Sunday, September 18, 2011

Cendawan Goreng

Last week aku ada beli sepeket cendawan tiram.
Tujuannya nak dibuat cendawan goreng.
So semalam aku telah mencuba membuatnya.
Tak sama mcm yg selalu beli kat pasar tapi bolehla dari xde.
Resepi ni aku amik kat blog nih.
Cuma aku bukan guna cendawan enoki
dan aku x ikut sukatannya, main ikut suka hati aku nak letak berapa banyak.
So inilah hasilnya.

Cendawan Goreng Rangup
Sumber resepi : My Culinary Adventure Journal (TQ)
Bahan A
50gm tepung gandum
15gm tepung jagung
1 st serbuk bawang putih
1/2 st serbuk paprika
3/4 st garam
1/4 st lada sulah
1/2 st serbuk penaik
100ml air sejuk

Bahan B
150gm tepung gandum
2 sb tepung jagung
1/2 st lada sulah
1 1/2 sb keju parmesan (x guna sbb xde)

Cara2

  1. Carik2 cendawan.
  2. Satukan kesemua bahan A dan gaul sebati.
  3. Celupkan cendawan ke dalam bahan A.
  4. Satukan kesemua bahan B dan ratakan ke atas cendawan tadi.
  5. Goreng dgn minyak panas dan api sederhana sehingga garing.
  6. Bolehlah diangkat dan ditoskan. Hidang.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.