Monday, October 17, 2011

Konvo adik kat Unisel

Semalam adik lelaki aku konvo. Utk course diploma dia. So kitaorang 1 family pergilah. Nun jauh kat Bestari Jaya tuh. Memandangkan cuma 2 orang je boleh masuk, aku dan adik perempuan aku kena tunggu kat luar dewan.
Orang tengah beratur nak masuk dewan

Daripada pagi sampailah ke tengah hari. Barulah habis upacara tuh. Dengan takde tempat duduk yang teduh, kitaorang duduk kat bawah pokok yang tak berapa nak teduh.
Kedai jual bunga dengan patung

Sambil2 menunggu tu sempat pegi beli makanan dan air. 2 kali pulak tu. Tapi yang teruknya, akulah... Time lagu Negaraku berkumandang, aku dengan selambanya berjalan2. Padahal orang lain semua stop dan diri tegak. Aku je tak... Jahatnya aku... Hahaha...
Satu lagi kedai bunga


Dah abis upacara, aku ajak adik perempuan aku pergi beli bunga. Carilah yang ada patung tuh. Dulu aku cuma dapat bunga je takde patung. So aku nak beli yang ada patung gak.

Belikan bunga dengan patung Angry Bird merah. Sebab adik lelaki aku minat Angry Bird. Mak pulak beli bunga kecik je dengan 2 patung teddy kecik. Murah katanya. Aku punya mahal sket, RM45. Nasib tak amik patung besar. Mau kena RM80... Lepas amik gambar kitaorang pergi makan.

Ayah aku order air keladi. Tak pernah pulak minum air keladi. Dah abis makan kitaorg pun baliklah.

1 comment:

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.