Saturday, July 30, 2011

Penatnya...

Saje je tunjuk 2 jenis padahal sama je
Semalam aku telah berjaya menebus kedua2 baucher yang aku beli kat Groupon Malaysia dengan Milkadeal. Penat woo kena pergi 2 tempat dalam masa 1 hari tanpa naik kete. Kedua2nya pegi dengan lrt je. First baucer tu aku amik kat lrt Kerinchi. Dahla aku janji nak jumpa orang tu pukul 12.40pm tapi disebabkan jalan jam kat KL aku jadi lambat. Sampai drebar bas tu melencong ke jalan lain nak menyampaikan ke KL. Terpaksa aku delay time aku tu. Kesian pulak kat orang tu terpaksa tunggu aku sedangkan dia ada lunch appointment tengah hari tu. Iyelah aku pun tak bajet jalan nak jam semalam. Kalau aku tau baik aku naik lrt je awal2. Tak payah susah2 naik bas. Pastu disebabkan first tu dah delay yang second pun kena delay gakla. Walaupun org tu cakap bleh tukar ke pukul 3 tapi pada mulanya gaya macam nak marah je (agaknyalah). Well, aku tak boleh nak salahkan dia sebab aku pun dah kelam kabut disebabkan jam harini.

Friday, July 29, 2011

Jom pegi survey

Semalam, akhirnya aku telah berjaya menjejakkan kakiku ke kedai bakeri Bake With Yen kat Chow Kit setelah sekian lama plan nak pergi tapi tak jadi.. Dan semalam aku nekad nak pergi gak walaupun perasaan malas beraja dihati. Huhuhu... Ramai gak pelanggan yang datang, tempatnya agak sempit sket walaupun ada banyak barang didalamnya. Pastu dekat2 plak dengan tempat2 GRO plak tuh. Cuma diaorg tak dok kat jalan2 raya jelah. Tapi memang boleh nampakla walaupun ada banyk kedai2 disekelilingnya. Aku beli jugak bekas cupcake (lagi..!!huh!!). Pastu aku beli almond biasa dengan almond potong dan gula icing sekali. Tu jelah. Tak tau nak beli sebab ingatkan nak tengok bekas cupcake dia, tapi tak menarik sangat pun corak yang ada. Takpelah. Pastu pergi Sogo pulak. Kebetulan hujan tengah hari tu. Nasib baik aku bawak payung. Kalau tak basah kuyuplah jawabnya.

Posted by MZ

Tuesday, July 19, 2011

Jom try buat

Resepi ke-2
Strawberry Mousse (sumber: My Resepi)
Bahan2

  • 10g gelatin (2 tbsp)
  • 10ml air panas
  • 200g strawberi
  • 70g gula
  • 200ml fresh cream/whipping cream
  • 1 sb lemon jus
Cara2

  1. Campurkan gelatin dgn air panas. Kacau sampai gelatin tak berketul.
  2. Buang tangkai dan kisar strawberi dgn gula dan whipping cream sehinnga sebati.
  3. Masukkan bancuhan gelatin dan lemon jus. Gaul sekejap.
  4. Tuangkan ke dlm bekas dan sejukkan.

Huhuhu...

Hari Sabtu lepas aku dgn adik aku pegi shooping brg2 dapur kat Carrefour. Pastu balik dari shooping kitaorg singgah jap kedai Yumi Bakery kat Danau Kota. Nak tgk lah kedainya mcm mana. Kedai tu kecik je, x byk sgt brg. Tapi aku belilah gak brg kat situ. Beli tepung pre-mix muffin dgn macaron pastu rembat lah sekali bekas cupcake tu. Tak byk pilihan sgt so amik jelah apa yg ada. Aku amik saiz kecik dgn sederhana besar. Pastu semalam plak aku ajak mak aku pegi kedai bakeri Bagus kat Melawati tuh. Besar sket kedainya. Byk gak lah brgnya. Tapi yg aku beli cuma bekas cupcake je (lagi..!!).. Hehehe... Tak kisahla, yg penting aku dah ada variety bekas cupcake. So semalam dah pegi kedai bakeri hari ni aku try buat Puding Roti dgn Strawberry Mousse.

Sunday, July 17, 2011

Arghh...sakitnya hati ku ini

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.

Dalam beberapa minggu ni macam2 yg berlaku dlm hidup aku. Ada yg sedih, menyakitkan hati dan macam2 lagilah.. Anak kucing aku dah ilang sekor.. Dia keluar main kat depan umah pastu dah x masuk2 umah lagi dah. Sejak aritu dia x muncul2 pun kat umah aku lagi. Harap2 dia ok lah... Kalau ada org jumpa harap2 lah org tu jaga elok2 yek. Dahla dia paling manja dgn maknya, muka dia x comel langsung pastu kurus plak tu. Pastu yg menyakitkan hati aku plak, org2 ni x abis2 nak menyibuk dlm hidup aku. Pastu x pasal2 kata aku ni teruk hanya disebabkan aku malas nak layan dia. Tu kira ok lagi sbb aku  belum marah
dia depan2, pastu ngadu kat mak aku plak tu. Menyampah betulla aku dgn org yg macam ni. Aku dah penat tau. Lepas ni aku dah malas nak cakap apa2 lagi dah. Kalau aku cakap kang org kata aku nie melampau plak kang. Baik aku dok dlm umah diam2 dan x bercakap dgn sape2 pun. Abis citer...
 Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.
Posted by MZ

Wednesday, July 6, 2011

Homemade Marshmallow

Kat rumah ada byk stok gelatin yg perlu dihabiskan sebelum xpired so trylah cari dalam tenet resepi apa2 yg menggunakan gelatin dan mudah. Jumpalah resepi marshmallow nih kat dalam MyResepi. So cubalah buat. Jadilah kot. Rasanya manis dan kenyal sket. Macam makan gula2 kapas tapi kenyal.