Friday, April 29, 2011

Nak pegi ker??

Aku ingat nak pegi PWTC lagi arini... tapi masa aku tgh surf tenet cari pasal Pesta Buku nih, aku terjumpala promotion novel baru Ramlee Awang Murshid. Katanya akan diadakan sesi autograf pd 30hb dgn 1hb nanti... Alamak..!! Kalau aku pegi arini maknanya esok mesti aku malas nak pegi lagi dah... Tapi kalau x pegi esok xdelah aku dpt mintak autograf penulis tu esok or lusa ke... Tapi esok konfom ramai giler org... At least kalau pegi arini xdelah pack sgt org... Arghh!! Aku kelirula... Alah bukan apa pun, x selalu dpt mintak autograf penulis nih... Dulu aku pernah mintak autograf penulis gak(x ingat sape), masa Pesta Buku gakla... Kebetulan pun... Alah bukan selalu apa dpt jumpa mereka2 nih... Huhuhu...

Wednesday, April 27, 2011

Kau Laksana Bulan...

Akhirnya harini dapat gak aku guna pc setelah berminggu2 pc kat rumah aku nie rosak dgn modem2nya sekali..Sampaikan tak dapat nak online langsung.. Tapi ada gak aku online pakai laptop adik aku, cuma sekali-sekala jelah.. takleh pakai selalu...Huhuhu...

Okeh, title arini takde kena mengena dengan mana2 lagu tapi ia adalah tajuk drama bersiri kat TV2 setiap hari Isnin-Rabu jam 2.30ptg... Sebenarnya drama nie dah lama dah kuar tv, tak silap aku dalam tahun lepas macam tulah... Cuma aku baru tau kewujudannya.. Huhuhu... Drama nie diadaptasi dari sebuah novel yang memiliki tajuk yang sama gak, karya Aina Emir (macam pernah dengar je).. Masa awal2 aku tengok biasa2 jelah, bila dah lama2 jadi macam best plak.. Tu yang menyebabkan aku pergi cari novelnya... Kebetulan 15hb lepas aku gi KLCC (lagi??!!) so ingatkan nak carila kat Kinokuniya... Sekali takdela... Pastu Selasa lepas aku pergi kedai buku kat Jln TAR. Nasib baik ada.. Hehehe.. Sukalah, boleh baca pasni (padahal dah lama aku x baca novel)... Dah abis baca dah pun... Hari Sabtu lepas... Cuma ada beza sketla dengan drama tu, ada ubah2la sket...

Pastu Jumaat lepas plak aku pergi Pesta Buku kat PWTC tapi cuma sempat gi booth Karangkraf je... Sebab takut ujan, kain tak angkat lagi... So terpaksalah balik awal, tapi aku memang sampai lambat pun. Kononnya taknak beli novel lagi dah, sekali aku berkenan la plak dengan satu novel nie, karya Ramlee Awang Murshid.. Aku beli pun sebab dah minat dengan novel2 dia yang sebelum nie pasal Laksamana Sunan tu. Padahal yang sebelum2 nie pun tak terbaca dah beli yang baru plak...

Posted by MZ

Monday, April 18, 2011

Notebook ku...

Hari Jumaat lepas aku pergi jalan2 lagi, seorang diri (biasala..) Sebenarnya aku tak puas hati hari Jumaat sebelumnya. Ada satu buku nie, cute gak la.. Kulit depannya gambar teddy bear, sesuai sgt kalo nak buat diari sbb kat dalamnya ada ruangan2 yg sesuai utk diari laa... Pastu ada satu buku ni, kulit depannya gambar alat2 kat dapur, sesuai nak buat buku resepi aku :P.. Sebab aku takde buku resepi khusus, so kebanyakan resepi yang aku salin kat merata2 tempat. So kalo ada buku ni at least taklah berterabur resepi aku... Konon macam banyak... Memang dah berkenan dah tapi masalahnya, aku tak beli time tu. So aku nekad nak beli gak, tu yang aku pergi cari balik buku tuh. Nasib baik ada lagi kalo tak mau nyesal tak sudah... Sempat gak aku beli Subway. Mentang2 dah reti, asik beli jelah... Alah baru 3x je...
RM18.90
RM 8.90 each
Oh ye, aku baru dapat tahu yang Pesta Buku Antarabangsa bernula pada 22hb sampai 1hb nanti. Aku mesti pergi punyala sebab tiap2 tahun aku pergi so tahun nie mesti tak miss punya. Suka apa jalan2 tengok pesta buku nie..

Posted by MZ

Monday, April 11, 2011

KL-Genting Sempah-Bentong-Raub-Kuala Lipis-Kelantan

Hari Sabtu lepas, aku dgn family telah berangkat ke Kelantan. Alah 2 hari 1 malam je. Tu pun dok kat hotel.Tujuannya nak tgk bakal rumah yg akan parents aku duduk apabila mereka berpindah ke sana kelak. Alah rumah kuarters je. Nak kata lawa sgt x jugak sbb kuarters lain aku rasa lagi cantik kot tapi mak aku kata okey je, so takpelah. Mereka akan berpindah dalam hujung bulan nie. Lepas nie tinggallah kami adik beradik kat rumah. Aku plak tgh fikir2 samada aku patut kerja ke or just buat bisnes online or dok tanam anggur kat rumah jaga "anak2" je? Nak kerje mcm malas pun ada, mcm xde keje yg sesuai pun ada gak. Nak bukak bisnes online plak x tau nak jual apa. Keliru la skrg nie..Hurmmm...

Teringat plak citer ari Jumaat lepas. Aku pegi jln2 kat KLCC. Pastu pegi Sogo plak. Bila aku nak lepas scanner tu tetiba dia berbunyi. Guard tu plak suh aku pegi scan kat kaunter. Aku pelikla sbb aku dari luar bkn dari dlm bangunan. Kalo betul pun aku memiliki brg yg x berbayar, bukan brg dari dlm bangunan tapi apesal dia berbunyi plak. Terpaksalah gi scan kat kaunter. Pastu ingat dah ok lah, bila aku lalu je sebelah scanner tu lagi, dia berbunyi lagi... Ekeleh... Apahal nie?? X pasal2 kena scan lagi. Org lain sume tgk je. Aku dah tensen dah sampai aku x peduli dgn org lain kat sana. Scan lagi.. Nasib baik dah ok.. Apedaaa... Dahla naik bas plak ada mamat dari negara mana tah x puas hati dgn drebar bas tu sbb dia x antar org tu pegi ke tempat yg dia nak. Aku pun x berapa faham sgt. Rasanya org tu nak pegi tempat lain dan dia ingat drebar bas tu tau so bila dia tanya dia jadi x puas hati. Katanya drebar tu tau dia nak pegi tempat tu tapi dia x antarkan. So org tu kenalah berhenti jauh sket. Siap cakap go to **** pastu siap dgn ludah plak tu. Hai, mcm2 la...

Monday, April 4, 2011

Kisah semalam...

Picture (googled) from Eve's Diary
Ptg semalam tgk rancangan Safiyya kat tv9. Ada citer pasal macarons. Aku pun baru gak tau pasal benda nih tahun nie.. Tgk mcm cute je. Org kata sedap, ada gak yg kata x sedap tp.. aku teringin nak try makan. Tahu gak kedai kat 1U tu cuma x sempat nak singgah je. Org kata kat situ pun sedap gak. Tgkla kalau sempat gi sana lagi maybe aku akan singgah.


Mlm semalam gak ada ABPH dimana Sam Shaheizy jadi pemenang Anugerah Bintang Popular 2010. Tak sangka gak dia menang tapi oklah gak, boleh diterima. Apa2 pun tahniah kpd yg menang.

Sunday, April 3, 2011

Tweet tweet!!

Semalam dengan rasminya aku telah mendaftar akaun twitter dan kini aku sudah mempunyai twitter. Yippie. Bukan apa, aku dengar kalau ada twitter nie boleh menambahkan traffic kat blog (ada ke org nak dtg blog aku nih) so trylah mana tau kan. Huhuhu... Tak lama lagi both my parents akan berpindah ke Kelantan sbb ayah aku kena transfer ke sana. So my mom ikut sekalila. Maknanya nanti tinggal aku dgn adik2 aku jelah kat rumah. Mesti rasa pelik sbb dah biasa tinggal dgn parents tetiba tinggal kami adik beradik je. Mesti mcm sunyi sket. Entah mcm mana agaknya nanti yek... Ayah aku akan pindah dlm hujung bulan ni. Minggu depan kitaorg nak pegi survey rumah kat sana plak. Entahla... Sedih ker??