Monday, June 13, 2011

Kucingku..

Dah 2 malam sejak kucingku lari. Macam biasalah, kitaorg lepaskan dia main kat luar dan macam biasa jugaklah  dia akan balik umah malamnya tapi malam tadi dia tak balik langsung. Aku risaulah sket, iyelah kat mana dia sekarang, tido kat mana, makan ke tak, pastu makan tah apa2 tah plak kan.... So semalam aku sunyi sketla dan sedih sebab kucing kitaorg yang lagi satu tu dah dibawak pergi ke Kelantan dengan anak2nya sekali. Aku kan dah sayang kat kucing2 tu... Mereka semua comel2 dan suka bermanja2 dengan aku. Seronok main2 dengan mereka nih. Sekarang dah tak boleh nak main dengan mereka lagi dah. Huhuhu...
Tetiba pagi ni, masa aku tengah siram pokok, kucing yang tak balik umah sebelum ni datang mengiau kat aku. Agaknya happy sangat ko nampak aku sampai asyik gesel2kan badan dia kat aku je. Lagipun dah 2 malam kan dia tak balik umah. Sekurang2nya aku dah peneman dah, taklah sunyi lagi...

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.