Monday, April 11, 2011

KL-Genting Sempah-Bentong-Raub-Kuala Lipis-Kelantan

Hari Sabtu lepas, aku dgn family telah berangkat ke Kelantan. Alah 2 hari 1 malam je. Tu pun dok kat hotel.Tujuannya nak tgk bakal rumah yg akan parents aku duduk apabila mereka berpindah ke sana kelak. Alah rumah kuarters je. Nak kata lawa sgt x jugak sbb kuarters lain aku rasa lagi cantik kot tapi mak aku kata okey je, so takpelah. Mereka akan berpindah dalam hujung bulan nie. Lepas nie tinggallah kami adik beradik kat rumah. Aku plak tgh fikir2 samada aku patut kerja ke or just buat bisnes online or dok tanam anggur kat rumah jaga "anak2" je? Nak kerje mcm malas pun ada, mcm xde keje yg sesuai pun ada gak. Nak bukak bisnes online plak x tau nak jual apa. Keliru la skrg nie..Hurmmm...

Teringat plak citer ari Jumaat lepas. Aku pegi jln2 kat KLCC. Pastu pegi Sogo plak. Bila aku nak lepas scanner tu tetiba dia berbunyi. Guard tu plak suh aku pegi scan kat kaunter. Aku pelikla sbb aku dari luar bkn dari dlm bangunan. Kalo betul pun aku memiliki brg yg x berbayar, bukan brg dari dlm bangunan tapi apesal dia berbunyi plak. Terpaksalah gi scan kat kaunter. Pastu ingat dah ok lah, bila aku lalu je sebelah scanner tu lagi, dia berbunyi lagi... Ekeleh... Apahal nie?? X pasal2 kena scan lagi. Org lain sume tgk je. Aku dah tensen dah sampai aku x peduli dgn org lain kat sana. Scan lagi.. Nasib baik dah ok.. Apedaaa... Dahla naik bas plak ada mamat dari negara mana tah x puas hati dgn drebar bas tu sbb dia x antar org tu pegi ke tempat yg dia nak. Aku pun x berapa faham sgt. Rasanya org tu nak pegi tempat lain dan dia ingat drebar bas tu tau so bila dia tanya dia jadi x puas hati. Katanya drebar tu tau dia nak pegi tempat tu tapi dia x antarkan. So org tu kenalah berhenti jauh sket. Siap cakap go to **** pastu siap dgn ludah plak tu. Hai, mcm2 la...

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.