Sunday, August 28, 2011

Book Fair @ KL Convention Centre

Semalam adik aku mengajak aku pergi Book Fair kat KLCC tuh. Aku pun tak pernah pergi so aku ikut jelah. Punyalah besar tempatnya sampai naik lenguh kaki aku dibuatnya. Tapi yang aku beli cuma beberapa alat tulis je. Adik aku tuh iyelah gak, borong alat tulis dengan novel dia tuh. Kononya nak pergi Jln TAR lepas tu, tapi kakiku dah sakit nak pegi macam mana. Baik balik umah je terus. Nak masuk lrt pulak ramai orang. Ingatkan takde masalah apa2 lah. Sekali kad TnG aku takleh pass plak. Nak pegi kat kaunter plak, kaunter tutup. Hampeh tul lah. Terpaksa aku beratur beli tiket. TnG aku pulak time2 nie buat hal. Haritu pakai okey je. Huh, tensen je...

Harini pergi gak aku Jln TAR. Nak mencari baju raya yang tak terbeli2 lagi. Alah beli baju kurung kain shifon jer. Malas nak pikir2 lagi dah. Dahla jalan jem, takleh masuk KL. Drebar bas tu plak bawak laju giler macam nak racing pulak... Balik pun sama. Menakutkan betullah. Apesal lah ramai orang tak balik kampung lagi?? Ape diorang nih takde kampung macam aku gak ker?? Dalam jalan2 tu aku ternampak seseorang yang aku kenal. Pastu aku nampak sorang lagi yang aku kenal kat belakangnya. Tetiba aku teringat sesuatu. Katanya hanya kawan je tapi aku rasa mereka nih kemana2 pun bersama2 je. Pastu aku teringat janji2 yang pernah dia ucapkan dulu. Katanya kalau boleh kawin dengan aku dah lama dia buat macam tu, kononya setia pada yang satu je. Pastu kitaorang jadi rapat. Tapi tetiba dia dah tak kisahkan aku lagi dah. Kemudian kami rapat balik. Pastu dah tak pedulikan aku lagi. Aku pun pelik. Teringat lagi masa dia hantar aku ke bas stop semata2 nak pastikan aku naik bas. Siap mesej lagi tanya aku dah sampai rumah ke belum. Tapi tu dulu, sekarang dah tak macam tu dah. Dia dah tak pedulikan aku lagi dah. Kadang2 tu aku rindu saat2 tu. Tapi manusia mudah berubah...

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.