Friday, November 25, 2011

Cake redemption pt. 1

Harini aku nekad nak pergi Curve untuk redeem kek kat The Suchan yang aku beli kat Milkadeal. Nak refresh kan balik tengok baucer kat entry ni.

Walaupun aku terlepas shuttle bas ke Ikano tuh, tapi nasib baik ada bas Rapidkl ke sana. Padahal aku tak pernah naik bas tu, so kiranya gamble lah ni. Nasib baik ada orang turun kat Ikano, kalo tak, tak tau aku nak turun kat mana. Hehehe... Redemption adalah selepas pukul 2pm dan aku sampai dalam 2.30pm. So tanpa berfikir panjang lagi aku terus bergegas cari kat mana tempatnya. Jumpa gak tempatnya. Kat jambatan yang menuju ke E@Curve tu. Kalau ikutkan dia ada 2 jambatan, satu Link Bridge 1 dan satu lagi Link Bridge 2. Lokasinya kat LB 2.

Thursday, November 24, 2011

Bebola Donut

Ini adalah percubaan pertamaku dalam membuat Bebola Donut.
Aku buat ni utk sarapan pagi semalam tapi harini punya entry.
Itu aje utk harini, sekian terima kasih.

Wednesday, November 23, 2011

Lagi..??!!

Semalam, brg yg aku order dari FB pun dah sampai.
Asalnya ingatkan nak trylah beli tepung cheese tu, kotla lain ke sbb murah sket.
Tapi bila dpt, rupanya tepung Nacho Cheese dan bukan Jalapeno Cheese...
Tepung ayam goreng RM17.00, tepung keju RM13.00, kos penghantaran RM7.00

Friday, November 18, 2011

Semalam pegi MidValley

Akhirnya semalam aku telah pergi ke Midvalley... Asyik tangguh2 je, so aku nekad semalam nak pergi gak walau macam mana pun. So tengah hari tu, aku keluarlah menuju ke bus stop.
Yang aku tak puas hati, ada ke patut bas yang aku tahan tu tak nak berhenti. Taulah aku sorg je.. Kot ye pun nak berlumba dengan bas Rapid kat belakang tu takkan penumpang sorang pun tak layan.
Mentang2lah kat depan sana banyak penumpang, (agaknyalah) aku dipinggirkan. Terpaksa aku tunggu bas lain. Nak naik bas Rapid aku takde kad. Teruk tul... Lepas naik bas gi ke KL, naik lrt pulak pergi ke Bangsar. Amik feeder bas kat sana. Nasib baik aku tak payah tunggu lama sangat feeder bas tu.

Wednesday, November 16, 2011

Percubaan kedua

Kali ni aku try masak chicken wrap guna wrap yg aku beli kat Sogo. Lebih kurang mcm guna tortilla tapi yg ni mmg khusus utk wrap2 mcm KFC punya tu.

Ayam tu aku guna ayam yg telah diperap dan digoreng. Aku letak daun salad, tomato, kepingan Chachos dgn sos jalapeno beli aritu. Mcm KFC gak. Tapi hasilnya xdelah sebiji mcm KFC.

Tuesday, November 15, 2011

Sudah sampai yeh!yeh!

Semalam abg posmen tekan loceng rumah.. Nie mesti serbuk jalapeno yg aku order dah sampai. Tanpa berlengah aku pun pegilah jumpa abg posmen tuh. Hehehe..mmg betul pun.
Aku pun apa lagi, bukaklah package aku tuh. Tak sabar betul aku nak tgk rupa bentuknya.
Barang dah ada, so apa lagi.. Testing time. Petang tu jugak aku try buat cheezy wedges. Tapi kena bancuh dululah...

Monday, November 14, 2011

Roti Piza

Semalam trylah buat roti piza. Asyik tgk org buat je... So dlm misi menghabiskan roti Gardenia buatla roti piza tuh.. Alah tinggal 5 keping je pun..
Topping dia pun main letak je ikut suka hati aku.
Sedap gak (puji diri sendiri)...
Bahan2
Roti
Sosej
Telur
Tomato - dihirs
Sos cili
Sos tomato
Mayonis
Keju parut - guna 2 jenis keju cheddar dgn mozzarella

Friday, November 11, 2011

Jumaat, 11.11.11

Ingat tak macaron deal yg aku beli lepas?? Kalau tak ingat tengok entry ni. Kalau malas gak nak klik link tuh tgk je gambar kat bawah nih.
Hah, dah ingat dah ke?? Nak bagitau nih, akhirnya ia sampai gak ke umah aku dengan selamatnya. Hehehe...

Monday, November 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam Aidiladha. Well, semalam makan nasi impit, rendang daging, kuah lodeh dengan sambal sotong. Makan pagi, tengah hari dan malam sekaligus. Jimat betullah. Jumaat lepas akhirnya aku keluar gak. Setelah sekian lama plan nak shooping something tapi asyik tunda jer. Alah pegi Sungei Wang je. Tu pun sebab dah lama tak ke sana.
Anyway, aku seperti biasa, kalau ke SW mesti tengok Daiso gak. Adalah beberapa item yang aku nak tu. Pastu aku ke Watson, nak beli barang peribadi sket. Semua yang aku nak ada. Last sekali aku pegi ke Giant beli barang dapur sket. Barang aku gakla. Tu jelah pun.

Posted by MZ

Tuesday, November 1, 2011

Twist Potato

Tengah surfing cari pasal sos jalapeno kat google, sekali terjumpalah satu blog nih (blog Fiza Nordin) yg citer pasal dia masak nugget dgn sos jalapeno. Katanya dia beli kat Ummi@FB. Sekarang nih tgh promosi sempena Aidiladha. Dalam RM10 utk 200gm (asal RM12 utk 200gm) tak termasuk postage. Macam nak beli tapi aku kena survey harga dulu. Sebab kat blog Jaja'z pun ada jual gak tapi RM15 utk 200gm lah. Tu pun tak temasuk postage. So anda rasa mcm mana??

P/s: Video tu tunjuk cara mcm mana nak buat kentang spiral yg selalu jual kat pasar2 malam. Selalunya kat pasar malam tuh pakai mesin, tapi dah ada tutorial nih blehla buat sendiri. Pastu makan dgn sos jalapeno tuh. Huhuhu...