Tuesday, June 14, 2011

Caramel Popcorn

Sebenarnya dah lama teringin nak makan popcorn macam kat TGV tuh so apalagi, trylah cari resepi dlm tenet nih. Jumpa resepi yg mudah dan senang nak buat tapi diubahsuai sedikit.

Bahan2
1 cup popcorn kernel
1 cup brown sugar
2/4 cup corn syrup
1 cup butter
1/4 cup corn oil
1 teaspoon salt
2/4 teaspoon baking soda
1 teaspoon vanilla powder

Cara2
1. Panaskan minyak dalam periuk besar. Gunakan api medium-high. Masukkan jagung dan tutup periuk. Goncang periuk supaya semua corn tu 'pop'.
2. Apabila bunyi 'pop' tu dah slow, tutup api. Tunggu sehingga semuanya dah 'pop' kemudian masukkan ke dalam bekas besar.
3. Panaskan oven kepada 120c. Sapukan dulang dengan butter atau alas dengan wax paper.
4. Cairkan butter. Masukkan gula perang, garam dan corn syrup. Kacau bagi sebati dan biarkan seketika.
5. Biarkan ia mendidih selama 2-3 minit tanpa kacau. Api jangan terlalu besar.
6. Angkat dan masukkan baking soda dan vanilla. Kacau sebati sehingga ia bertukar warna keperangan.
7. Tuang atas popcorn dan gaulkan.
8. Ratakan atas dulang dan bakar sehingga 45 minit atau kurang. Jangan sampai hangit.
9. Sejukkan dan boleh dihidang.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.