Friday, July 29, 2011

Jom pegi survey

Semalam, akhirnya aku telah berjaya menjejakkan kakiku ke kedai bakeri Bake With Yen kat Chow Kit setelah sekian lama plan nak pergi tapi tak jadi.. Dan semalam aku nekad nak pergi gak walaupun perasaan malas beraja dihati. Huhuhu... Ramai gak pelanggan yang datang, tempatnya agak sempit sket walaupun ada banyak barang didalamnya. Pastu dekat2 plak dengan tempat2 GRO plak tuh. Cuma diaorg tak dok kat jalan2 raya jelah. Tapi memang boleh nampakla walaupun ada banyk kedai2 disekelilingnya. Aku beli jugak bekas cupcake (lagi..!!huh!!). Pastu aku beli almond biasa dengan almond potong dan gula icing sekali. Tu jelah. Tak tau nak beli sebab ingatkan nak tengok bekas cupcake dia, tapi tak menarik sangat pun corak yang ada. Takpelah. Pastu pergi Sogo pulak. Kebetulan hujan tengah hari tu. Nasib baik aku bawak payung. Kalau tak basah kuyuplah jawabnya.

Posted by MZ

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.