Sunday, August 28, 2011

Book Fair @ KL Convention Centre

Semalam adik aku mengajak aku pergi Book Fair kat KLCC tuh. Aku pun tak pernah pergi so aku ikut jelah. Punyalah besar tempatnya sampai naik lenguh kaki aku dibuatnya. Tapi yang aku beli cuma beberapa alat tulis je. Adik aku tuh iyelah gak, borong alat tulis dengan novel dia tuh. Kononya nak pergi Jln TAR lepas tu, tapi kakiku dah sakit nak pegi macam mana. Baik balik umah je terus. Nak masuk lrt pulak ramai orang. Ingatkan takde masalah apa2 lah. Sekali kad TnG aku takleh pass plak. Nak pegi kat kaunter plak, kaunter tutup. Hampeh tul lah. Terpaksa aku beratur beli tiket. TnG aku pulak time2 nie buat hal. Haritu pakai okey je. Huh, tensen je...

Thursday, August 25, 2011

Shooping kat Bake With Yen

Ini adalah bahan2 yg aku beli kat BWY Chowkit semalam. Nak buat biskut rayalah katakan.

Posted by MZ

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #1

Monday, August 15, 2011

Perihal kamera digital

Semalam aku pergi Low Yat dengan my sister. Kununnya nak tengok sale handphone kat sana. Kedai yang buat sale tu memang aku jumpa tapi tengok kedai sekeliling pun ada buat sale gak. So my sister cadang kitaorg tengok2 dulu kot lah boleh dapat yang lebih murah ke. Mulanya plan nak tengok je last2 aku pun beli kamera Canon Powershot A2200 yang berharga dalam RM400. Nasib baik duit cukup. Sebenarnya aku aim IXUS tapi memandangkan ia lebih dari cash budget aku so aku pun tengok Powershot je. Oklah daripada beli Samsung Dualview tuh. Bagus memang bagus tapi aku cuma nak guna biasa2 je. Lagipun aku tak suka sangat amik gambar sendiri dan ia takde features yang aku nak. Tambahan pulak harganya lebih dari cash yang aku ada so tak belilah. Puas hati jugaklah dapat beli kamera tu, buat masa sekarang ni lah. So aku trylah amik beberapa gambar.

Perihal telinga

Dah beberapa hari telinga kananku bermasalah. Pada mulanya sangka ianya hanya sementara tapi aku x sure sampai bila ia akan berlarutan. Bermula pada ptg Khamis lepas, telinga aku tetiba rasa mcm tersumbat. Mcm masuk air padahal mana ada kena air pun. Masa mandi plak xde pun aku rasa apa2. Try gak masukkan air pastu keluarkan balik tapi x jadi apa2 pun. Aku gak try telan air, kot2 lah okey ke lepas tu tapi still sama gak. Lepas tu ia jadi mcm berdengung plak. Alah mcm bila kita berada di tempat tinggi tuh. Dan bila telinga aku tu menangkap bunyi2an dia jadi mcm bergema gitu. Even kalau aku cakap pun aku bleh dgr gema suara aku tapi sket jelah. Taklah gema mcm kat dlm gua ke apa. Pastu paling teruk semalam dan harini. Aku bangun pagi je rasa mcm dah tersumbat terus. Bleh dgr sket tapi lagi kuat rasa tersumbat dari mendengar. Pagi nie plak aku sedar2 je telinga aku berbunyi mcm "eeeee" yg panjang. Aku dah rasa x selesa dah. Try gak surf tenet pasal telinga aku nih. Ada yg kata sbb resdunglah, ada kena mengena dgn buah pingganglah, pasal kematianlah dll. Aku pun x tahu samada nak pergi check kat klinik biasa je ke or pergi klinik pakar.
Psst..dgr tak??

Monday, August 8, 2011

Oreo cupcake

Setelah sekian lama terperap je resepi yg aku dpt dari DTS, akhirnya aku telah cuba utk membuatnya semalam. Tapi terasa mcm makan muffin oreo je. Pastu aku punya cupcake tu terasa oreonya sbb aku pakai oreo aiskrim kot. Well, jadilah gak walaupun aku buat separuh je dari resepi asal. Pastu kunun nak buat topping dia tapi x berapa nak jadi sbb aku akui yg aku x pandai nak hias pakai piping beg plastik tuh. Huhuhu...

Berbuka puasa kat umah

Hari Sabtu lepas aku xtau nak masak apa utk berbuka. Kebetulan parents aku pun dah balik ke Kelantan so akulah kena masak. Susah2 je masak yg cincai2 abis citer. Masak sayur botor goreng, ayam berempah style aku, telur ala bistik dgn panaskan tomyam yg ditapau dari restoran semalam. Huhuhu... Ayam berempah tu sebenarnya kombinasi dari pelbagai resepi yg aku jumpa kat tenet. Sedap gakla, adik aku pun kata ok je.
Bahan2
  • Ayam potong (ikut suka)
  • Ajinomoto
  • Serbuk kari, serbuk kunyit, sebuk jintan putih dan jintan manis, serbuk ketumbar dan serbuk lada putih
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara2
  1. Perapkan ayam dgn ajinomoto selama 15min utk melembutkan daging.
  2. Cuci ayam tadi. Gaulkan semua serbuk, garam dan gula dan perap selama 1/2 jam.
  3. Bolehla digoreng hingga masak. Hidangkan.

Thursday, August 4, 2011

Semalam kan..

Dah lama tak pergi The Mall so aku decide nak melawat The Mall lah semalam. Masa keje kat Jln Duta dulu selalu gakla singgah kat The Mall nih tapi semenjak dah tukar tempat so jarang dah dtg melawat. Saje je jenjalan. Tengok ada sale Hot Market kat GF so aku surveylah. Ada jual fridge magnet yg cumel2 belaka. 3 biji RM10. Bentuk pun macam makanan. So aku belilah 2 set, 6 biji. Hehehe... Pastu aku singgah Sogo jap, kununya nak cari mags ke buku masak ke tapi tak banyak pun. Patutnya aku beli kat The Mall je tadi. Aku tak puas hati so aku pergilah cari kat kedai buku. Pun sama gak. Takde yang aku nak. 2 kedai buku aku cari. Last2 aku balik jelah. Dahla takleh nak minum, kepenatan pulak tu. Huhuhu... Time bukak puasa aku masak bihun sup style aku dan Chocolate Milkshake yang aku amik dari blog Fazlinil Irma.
Posted by MZ

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Semalam ingatkan nak pergi shopping sket barang dapur since banyak yang dah tinggal sket. So aku dengan my sister pergilah ke supermarket kat umah kitaorg tu. Punyalah ramai manusia semalam. Pastu dah ramai sangat orang adik aku pun ajak pegi Carrefour W.Maju. Kat sini pun ramai orang gak. Parking macam nak penuh je. Aku tak tahulah ni semua disebabkan cuti hujung minggu ataupun sebab esok nak puasa. Baru nak puasa, belum nak raya lagi. Kalau raya nanti lagilah ramai giler orang. Naik lenguh gakla lutut aku nie berjalan semalam. Well, tahun nie kira 1st puasa aku berpuasa tanpa parents aku. Entah macam manalah nanti persiapan raya ek.

P/s: Dikesempatan ini ingin kuucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.