Monday, August 8, 2011

Oreo cupcake

Setelah sekian lama terperap je resepi yg aku dpt dari DTS, akhirnya aku telah cuba utk membuatnya semalam. Tapi terasa mcm makan muffin oreo je. Pastu aku punya cupcake tu terasa oreonya sbb aku pakai oreo aiskrim kot. Well, jadilah gak walaupun aku buat separuh je dari resepi asal. Pastu kunun nak buat topping dia tapi x berapa nak jadi sbb aku akui yg aku x pandai nak hias pakai piping beg plastik tuh. Huhuhu...
Resepi asal: Blog Rima
Sumber Resepi: Che Mat Gebu @ DTS (TQ)
Bahan2
  • 125gm mentega (guna 60gm)
  • 1/2 cawan gula perang (guna 1/4 cawan)
  • 1 cawan tepung naik sendiri (guna 1/2 cawan)*
  • 1/2 camca teh baking powder (guna 1/4 camca teh)*
  • 2 biji telur A (guna 1 biji)
  • 1/2 camca teh esen vanila (guna 1/4 camca teh)
  • 5 keping biskut oreo yg dikisar halus (guna 3 keping)
  • Untuk topping: 125gm cream cheese (guna 60gm)
  • 60gm mentega (guna 30gm)
  • 60gm gula icing (guna 30gm)
*ayakkan kedua2
Cara2

  1. Panaskan oven pd suhu 175c
  2. Satukan mentega, gula perang, telur, tepung naik sendiri+baking powder dan esen vanila. Putar pd kelajuan slow hingga sebati.
  3. Masukkan serbuk oreo dan kemudian putar pd kelajuan laju selama 2min.
  4. Isi 3/4 cawan dan bakar selama 10-15min. Sejukkan.
  5. Pukul cream cheese dan mentega hingga sebati.
  6. Masukkan gula icing dan pukul lagi hingga kembang.
  7. Bolehla dihiaskan keatas cupcake.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.