Tuesday, July 19, 2011

Huhuhu...

Hari Sabtu lepas aku dgn adik aku pegi shooping brg2 dapur kat Carrefour. Pastu balik dari shooping kitaorg singgah jap kedai Yumi Bakery kat Danau Kota. Nak tgk lah kedainya mcm mana. Kedai tu kecik je, x byk sgt brg. Tapi aku belilah gak brg kat situ. Beli tepung pre-mix muffin dgn macaron pastu rembat lah sekali bekas cupcake tu. Tak byk pilihan sgt so amik jelah apa yg ada. Aku amik saiz kecik dgn sederhana besar. Pastu semalam plak aku ajak mak aku pegi kedai bakeri Bagus kat Melawati tuh. Besar sket kedainya. Byk gak lah brgnya. Tapi yg aku beli cuma bekas cupcake je (lagi..!!).. Hehehe... Tak kisahla, yg penting aku dah ada variety bekas cupcake. So semalam dah pegi kedai bakeri hari ni aku try buat Puding Roti dgn Strawberry Mousse.

Puding Roti
Sumber Resepi: blog cida (TQ)
Bahan2
  • 8 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 3 sb gula pasir
  • 2 sb mentega
  • 3 sb cream cheese
  • 1 sb tepung jagung
  • 3 sb choco chips ( tambah lagi 3 sb black raisins)
Cara2
  1. Koyakkan roti kecik2 dan masukkan ke dlm bekas.
  2. Campurkan 3/4 tin susu ke dlm roti dan biarkan kembang selama 1/2 jam.
  3. Campurkan mentega, cheese, gula dan gaulkan sebati. Campurkan baki susu tadi dan gaul rata.
  4. Masukkan ke dlm roti.
  5. Masukkan tepung jagung dan choco chips (black raisins) dan gaul rata.
  6. Alas loyang dgn kertas baking.
  7. Bakar selama 40 minit.
Kalau ikutkan kena bakar 30 minit atas 10 minit bawah, tapi aku pakai convection oven so bakar 170c selama 30-40 minit.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.