Tuesday, March 29, 2011

Lunch at home

Hari ni aku makan salad sbg appetizer, chicken wrap sbg main dish dan buah berries sbg dessert. Chicken wrap pernah buat sebelum nie. So kebetulan chicken fillet ada lagi so aku abiskan jelah. Huhuhu... saje je wat makanan lengkap. Dah mcm makan kat restoran plak.. tapi ada ke restoran hidang makanan mcm apa yg aku makan nih?? Rasanya takde, cuma ada kat restoren aku jelah. Hehehe.. Lama dah x buat bekal memandangkan aku dah x keje dah..

Tuesday, March 8, 2011

Jalan2 sampai penat

Semalam aku pergi ke One Utama. Dah lama x pergi, saje je nak jenjalan kat sana. Sesat jap sebab tempatnya punyalah besar tapi nasib baik jumpa jalan pulang. Hehehe... Kononya nak cari cd yg aku nak sgt tu tapi tak jumpa gak.. Memang dah xde kot. Tapi aku beli cd lainla plak. DVD SS501 Five Men Five Years. Huhuhu... Tapi yang pasti, for the first time and finally, aku telah berjaya membeli sandwich kat Subway... Sebelum ni mana pernah beli, selalu tengok adik aku makan je. Disebabkan dia dah bagitau mcm mana nak order ari Sabtu lepas, so aku pun try lah... Dan aku telah berjaya membelinya. Hua hua hua... Lepas ni dah tau dah mcm mana nak order yek. Dalam jalan2 kat 1U sempat gak aku meninjau kat Daiso. Aku beli gel pad utk kasut, cd's organizer dgn sepeket cute pick.

Posted by MZ

Sunday, March 6, 2011

Roti poket

Semalam aku try la buat roti poket mcm kat blog Dari Dapur Madiha dan ada kat beberapa blog lain. Oklah gak. Tapi intinya aku pakai nuget ayam dgn nuget lembu. Nak menghabiskan nuget lembu tu sebenarnya sebab x berapa nak best (lagi best nuget ayam) tapi bukan abis pun, ada lagi nuget tu. Daun salad aku pakai sket je sbb tinggal sket je. Ingatkan nak letak tomato tapi xde so gunalah apa yang ada. Kebetulan plak cheese cream aritu ada lebih lagi. Pastu aku tambah garlic powder. Saje je. Hehehe... Belah petang plak adik aku ajak gi The Curve. Alah x jalan mana2 pun takat pegi Daiso je (lagi??!!). Aku pun carilah apa yg patut. Aku beli air freshner, rak buku, fancy tape (tape bercorak tiada dlm gmbr), dgn utensils for bento-ing.

Thursday, March 3, 2011

Akhirnya...

Setelah sebulan aku memikirkannya, akhirnya dengan rasminya, aku telah berhenti kerja. Semalam aku last day keje. Aku tahu, mesti org akan cakap buat apa berhenti sedangkan xde keje lain yg standby, tapi aku dah lama pikir dah. Makin lama aku kat situ makin stress aku dibuatnya. Byk sgt kekurangan (kurang dr segi kebajikan pekerja) so baik aku berhenti. Sekurang2nya aku bleh rehat jap utk menenangkan mental dan fizikal aku ni hah yg sememangnya yg mcm dah nak gila (tapi belum gila). Buat sekian kalinya aku rasa tenang dok kat umah walaupun masa aku cakap nak berhenti tu boss aku mcm x puas hati (sbb x bagitau awal2, pdhal kata bleh bg notis 24jam so buat apa aku bgtau awal2, nampak sgt mcm x real) dan x suka tapi dia terpaksa merelakan aku pergi gak. Aku bagi alasan yg aku ada masalah peribadi (keje yg x best). Bak kata org kita x nak ada bad relationship dgn bekas majikan kita so sblm aku blah aku pun bagilah kata2 aluan. Time tu ok plak. Aahh!!.. Yg penting aku x perlu nak stress2 lagi dah.
So sempena hari pertama aku jadi penanam anggur, aku masak mi megi bandung. Resepi nie aku amik kat sini tapi aku tambah2 la sket. Kononnya nak tryla letak udang kering dgn tepung jagung bagi pekat sket tp yg pastinya aku x suka letak udang kering sbb x best. Better x letak langsung. Huhuhu. Inilah rupanya bila dah siap. Tinggal nak makan je.