Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu... Semalamla

Saje je title tuh.. Bukannya ada wat apa2 pun.. Iyelah since mak aku nun jauh di pantai timur so semalam biasa2 jelah... Teruk betul aku nih... Huhuhuhu... Anyway, aku jarang masak pagi. Memandangkan mak ada hehehe... So semalam aku trylah masak mi goreng ala mamak... Bolehla, sedapla gak walaupun x menarik sgt pun... Resepi sumber dari majalah Rasa tapi dah ubah sketla ikut citarasa aku.
Sumber Resepi: Majalah Rasa
Bahan2
Mi kuning
4 biji bawang merah yg telah dikisar
3 ulas bawang putih yg telah dikisar
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap mee
1 sudu makan sos tiram
1 biji limau nipis
Sayur sawi, taugeh, & tauhu
Garam & gula secukup rasa
Hirisan cili merah
Daun bawang
Bawang goreng
Cara2
1. Panaskan minyak dan tumis bawang sampai naik bau.
2. Masukkan cili kisar, sos tiram dan kicap. Masak sebentar.
3. Masukkan tauhu, taugeh dan sayur sawi. Gaul rata.
4. Masukkan mi dan gaul hingga sebati.
5. Perahkan limau nipis, masukkan garam dan gula. Gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan hirisan cili dan hidangkan dgn bawang goreng dan daun bawang.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.