Monday, August 15, 2011

Perihal kamera digital

Semalam aku pergi Low Yat dengan my sister. Kununnya nak tengok sale handphone kat sana. Kedai yang buat sale tu memang aku jumpa tapi tengok kedai sekeliling pun ada buat sale gak. So my sister cadang kitaorg tengok2 dulu kot lah boleh dapat yang lebih murah ke. Mulanya plan nak tengok je last2 aku pun beli kamera Canon Powershot A2200 yang berharga dalam RM400. Nasib baik duit cukup. Sebenarnya aku aim IXUS tapi memandangkan ia lebih dari cash budget aku so aku pun tengok Powershot je. Oklah daripada beli Samsung Dualview tuh. Bagus memang bagus tapi aku cuma nak guna biasa2 je. Lagipun aku tak suka sangat amik gambar sendiri dan ia takde features yang aku nak. Tambahan pulak harganya lebih dari cash yang aku ada so tak belilah. Puas hati jugaklah dapat beli kamera tu, buat masa sekarang ni lah. So aku trylah amik beberapa gambar.

Ni adalah menu aku berbuka semalam. Bubur nasi dgn air cendol je. Dah taktahu nak makan apa so aku buat jelah nasi lebihan tu jadi bubur. Aku blendkan dengan air dan tumis dgn bawang dan halia tumbuk. Masukkan sayur2 dan ayam potong. Hidangkan dengan daun bawang, ikan bilis, nuget hiris dan kicap. Sedap apa. Yummy...

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.