Suchan.

The second voucher is 15 pieces of macarons from Piqa Bakery.
Dulu pernah keluar tawaran macarons ni tapi aku tak beli. So kali ini aku takkan terlepas lagi peluang itu.

Friday, September 30, 2011

Makan malamku lagi

Tak tahu nak masak apa
Masak Yee Mee Sup jelah
Air kordial anggur sebagai minumanku
Malas nak pakai mangkuk
Makan dalam periuk jer...

Saturday, September 24, 2011

Makan malamku

Semalam adik aku sms.
Katanya malam xyah masak, makan kat Mali's Corner.
Tgh hari plak perut aku rasa x sedap.
Rasa macam memulas2 tapi x terasa nak 'melabur' plak.
Tapi masih bleh cool lagi.

Malam pun menjelma.

Aku order Char Koay Teow yg ramai org kata sedap tuh.
Beli spesel punya. Sekali RM7 daa...
Dah naik plak harganya..
Adik aku kata dulu dia dpt byk koay teow tapi sekrang dah x byk dah.
Dia plak beli nasi lemak yg femes tuh.
Air plak kitaorg minum Teh 'O' Limau jeh.

Friday, September 23, 2011

Kemalasan melanda

Disebabkan harini aku tinggal seorang balik,
dan aku malas nak masak, so aku masak benda simple je.
Masak mee maggi dgn air Strawberry Lassi.
Alah maggi tu ikut arahan kat belakang bungkusan tu je. Pastu hiaslah dgn daun bawang dan bawang goreng.
Cuma air tu aku ikut buku. Resepi sumber dari buku 500 Juices & Smoothies.

Tuesday, September 20, 2011

Susu Kocak Pisang Vanila

Malam semalam buat milkshake.
Dah lama x buat, jadi aku ke dapur lalu membikinnya.
Resepi sumber dari majalah Rasa bulan September 2011.

Bahan2
1 biji pisang
30gm serbuk vanila (amik sket je utk penambah perisa)
30ml susu segar
30ml krim putar (xde so x guna pun)
Kiub ais


Cara2

  1. Blendkan kesemua bahan sehingga sebati.
  2. Tuangkan ke dalam gelas dan hiaskan.

Sunday, September 18, 2011

Cendawan Goreng

Last week aku ada beli sepeket cendawan tiram.
Tujuannya nak dibuat cendawan goreng.
So semalam aku telah mencuba membuatnya.
Tak sama mcm yg selalu beli kat pasar tapi bolehla dari xde.
Resepi ni aku amik kat blog nih.
Cuma aku bukan guna cendawan enoki
dan aku x ikut sukatannya, main ikut suka hati aku nak letak berapa banyak.
So inilah hasilnya.

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia

Semalam aku trylah masak Spaghetti Aglio Olio. Setelah beberapa resepi aku survey, akhirnya aku pun buatlah.
Sekali tgk mcm jadi..

Sekali pedas lah pulak.
Byk sgt benda pedas aku letak kot.
Itupun aku x letak sume mcm dlm resepi.
Kalau x mau berapi jadinya..
Tapi pedas2 pun abis gak. Hehehe...
So lain kali xyah letak cili byk2 yek...
Selamat Hari Malaysia sume!!

Monday, September 12, 2011

Jalan2 abiskan duit

Hari Jumaat lepas aku pergi Sogo, nak buat apa lagi shoopingla.. Kan Sogo ada buat warehouse sale. So apa lagi, aku pun melangkahkan kakiku ke tingkat 7 dimana sale itu berlangsung. Adalah beberapa jam aku kat situ. Belek punya belek akhirnya aku pun belilah sebuah sling beg Swiss Polo yang berharga RM50 dan dompet Giossardi RM41.97. Asalnya nak tengok handbag Valentino tuh tapi beg tu keras sangat so aku pun carilah brand lain. Pening nak memilih tapi akhinya aku beli gak SP tu. Maybe aku patut beli handbag daripada sling bag.

Monday, September 5, 2011

Selamat semua...

Dah seminggu dah kita beraya. Tak sangka cepatnya masa berlalu. Pejamcelik2 dah masuk bulan Syawal. Dan sume dah kembali kepada asal. Raya thn nie mcm x terasa sangatlah. Iyelah, tau2 je dah posa. Pastu tau2 je dah raya. Semalam terasa bosan melampau setelah seminggu lebih rumah aku nie dipenuhi dgn family aku. Terasa mcm sunyi plak bila xde org nie... Even merdeka pun x terasa langsung sbb sume sibuk dgn raya je. Tapi aku masih mcm nie gak. Huhuhu.. Ape2 pun aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka kpd sume rakyat Malaysia.

P/s: Bermulalah edisi mengganti posa. Huhuhu...

Sunday, August 28, 2011

Book Fair @ KL Convention Centre

Semalam adik aku mengajak aku pergi Book Fair kat KLCC tuh. Aku pun tak pernah pergi so aku ikut jelah. Punyalah besar tempatnya sampai naik lenguh kaki aku dibuatnya. Tapi yang aku beli cuma beberapa alat tulis je. Adik aku tuh iyelah gak, borong alat tulis dengan novel dia tuh. Kononya nak pergi Jln TAR lepas tu, tapi kakiku dah sakit nak pegi macam mana. Baik balik umah je terus. Nak masuk lrt pulak ramai orang. Ingatkan takde masalah apa2 lah. Sekali kad TnG aku takleh pass plak. Nak pegi kat kaunter plak, kaunter tutup. Hampeh tul lah. Terpaksa aku beratur beli tiket. TnG aku pulak time2 nie buat hal. Haritu pakai okey je. Huh, tensen je...

Thursday, August 25, 2011

Shooping kat Bake With Yen

Ini adalah bahan2 yg aku beli kat BWY Chowkit semalam. Nak buat biskut rayalah katakan.

Posted by MZ

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #1

Monday, August 15, 2011

Perihal kamera digital

Semalam aku pergi Low Yat dengan my sister. Kununnya nak tengok sale handphone kat sana. Kedai yang buat sale tu memang aku jumpa tapi tengok kedai sekeliling pun ada buat sale gak. So my sister cadang kitaorg tengok2 dulu kot lah boleh dapat yang lebih murah ke. Mulanya plan nak tengok je last2 aku pun beli kamera Canon Powershot A2200 yang berharga dalam RM400. Nasib baik duit cukup. Sebenarnya aku aim IXUS tapi memandangkan ia lebih dari cash budget aku so aku pun tengok Powershot je. Oklah daripada beli Samsung Dualview tuh. Bagus memang bagus tapi aku cuma nak guna biasa2 je. Lagipun aku tak suka sangat amik gambar sendiri dan ia takde features yang aku nak. Tambahan pulak harganya lebih dari cash yang aku ada so tak belilah. Puas hati jugaklah dapat beli kamera tu, buat masa sekarang ni lah. So aku trylah amik beberapa gambar.

Perihal telinga

Dah beberapa hari telinga kananku bermasalah. Pada mulanya sangka ianya hanya sementara tapi aku x sure sampai bila ia akan berlarutan. Bermula pada ptg Khamis lepas, telinga aku tetiba rasa mcm tersumbat. Mcm masuk air padahal mana ada kena air pun. Masa mandi plak xde pun aku rasa apa2. Try gak masukkan air pastu keluarkan balik tapi x jadi apa2 pun. Aku gak try telan air, kot2 lah okey ke lepas tu tapi still sama gak. Lepas tu ia jadi mcm berdengung plak. Alah mcm bila kita berada di tempat tinggi tuh. Dan bila telinga aku tu menangkap bunyi2an dia jadi mcm bergema gitu. Even kalau aku cakap pun aku bleh dgr gema suara aku tapi sket jelah. Taklah gema mcm kat dlm gua ke apa. Pastu paling teruk semalam dan harini. Aku bangun pagi je rasa mcm dah tersumbat terus. Bleh dgr sket tapi lagi kuat rasa tersumbat dari mendengar. Pagi nie plak aku sedar2 je telinga aku berbunyi mcm "eeeee" yg panjang. Aku dah rasa x selesa dah. Try gak surf tenet pasal telinga aku nih. Ada yg kata sbb resdunglah, ada kena mengena dgn buah pingganglah, pasal kematianlah dll. Aku pun x tahu samada nak pergi check kat klinik biasa je ke or pergi klinik pakar.
Psst..dgr tak??

Monday, August 8, 2011

Oreo cupcake

Setelah sekian lama terperap je resepi yg aku dpt dari DTS, akhirnya aku telah cuba utk membuatnya semalam. Tapi terasa mcm makan muffin oreo je. Pastu aku punya cupcake tu terasa oreonya sbb aku pakai oreo aiskrim kot. Well, jadilah gak walaupun aku buat separuh je dari resepi asal. Pastu kunun nak buat topping dia tapi x berapa nak jadi sbb aku akui yg aku x pandai nak hias pakai piping beg plastik tuh. Huhuhu...

Berbuka puasa kat umah

Hari Sabtu lepas aku xtau nak masak apa utk berbuka. Kebetulan parents aku pun dah balik ke Kelantan so akulah kena masak. Susah2 je masak yg cincai2 abis citer. Masak sayur botor goreng, ayam berempah style aku, telur ala bistik dgn panaskan tomyam yg ditapau dari restoran semalam. Huhuhu... Ayam berempah tu sebenarnya kombinasi dari pelbagai resepi yg aku jumpa kat tenet. Sedap gakla, adik aku pun kata ok je.
Bahan2
  • Ayam potong (ikut suka)
  • Ajinomoto
  • Serbuk kari, serbuk kunyit, sebuk jintan putih dan jintan manis, serbuk ketumbar dan serbuk lada putih
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara2
  1. Perapkan ayam dgn ajinomoto selama 15min utk melembutkan daging.
  2. Cuci ayam tadi. Gaulkan semua serbuk, garam dan gula dan perap selama 1/2 jam.
  3. Bolehla digoreng hingga masak. Hidangkan.

Thursday, August 4, 2011

Semalam kan..

Dah lama tak pergi The Mall so aku decide nak melawat The Mall lah semalam. Masa keje kat Jln Duta dulu selalu gakla singgah kat The Mall nih tapi semenjak dah tukar tempat so jarang dah dtg melawat. Saje je jenjalan. Tengok ada sale Hot Market kat GF so aku surveylah. Ada jual fridge magnet yg cumel2 belaka. 3 biji RM10. Bentuk pun macam makanan. So aku belilah 2 set, 6 biji. Hehehe... Pastu aku singgah Sogo jap, kununya nak cari mags ke buku masak ke tapi tak banyak pun. Patutnya aku beli kat The Mall je tadi. Aku tak puas hati so aku pergilah cari kat kedai buku. Pun sama gak. Takde yang aku nak. 2 kedai buku aku cari. Last2 aku balik jelah. Dahla takleh nak minum, kepenatan pulak tu. Huhuhu... Time bukak puasa aku masak bihun sup style aku dan Chocolate Milkshake yang aku amik dari blog Fazlinil Irma.
Posted by MZ

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Semalam ingatkan nak pergi shopping sket barang dapur since banyak yang dah tinggal sket. So aku dengan my sister pergilah ke supermarket kat umah kitaorg tu. Punyalah ramai manusia semalam. Pastu dah ramai sangat orang adik aku pun ajak pegi Carrefour W.Maju. Kat sini pun ramai orang gak. Parking macam nak penuh je. Aku tak tahulah ni semua disebabkan cuti hujung minggu ataupun sebab esok nak puasa. Baru nak puasa, belum nak raya lagi. Kalau raya nanti lagilah ramai giler orang. Naik lenguh gakla lutut aku nie berjalan semalam. Well, tahun nie kira 1st puasa aku berpuasa tanpa parents aku. Entah macam manalah nanti persiapan raya ek.

P/s: Dikesempatan ini ingin kuucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.

Saturday, July 30, 2011

Penatnya...

Saje je tunjuk 2 jenis padahal sama je
Semalam aku telah berjaya menebus kedua2 baucher yang aku beli kat Groupon Malaysia dengan Milkadeal. Penat woo kena pergi 2 tempat dalam masa 1 hari tanpa naik kete. Kedua2nya pegi dengan lrt je. First baucer tu aku amik kat lrt Kerinchi. Dahla aku janji nak jumpa orang tu pukul 12.40pm tapi disebabkan jalan jam kat KL aku jadi lambat. Sampai drebar bas tu melencong ke jalan lain nak menyampaikan ke KL. Terpaksa aku delay time aku tu. Kesian pulak kat orang tu terpaksa tunggu aku sedangkan dia ada lunch appointment tengah hari tu. Iyelah aku pun tak bajet jalan nak jam semalam. Kalau aku tau baik aku naik lrt je awal2. Tak payah susah2 naik bas. Pastu disebabkan first tu dah delay yang second pun kena delay gakla. Walaupun org tu cakap bleh tukar ke pukul 3 tapi pada mulanya gaya macam nak marah je (agaknyalah). Well, aku tak boleh nak salahkan dia sebab aku pun dah kelam kabut disebabkan jam harini.

Friday, July 29, 2011

Jom pegi survey

Semalam, akhirnya aku telah berjaya menjejakkan kakiku ke kedai bakeri Bake With Yen kat Chow Kit setelah sekian lama plan nak pergi tapi tak jadi.. Dan semalam aku nekad nak pergi gak walaupun perasaan malas beraja dihati. Huhuhu... Ramai gak pelanggan yang datang, tempatnya agak sempit sket walaupun ada banyak barang didalamnya. Pastu dekat2 plak dengan tempat2 GRO plak tuh. Cuma diaorg tak dok kat jalan2 raya jelah. Tapi memang boleh nampakla walaupun ada banyk kedai2 disekelilingnya. Aku beli jugak bekas cupcake (lagi..!!huh!!). Pastu aku beli almond biasa dengan almond potong dan gula icing sekali. Tu jelah. Tak tau nak beli sebab ingatkan nak tengok bekas cupcake dia, tapi tak menarik sangat pun corak yang ada. Takpelah. Pastu pergi Sogo pulak. Kebetulan hujan tengah hari tu. Nasib baik aku bawak payung. Kalau tak basah kuyuplah jawabnya.

Posted by MZ

Tuesday, July 19, 2011

Jom try buat

Resepi ke-2
Strawberry Mousse (sumber: My Resepi)
Bahan2

  • 10g gelatin (2 tbsp)
  • 10ml air panas
  • 200g strawberi
  • 70g gula
  • 200ml fresh cream/whipping cream
  • 1 sb lemon jus
Cara2

  1. Campurkan gelatin dgn air panas. Kacau sampai gelatin tak berketul.
  2. Buang tangkai dan kisar strawberi dgn gula dan whipping cream sehinnga sebati.
  3. Masukkan bancuhan gelatin dan lemon jus. Gaul sekejap.
  4. Tuangkan ke dlm bekas dan sejukkan.

Huhuhu...

Hari Sabtu lepas aku dgn adik aku pegi shooping brg2 dapur kat Carrefour. Pastu balik dari shooping kitaorg singgah jap kedai Yumi Bakery kat Danau Kota. Nak tgk lah kedainya mcm mana. Kedai tu kecik je, x byk sgt brg. Tapi aku belilah gak brg kat situ. Beli tepung pre-mix muffin dgn macaron pastu rembat lah sekali bekas cupcake tu. Tak byk pilihan sgt so amik jelah apa yg ada. Aku amik saiz kecik dgn sederhana besar. Pastu semalam plak aku ajak mak aku pegi kedai bakeri Bagus kat Melawati tuh. Besar sket kedainya. Byk gak lah brgnya. Tapi yg aku beli cuma bekas cupcake je (lagi..!!).. Hehehe... Tak kisahla, yg penting aku dah ada variety bekas cupcake. So semalam dah pegi kedai bakeri hari ni aku try buat Puding Roti dgn Strawberry Mousse.

Sunday, July 17, 2011

Arghh...sakitnya hati ku ini

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.

Dalam beberapa minggu ni macam2 yg berlaku dlm hidup aku. Ada yg sedih, menyakitkan hati dan macam2 lagilah.. Anak kucing aku dah ilang sekor.. Dia keluar main kat depan umah pastu dah x masuk2 umah lagi dah. Sejak aritu dia x muncul2 pun kat umah aku lagi. Harap2 dia ok lah... Kalau ada org jumpa harap2 lah org tu jaga elok2 yek. Dahla dia paling manja dgn maknya, muka dia x comel langsung pastu kurus plak tu. Pastu yg menyakitkan hati aku plak, org2 ni x abis2 nak menyibuk dlm hidup aku. Pastu x pasal2 kata aku ni teruk hanya disebabkan aku malas nak layan dia. Tu kira ok lagi sbb aku  belum marah
dia depan2, pastu ngadu kat mak aku plak tu. Menyampah betulla aku dgn org yg macam ni. Aku dah penat tau. Lepas ni aku dah malas nak cakap apa2 lagi dah. Kalau aku cakap kang org kata aku nie melampau plak kang. Baik aku dok dlm umah diam2 dan x bercakap dgn sape2 pun. Abis citer...
 Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.
Posted by MZ

Wednesday, July 6, 2011

Homemade Marshmallow

Kat rumah ada byk stok gelatin yg perlu dihabiskan sebelum xpired so trylah cari dalam tenet resepi apa2 yg menggunakan gelatin dan mudah. Jumpalah resepi marshmallow nih kat dalam MyResepi. So cubalah buat. Jadilah kot. Rasanya manis dan kenyal sket. Macam makan gula2 kapas tapi kenyal.

Thursday, June 23, 2011

Makan tengah hari

Hari nie makan nasi goreng dgn telur mata kerbau je. Minum plak air Kasih Suci, diambil dari majalah Rasa Januari 2011. Pelik plak air tu nama mcm tu, macam nama novel pun ada gak. Well, x kisahla asalkan bleh diminum.
Bahan2 utk air
1/2 biji pisang emas
2 scoop aiskrim vanila
125ml air suam
20ml susu segar
5ml jus limau (guna jus lemon)
5ml air gula
5 ketul kiub ais

Cara2
1. Kisar pisang, kiub ais, jus limau, air suam, aiskrim vanila, air gula, susu segar hingga ais hancur dan sebati.
2. Tuangkan ke dalam gelas dan bolehlah diminum.

Monday, June 20, 2011

Bombay Toast

Resepi nie diambil dari majalah Rasa Februari 2011. Ianya macam French Toast gak cuma tambah pisang masak dgn gula sket. Sedap. Mungkin sebab rasanya yang manis. Saje je nak try utk breakfast hari ni.
Bahan2
3 keping roti
2 biji pisang masak (guna sebiji je)
2 biji telur (guna sebiji gak)
Gula pasir secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Cara2
1. Kisar pisang, telur dan gula sehingga hancur dan sebati. Tuangkan ke dalam mangkuk.
2. Ambil roti yg dibelah 2 dan celupkan ke dalam adunan tadi.
3. Panaskan minyak dan goreng roti tadi sehingga masak. Angkat dan toskan.
Sedia utk dimakan.

Tuesday, June 14, 2011

Kek Mug??

Resepi nie plak amik kat blog Fazlinil Irma. Nampak macam senang so ingatkan bolehla try ke. Bila makan sedap jugak dan cepat plak tu.
Sumber Resepi: blog Fazlinil Irma (TQ)
Bahan2
4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula kastor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar Nutella
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak zaitun/sayur/jagung

Cara2
1. Satukan semua bahan2 ke dalam mug besar dan kacau sebati.
2. Masukkan ke dalam microwave dan bakar dengan high temperature selama 1 1/2 hingga 3 minit (bergantung kepada microwave).
3. Hiaskan dengan whipped cream.

Caramel Popcorn

Sebenarnya dah lama teringin nak makan popcorn macam kat TGV tuh so apalagi, trylah cari resepi dlm tenet nih. Jumpa resepi yg mudah dan senang nak buat tapi diubahsuai sedikit.

Bahan2
1 cup popcorn kernel
1 cup brown sugar
2/4 cup corn syrup
1 cup butter
1/4 cup corn oil
1 teaspoon salt
2/4 teaspoon baking soda
1 teaspoon vanilla powder

Cara2
1. Panaskan minyak dalam periuk besar. Gunakan api medium-high. Masukkan jagung dan tutup periuk. Goncang periuk supaya semua corn tu 'pop'.
2. Apabila bunyi 'pop' tu dah slow, tutup api. Tunggu sehingga semuanya dah 'pop' kemudian masukkan ke dalam bekas besar.
3. Panaskan oven kepada 120c. Sapukan dulang dengan butter atau alas dengan wax paper.
4. Cairkan butter. Masukkan gula perang, garam dan corn syrup. Kacau bagi sebati dan biarkan seketika.
5. Biarkan ia mendidih selama 2-3 minit tanpa kacau. Api jangan terlalu besar.
6. Angkat dan masukkan baking soda dan vanilla. Kacau sebati sehingga ia bertukar warna keperangan.
7. Tuang atas popcorn dan gaulkan.
8. Ratakan atas dulang dan bakar sehingga 45 minit atau kurang. Jangan sampai hangit.
9. Sejukkan dan boleh dihidang.

Monday, June 13, 2011

Kucingku..

Dah 2 malam sejak kucingku lari. Macam biasalah, kitaorg lepaskan dia main kat luar dan macam biasa jugaklah  dia akan balik umah malamnya tapi malam tadi dia tak balik langsung. Aku risaulah sket, iyelah kat mana dia sekarang, tido kat mana, makan ke tak, pastu makan tah apa2 tah plak kan.... So semalam aku sunyi sketla dan sedih sebab kucing kitaorg yang lagi satu tu dah dibawak pergi ke Kelantan dengan anak2nya sekali. Aku kan dah sayang kat kucing2 tu... Mereka semua comel2 dan suka bermanja2 dengan aku. Seronok main2 dengan mereka nih. Sekarang dah tak boleh nak main dengan mereka lagi dah. Huhuhu...
Tetiba pagi ni, masa aku tengah siram pokok, kucing yang tak balik umah sebelum ni datang mengiau kat aku. Agaknya happy sangat ko nampak aku sampai asyik gesel2kan badan dia kat aku je. Lagipun dah 2 malam kan dia tak balik umah. Sekurang2nya aku dah peneman dah, taklah sunyi lagi...

Tuesday, May 31, 2011

A visit to Daiso




Pergi Curve semalam. Dah lama rasanya tak berkunjung ke sana. Alang2 datang Curve nih bolehla check on Daiso jap, ada barang baru ke... Sekali sama je daa, tapi boleh pulak tu beli sesuatu. Lepas tu singgah Subway, tetiba teringin nak makan Italian B.M.T for lunch (huhuhu...pukul 4 baru makan).
Red raddish
Singgah kejap kat Cold Storage sebelum balik dan tak disangka2 aku terjumpa dengan benda yang aku cari selama ni.. Kalau kat KL tak nampak pulak tapi kat Cold Storage Ikano ni boleh pulak ada. Jauh betul pencarian aku nih. Akhirnya!! Tapi aku tak pasti lagi nak masak macam mana benda alah ni, kalau buat perhiasan untuk bento bolehla...

Posted by MZ