Monday, February 21, 2011

Chicken Wrap

Sebenarnya dah lama nak buat "Chicken Wrap" nie tapi sbb x berkesempatan so terpaksala tangguh dulu. Last2 buat gak sbb roti tortilla tu dah nak expired so kenalah abiskan cepat2...hehehe... Aku guna chiken fillet sbb senang sket nak balut nanti. Cara menyediakan ayam ni plak sama macam nak buat Tonkatsu tetapi memandangkan Tonkatsu tu pakai daging khinzir so kita tukarla...huhuhu... Lepas dah siap ayam tu kita balutkan dgn tortilla tadi dan bakar atas kuali. Siap utk dimakan. Resepi utk ayam nie aku amik kat sini tapi tukarla ke daging ayam.


Bahan2
Daging ayam fillet
Sebiji telur
Tepung (x guna tepung biasa tapi guna tepung ayam goreng)
Bread crumbs
Gula (guna gula perang)
Garam
Pepper (xde so x guna)
Serbuk garlic
Air
Minyak
Roti tortilla
Daun salad, timun & tomato
Sos cili & mayonis

Cara2
Bersihkan daging ayam. Gaulkan dgn gula, pepper, serbuk garlic dan garam.
Celupkan ke dlm tepung. Sementara itu pukul telur dgn air. Kemudian celup ke dlm telur. Selepas itu salutkan dgn bread crumbs.
Panaskan kuali dan goreng hingga keemasan.
Selepas itu panaskan kuali leper dgn butter. Letakkan tortilla ke atasnya.
Sementara itu letakkan salad, timun, tomato, ayam dan tambahkan sos cili serta mayonis.
Lipatkan tortilla sehingga menjadi seperti balutan. Sedia utk dihidang.

P/s: Menghitung hari...detik demi detik..

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.