Friday, November 18, 2011

Semalam pegi MidValley

Akhirnya semalam aku telah pergi ke Midvalley... Asyik tangguh2 je, so aku nekad semalam nak pergi gak walau macam mana pun. So tengah hari tu, aku keluarlah menuju ke bus stop.
Yang aku tak puas hati, ada ke patut bas yang aku tahan tu tak nak berhenti. Taulah aku sorg je.. Kot ye pun nak berlumba dengan bas Rapid kat belakang tu takkan penumpang sorang pun tak layan.
Mentang2lah kat depan sana banyak penumpang, (agaknyalah) aku dipinggirkan. Terpaksa aku tunggu bas lain. Nak naik bas Rapid aku takde kad. Teruk tul... Lepas naik bas gi ke KL, naik lrt pulak pergi ke Bangsar. Amik feeder bas kat sana. Nasib baik aku tak payah tunggu lama sangat feeder bas tu.

Firstly aku pergi MPH nak cari buku yang aku dah lama cari. Nasib baik jumpa, setelah sekian lama cari. Buku ni dah lama aku cari tapi tak nampak2. Sebabnya dia masuk kategori buku cina. Dengan aku yang tak reti bahasa cina, aku pun pergilah seksyen buku cina. Jumpa gak akhirnya lepas diperhati satu2. Tajuknya Assorted Lunch Boxes. Harga RM18.00. Buku ni DWI-language, bahasa inggeris-bahasa cina. Yang bestnya buku ni ada macam2 resepi untuk kanak2, pelajar sekolah dan golongan bekerja. Sesuai untuk buat bekal.

Buku Betulkah? tu citer pasal orang yang tak kawin2 lagi (macam aku) tapi selalu kena tanya bila nak kawin bagai. Memang ada kena mengenalah dengan aku, sebab tu aku beli. Tapi aku belum baca lagi pun, tengok sinopsis kat belakang tu je. Harganya RM18.90. Buku Mad about Macarons! ni plak aku beli sebab gambarnya. Siap ada tunjuk cara2 sekali. (Ceh mcm nak buat..). Harganya RM42.90 je.


Balik pulak pergi KFC beli Double Zinger Burger. Haih, mau nganga besar aku nak makan burger tu. Tambah dengan sos jalapeno sket. Tapi ayamnya ada yang liat sket.Terutama sekali bahagian tepi. Sampai takleh gigit, kena tarik dagingnya. Nak balik aku naik feeder bas gak. Lama tul tunggu. 1 1/2 jam tunggu. Kalo naik komuter pun dah sampai dah agaknya. Dahla hujan plak tu. Nampaknya aku kena balik saing dengan adik aku sekali. Takyah naik bas. Hehehe...

Posted by MZ

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.