Wednesday, July 6, 2011

Homemade Marshmallow

Kat rumah ada byk stok gelatin yg perlu dihabiskan sebelum xpired so trylah cari dalam tenet resepi apa2 yg menggunakan gelatin dan mudah. Jumpalah resepi marshmallow nih kat dalam MyResepi. So cubalah buat. Jadilah kot. Rasanya manis dan kenyal sket. Macam makan gula2 kapas tapi kenyal.

Bahan2
1/4 cawan tepung jagung
1/3 cawan confectioner sugar (gula icing/caster)
21 gm gelatin (guna Halalgel sepeket)
1/3 cawan air
2/3 cawan gula
1/2 cawan corn syrup
secubit garam
1 sudu kecil esen vanila
pewarna (optional)

Cara2
1. Ayak tepung jagung dan confectioner sugar. Ketepikan.
2. Satukan gelatin dan air. Biarkan 5 minit. Kemudian masukkan gula dan dipanaskan dengan api kecil hingga larut.
3. Satukan bancuhan gelatin tadi, corn syrup, esen vanila, garam dan pewarna dalam mixer dan pukul pada speed paling laju selama 15 minit.
4. Tuangkan ke dalam loyang (resepi asal loyang 8x8 tapi aku buat ikut loyang yg aku ada je) dan dibiarkan selama 2 jam.
5. Kemudian bolehla dipotong dgn pisau basah atau acuan pilihan.
6. Salutkan dgn lebihan tepung jagung dan gula tadi. Biarkan kering dan bolehla disimpan dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.