Monday, November 14, 2011

Roti Piza

Semalam trylah buat roti piza. Asyik tgk org buat je... So dlm misi menghabiskan roti Gardenia buatla roti piza tuh.. Alah tinggal 5 keping je pun..
Topping dia pun main letak je ikut suka hati aku.
Sedap gak (puji diri sendiri)...
Bahan2
Roti
Sosej
Telur
Tomato - dihirs
Sos cili
Sos tomato
Mayonis
Keju parut - guna 2 jenis keju cheddar dgn mozzarella


Cara2
  1. Perapkan sosej dgn sos tiram dan gula selama 5 min. Kemudian goreng dgn minyak yg sedikit dan sekejap. Hiriskan.
  2. Pecahkan telur dlm kuali dan tunggu sekejap. Paipkan sos cili dan kacau telur hingga hancur. Ketepikan.
  3. Sapukan roti dgn sos tomato - kalau suka boleh letak sos cili sekali.
  4. Susunkan sosej dan hirisan tomato. Taburkan keju cheddar.
  5. Paipkan sos cili dan mayonis.
  6. Letakkan telur hancur. Taburkan keju mozzarella.
  7. Bakar pada suhu 170c selama 20min.
P/s: Sosej dgn telur tu ikut cara Diana @ Melley Mey

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.