Tuesday, May 31, 2011

A visit to Daiso




Pergi Curve semalam. Dah lama rasanya tak berkunjung ke sana. Alang2 datang Curve nih bolehla check on Daiso jap, ada barang baru ke... Sekali sama je daa, tapi boleh pulak tu beli sesuatu. Lepas tu singgah Subway, tetiba teringin nak makan Italian B.M.T for lunch (huhuhu...pukul 4 baru makan).
Red raddish
Singgah kejap kat Cold Storage sebelum balik dan tak disangka2 aku terjumpa dengan benda yang aku cari selama ni.. Kalau kat KL tak nampak pulak tapi kat Cold Storage Ikano ni boleh pulak ada. Jauh betul pencarian aku nih. Akhirnya!! Tapi aku tak pasti lagi nak masak macam mana benda alah ni, kalau buat perhiasan untuk bento bolehla...

Posted by MZ

Friday, May 27, 2011

Kamera digital or handphone baru?

Picture (googled) from Discount Digital Camcorders
Masih lagi belum buat keputusan, x tahu nak pilih antara kamera or phone. Kenapa aku nak beli kamera? Sebabnya adalah kerana aku x ada dan aku asyik amik gambar guna phone je. Kalau phone canggih pastu gambar cantik takpe gak. Nie phone biasa2 je. Pastu kalau gi jenjalan ke selalu pinjam kamera adik aku, tu pun dah nak rosak sebab takleh off. Kalau amik guna kamera kan cantik sket, iye x? Tapi aku x tau kamera mana yg bagus. Org ckp brand Canon atau Nikon okey. Aku cuma nak beli compact punya bukan yg mcm dslr tu, bukan reti pun. Hmm.. 

Sebab aku nak beli phone baru adalah kerna aku dah lama guna phone tu so teringinla nak upgrade ke phone yg canggih sket. Sekarang nie aku pakai Nokia 6230i, aku nak beli Nokia 5730 XpressMusic. Sebabnya, keyboardnya bleh slide dan sesuai utk dgr MP3. Tu dululah, tapi semenjak aku dpt tau keluarannya dah stop dan cuma ada 2nd-hand je so aku x tahu nak beli phone apa. Lagipun sekarang nie banyak smartphone yg ada touchscreen. Aku x suka sgt pakai touchscreen nie, prefer phone yg biasa je tapi tulah.
Picture googled
Picture googled

Friday, May 20, 2011

Semalam pt. 2

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.


Nie adalah bhgn ke-2 kisah semalam. Takde apa, aku cuma mimpi je mlm tadi. Tapi mimpi nie, entahla.. Sejak beberapa hari nie, aku asik teringat kat dia je. Tu yg sampai termimpi2 kot. Walaupun dlm mimpi aku tu dia cuma watak sampingan tapi mesti muncul jugakla dlm mimpi aku tu. Dan yg pasti ini bukan 1st time aku mimpi mcm tu (mimpikan dia tapi dia cuma watak tambahan je). Padahal baru je beberapa bulan yg lepas aku nak lupakan dia tapi nampaknya aku x berjaya. Iyelah, aku selalu makan hati dgn dia. Dia selalu layan bini org sampaikan aku yg single nie mcm x wujud je. Dulu aku ingatkan dia minat kat aku tapi bila aku fikir balik, dia mcm x berminat kat aku je. Sebabnya dia lebih utamakan melayan bini org. Tu yg buat aku makan hati je. Dan sebab tu jugalah aku cuba nak lupakan dia. Tapi setiap kali aku cuba, aku asik teringat je kat dia. Kononya dah lupakan dia tapi x lama lepas tu aku mesti teringat kat dia balik. Apa kena dgn aku nih?? Rindu?? Maybe, tapi dia bukannya minat kat aku, aku je yg syok sendiri huhuhu... Memang betulla cakap kawan aku tu yg dia nie lembap. Tu yg xde gf lagi tu. Susahla kalau suka pada lelaki yg lebih berminat pada bini org nih. Mcm la bleh dapat, huh..
 Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.

Semalam pt. 1

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.


Buat pertama kalinya aku menulis n3 nie pada awal pagi. Tak pernah2 tulis n3 pagi. Bukan apa aku cuma x sabar nak citer apa yg telah berlaku pada aku semalam. Pagi2 lagi aku dah sakit hati. Makcik sebelah tu sibuk je suruh aku cari keje. Suruh aku tgk dlm paper lah, suruh adik belikan paperlah, suruh tgk dlm tenetlah, suruh call lah, pastu sibuk cakap kena ada income sket, nanti aku boring duk kat rumahlah (aku saje je ckp yg aku dah boring padahal blum lagi, bukan apa nanti mcm2 dia tanya plak), cepat2 cari kejelah, hujung bulan nie mesti dapat kejelah... Kenapalah makcik nie sibuk sgt, tahulah aku apa nak buat.. Tak payahla nak sebut semua tu, bukannya aku x tau. Siap cakap lagi ada anak org tu cari keje dlm paper dan dpt keje kat KLCC. Entah betul ke x manalah aku tahu kan. Pagi2 dah bikin aku hangin je. Pastu kebetulan plak sinki dapur dah sumbat, mak aku call dia. Dia pun dtgla bwk tukang paip. Pastu nak marah2 aku pasal kuali yg x basuh. Lerr, aku kan baru je lepas guna. Aku rendamla dulu. Lagipun mcm mana nak basuh dgn sinki mcm tu. Pastu baru dia sedar yg aku x bleh nak basuh sbb sinki tu. Ek eleh, kecoh tul la makcik ni. Buat aku sakit hati je lagi. Pastu sibuk2 nak suruh aku tutp kipas dapur. Aku tahulah since aku yg bukak. Dia x faham gak. Ulang lagi ayat yg sama. Aku bgtau la dia reason aku bukak kipas tu, still x faham lg. Siap tunjuk kipas tu. Apa ko ingat aku xtau ke kat mana. Pastu barulah dia faham. Geram betulla... Don't tell me how to live my life. Pastu baru aku teringat, sejak aku sekolah lagi dia mesti nak masuk campur dlm hidup aku. Suka menyibuk. Aku x kawin lagi pun sibuk nak kenalkan aku dgn org lain lah, takut org mengata akulah. Iyeke org mengata aku, tah2 dia yg menjaja pasal aku kat org lain. Iyelah, even hal rumah tangga org lain pun dia bleh citer kat org lain apatah lagi pasal aku yg masih x kawin2 lagi sedangkan umur dah bertambah2. Eeiiii!!! Geramnya aku dgn makcik penyibuk ni!!! Nasib baik harini dia x menyakitkan hati aku lagi. Org baiki paip tu dtg pagi tapi dia dtg time dah siap. Siap pesan kat aku suruh sapu2 kat luar tu, bersih2kan lantai dapur pastu sempat lagi tanya nak masak apa harini. Nasib2...
 Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.


Well, cadangnya nak masak nasi lemak tapi dah sinki jam semalam so tunda ke harini. Walaupun lewat masaknya tapi masak la jugak. Cuma nasi lemak aku x guna santan. Aku letak bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris serta daun pandan dgn sedikit garam ke dlm beras dan masak mcm biasa. Kebetulan plak aku ada perap ayam paprika so blehla masak harini. Jadilah...



Posted by MZ

Monday, May 16, 2011

Cuaca oh cuaca

Sejak bulan lepas lagi cuaca agak panas tapi minggu lepas kurang panas sket. Maybe sebab jerebu tu yg jadi kurang terik matahari tu ditambah plak dengan kehadiran hujan... Sejukla sket setelah beberapa minggu panas terik melanda. Syukurlah, hujan itu rahmat... Akhirnya dapat gak aku keluar gi Jln TAR pada Sabtu lepas setelah sekian lama ditangguhkan sebab cuaca yg agak terik. Kebetulan plak ada Warehouse Sale kat Sogo so aku apa lagi, cuci2 mata lah... Sambil2 tu sempat lagi beli baju, seluar dgn handbag. Memang shooping betulla. Minggu nie my parents nak balik. Memang terasa agak janggal pada mulanya bila mereka tiada. Iyalah, hampir 20 tahun lebih tinggal sebumbung tetiba kena tinggal sorang pulak. Huhuhu... Nie baru beberapa minggu belum masuk sebulan ke, setahun ke... Oh ya, aku ada try buat triffle beberapa hari yg lepas dan masih x jadi gak. Resepi tu x berapa betul. Sebabnya aku baru tahu yg kena keraskan kek kastad tu baru bleh tuang agar2 tuh.. Dlm resepi x pulak suh sejukkan dlm peti ke, iyelah kalo tunggu kat luar memang lambatla sejuknya. Takpelah, lain kali dah tahu dah mcm mana nak buat.
Dah dimakan sket..

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu... Semalamla

Saje je title tuh.. Bukannya ada wat apa2 pun.. Iyelah since mak aku nun jauh di pantai timur so semalam biasa2 jelah... Teruk betul aku nih... Huhuhuhu... Anyway, aku jarang masak pagi. Memandangkan mak ada hehehe... So semalam aku trylah masak mi goreng ala mamak... Bolehla, sedapla gak walaupun x menarik sgt pun... Resepi sumber dari majalah Rasa tapi dah ubah sketla ikut citarasa aku.
Sumber Resepi: Majalah Rasa
Bahan2
Mi kuning
4 biji bawang merah yg telah dikisar
3 ulas bawang putih yg telah dikisar
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap mee
1 sudu makan sos tiram
1 biji limau nipis
Sayur sawi, taugeh, & tauhu
Garam & gula secukup rasa
Hirisan cili merah
Daun bawang
Bawang goreng
Cara2
1. Panaskan minyak dan tumis bawang sampai naik bau.
2. Masukkan cili kisar, sos tiram dan kicap. Masak sebentar.
3. Masukkan tauhu, taugeh dan sayur sawi. Gaul rata.
4. Masukkan mi dan gaul hingga sebati.
5. Perahkan limau nipis, masukkan garam dan gula. Gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan hirisan cili dan hidangkan dgn bawang goreng dan daun bawang.

Friday, May 6, 2011

Hari ini, semalam, kelmarin dan ...

Barulah free hari ni sbb beberapa hari yg lepas agak bz sket dgn shooping brg2 keperluan.. Iyelah semenjak aku tinggal dgn adik2 ku sahaja so kenalah pegi beli brg sket... Kalo x nanti xde benda nak makan plak kan... So since parents aku xde so aku kini telah bergelar suri rumah sepenuh masa... Kemas rumah, siram pokok, bagi makan kucing, bersihkan pasir kucing, masak dan byk lagilah... Entah mcm mana agaknya lepas ni.. Adakah aku mampu bertahan utk beberapa tahun lagi?? Iyelah dgn kucing 6 ekor tuh... Oh ya, pagi tadi sempatla tgk PM kat tv. PM masuk Hot.fm harini tapi bleh ditonton kat tv... Dah sibuk2 psl PM nak dtg Hot.fm so tgk jelah...

Oh ya, haritu aku x jadi nak pergi PWTC kan?? So akhirnya aku pergi gak pada 1hb lepas... Memang ramai orangla... Biasalah last day pastu cuti plak tuh lagilah ramai... Aku dpt gak mintak autograf Ramlee Awang Mursyid. Ingatkan nak tulis apa2 ke tapi just sain je... Alahai.... Well, at least dapatla dari xde... Pastu ada plak budak depan aku nih nak amik gambar plak. Mintak aku tolong amikkanla. Tapi kesianla sebab gambar tu mcm goyang sket.. 2x plak tuh. Sorilah ye dik.. Amik pakai phone memangla tambahan plak aku amik dgn 1 tangan je.

Beberapa hari yg lepas aku ada dpt call dari no. yg aku x kenal... Tapi masalahnya no. phone tu terlalu panjang bukan mcm no. phone kat Malaysia... So aku x berani nak angkatla... Bila aku check kat tenet, no. tu dtg dari China dgn Iran... Sape plak yg call aku dari sana nih?? Pelik tul la.. Dahla satu tu call pagi pukul 2 lebih, pastu yg satu lagi tu call malam pukul 9 lebih plak. Musykil betulla...