Friday, May 20, 2011

Semalam pt. 1

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.


Buat pertama kalinya aku menulis n3 nie pada awal pagi. Tak pernah2 tulis n3 pagi. Bukan apa aku cuma x sabar nak citer apa yg telah berlaku pada aku semalam. Pagi2 lagi aku dah sakit hati. Makcik sebelah tu sibuk je suruh aku cari keje. Suruh aku tgk dlm paper lah, suruh adik belikan paperlah, suruh tgk dlm tenetlah, suruh call lah, pastu sibuk cakap kena ada income sket, nanti aku boring duk kat rumahlah (aku saje je ckp yg aku dah boring padahal blum lagi, bukan apa nanti mcm2 dia tanya plak), cepat2 cari kejelah, hujung bulan nie mesti dapat kejelah... Kenapalah makcik nie sibuk sgt, tahulah aku apa nak buat.. Tak payahla nak sebut semua tu, bukannya aku x tau. Siap cakap lagi ada anak org tu cari keje dlm paper dan dpt keje kat KLCC. Entah betul ke x manalah aku tahu kan. Pagi2 dah bikin aku hangin je. Pastu kebetulan plak sinki dapur dah sumbat, mak aku call dia. Dia pun dtgla bwk tukang paip. Pastu nak marah2 aku pasal kuali yg x basuh. Lerr, aku kan baru je lepas guna. Aku rendamla dulu. Lagipun mcm mana nak basuh dgn sinki mcm tu. Pastu baru dia sedar yg aku x bleh nak basuh sbb sinki tu. Ek eleh, kecoh tul la makcik ni. Buat aku sakit hati je lagi. Pastu sibuk2 nak suruh aku tutp kipas dapur. Aku tahulah since aku yg bukak. Dia x faham gak. Ulang lagi ayat yg sama. Aku bgtau la dia reason aku bukak kipas tu, still x faham lg. Siap tunjuk kipas tu. Apa ko ingat aku xtau ke kat mana. Pastu barulah dia faham. Geram betulla... Don't tell me how to live my life. Pastu baru aku teringat, sejak aku sekolah lagi dia mesti nak masuk campur dlm hidup aku. Suka menyibuk. Aku x kawin lagi pun sibuk nak kenalkan aku dgn org lain lah, takut org mengata akulah. Iyeke org mengata aku, tah2 dia yg menjaja pasal aku kat org lain. Iyelah, even hal rumah tangga org lain pun dia bleh citer kat org lain apatah lagi pasal aku yg masih x kawin2 lagi sedangkan umur dah bertambah2. Eeiiii!!! Geramnya aku dgn makcik penyibuk ni!!! Nasib baik harini dia x menyakitkan hati aku lagi. Org baiki paip tu dtg pagi tapi dia dtg time dah siap. Siap pesan kat aku suruh sapu2 kat luar tu, bersih2kan lantai dapur pastu sempat lagi tanya nak masak apa harini. Nasib2...
 Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.


Well, cadangnya nak masak nasi lemak tapi dah sinki jam semalam so tunda ke harini. Walaupun lewat masaknya tapi masak la jugak. Cuma nasi lemak aku x guna santan. Aku letak bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris serta daun pandan dgn sedikit garam ke dlm beras dan masak mcm biasa. Kebetulan plak aku ada perap ayam paprika so blehla masak harini. Jadilah...



Posted by MZ

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.