Thursday, June 23, 2011

Makan tengah hari

Hari nie makan nasi goreng dgn telur mata kerbau je. Minum plak air Kasih Suci, diambil dari majalah Rasa Januari 2011. Pelik plak air tu nama mcm tu, macam nama novel pun ada gak. Well, x kisahla asalkan bleh diminum.
Bahan2 utk air
1/2 biji pisang emas
2 scoop aiskrim vanila
125ml air suam
20ml susu segar
5ml jus limau (guna jus lemon)
5ml air gula
5 ketul kiub ais

Cara2
1. Kisar pisang, kiub ais, jus limau, air suam, aiskrim vanila, air gula, susu segar hingga ais hancur dan sebati.
2. Tuangkan ke dalam gelas dan bolehlah diminum.

Monday, June 20, 2011

Bombay Toast

Resepi nie diambil dari majalah Rasa Februari 2011. Ianya macam French Toast gak cuma tambah pisang masak dgn gula sket. Sedap. Mungkin sebab rasanya yang manis. Saje je nak try utk breakfast hari ni.
Bahan2
3 keping roti
2 biji pisang masak (guna sebiji je)
2 biji telur (guna sebiji gak)
Gula pasir secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Cara2
1. Kisar pisang, telur dan gula sehingga hancur dan sebati. Tuangkan ke dalam mangkuk.
2. Ambil roti yg dibelah 2 dan celupkan ke dalam adunan tadi.
3. Panaskan minyak dan goreng roti tadi sehingga masak. Angkat dan toskan.
Sedia utk dimakan.

Tuesday, June 14, 2011

Kek Mug??

Resepi nie plak amik kat blog Fazlinil Irma. Nampak macam senang so ingatkan bolehla try ke. Bila makan sedap jugak dan cepat plak tu.
Sumber Resepi: blog Fazlinil Irma (TQ)
Bahan2
4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula kastor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar Nutella
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak zaitun/sayur/jagung

Cara2
1. Satukan semua bahan2 ke dalam mug besar dan kacau sebati.
2. Masukkan ke dalam microwave dan bakar dengan high temperature selama 1 1/2 hingga 3 minit (bergantung kepada microwave).
3. Hiaskan dengan whipped cream.

Caramel Popcorn

Sebenarnya dah lama teringin nak makan popcorn macam kat TGV tuh so apalagi, trylah cari resepi dlm tenet nih. Jumpa resepi yg mudah dan senang nak buat tapi diubahsuai sedikit.

Bahan2
1 cup popcorn kernel
1 cup brown sugar
2/4 cup corn syrup
1 cup butter
1/4 cup corn oil
1 teaspoon salt
2/4 teaspoon baking soda
1 teaspoon vanilla powder

Cara2
1. Panaskan minyak dalam periuk besar. Gunakan api medium-high. Masukkan jagung dan tutup periuk. Goncang periuk supaya semua corn tu 'pop'.
2. Apabila bunyi 'pop' tu dah slow, tutup api. Tunggu sehingga semuanya dah 'pop' kemudian masukkan ke dalam bekas besar.
3. Panaskan oven kepada 120c. Sapukan dulang dengan butter atau alas dengan wax paper.
4. Cairkan butter. Masukkan gula perang, garam dan corn syrup. Kacau bagi sebati dan biarkan seketika.
5. Biarkan ia mendidih selama 2-3 minit tanpa kacau. Api jangan terlalu besar.
6. Angkat dan masukkan baking soda dan vanilla. Kacau sebati sehingga ia bertukar warna keperangan.
7. Tuang atas popcorn dan gaulkan.
8. Ratakan atas dulang dan bakar sehingga 45 minit atau kurang. Jangan sampai hangit.
9. Sejukkan dan boleh dihidang.

Monday, June 13, 2011

Kucingku..

Dah 2 malam sejak kucingku lari. Macam biasalah, kitaorg lepaskan dia main kat luar dan macam biasa jugaklah  dia akan balik umah malamnya tapi malam tadi dia tak balik langsung. Aku risaulah sket, iyelah kat mana dia sekarang, tido kat mana, makan ke tak, pastu makan tah apa2 tah plak kan.... So semalam aku sunyi sketla dan sedih sebab kucing kitaorg yang lagi satu tu dah dibawak pergi ke Kelantan dengan anak2nya sekali. Aku kan dah sayang kat kucing2 tu... Mereka semua comel2 dan suka bermanja2 dengan aku. Seronok main2 dengan mereka nih. Sekarang dah tak boleh nak main dengan mereka lagi dah. Huhuhu...
Tetiba pagi ni, masa aku tengah siram pokok, kucing yang tak balik umah sebelum ni datang mengiau kat aku. Agaknya happy sangat ko nampak aku sampai asyik gesel2kan badan dia kat aku je. Lagipun dah 2 malam kan dia tak balik umah. Sekurang2nya aku dah peneman dah, taklah sunyi lagi...