Wednesday, December 28, 2011

Red Velvet Cupcake

Hari ahad lepas aku trylah buat cupcake. Tu pun sebab adik kata dia teringin nak makan Red Velvet Cupcake (RVC). So aku pun surf internet dan terjumpalah satu resepi RVC. Petang ahad tu aku bancuh siap2 adunannya semua, pastu malam tinggal nak bakar je. Senang sket keje aku.

Friday, December 23, 2011

Sakit hati lagi..

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Kalau rasa taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.Tapi kalau nak baca, silalah.

Pagi tadi aku terdengar makcik2 kat umah aku ni bersembang.

Makcik 1: Banyaknya kucing kat rumah ni.
Makcik 2: Ha'ah..Besar ada kecik pun ada.

Takpelah, bukan citer2 penting pun kan. Tapi tetiba dia citer pasal aku plak. Tu yg aku tertarik nak dengar tu.

Makcik 2: Mak bapak takde kat sini. Dah duk Terengganu.
Makcik 1: Hah? Buat apa kat sana?
Makcik 2: Bapak dia tukar sana. Anak yg sulung adalah kat sini. Tak keje.

Dahla mengumpat, pastu bagi fakta tak betul plak tu. Bila masa bapak aku keje kat Terengganu. Kelantanlah! Pastu siap bagitau kat org plak tu yg aku tak keje. Yg dia baik hati sangat nak bagitau apehal??

Makcik 2: Haritu saya ada suruh mintak keje kat pasaraya tu tapi dia tak nak. Dia jawab apa "Buat apa??!" kat saya.

Ni yg aku hangin nih. Pandainya makcik 2 nih putar belit cakap aku. Aku takde sebut pun perkataan tu tapi boleh plak dia tokok tambah sendiri. Pastu gaya aku jawab tu mcm cakap org berlagak plak. Seingat aku, aku cuma cakap "Ha iyelah2, nanti saya pegi", tu je. So mana satu part yg cakap "Buat apa??!" tuh...??

Makcik 2: (aku tak dengar part dia citer pasal parents aku kena bayar apa ke tah) Umur dah 30 dah.

Kena ke sebut part umur tuh?? Nanti org ingat aku ni dari abis belajar sampai sekarang tak pernah keje padahal aku baru tahun ni tak keje. Memanglah bil2 kat umah nie bapak aku yg bayar tapi bab makan aku dengan adik aku boleh survive lagi. Savings aku cukup belanja dapur semua tu. Dia apa tahu?? Tahu mengumpat pasal aku kat orang pastu citer seolah2 aku ni macam orang jahat plak. Sakitnya hati aku bila dengar!!

Makcik 2: Dia tak nak borak dah.

Eh, bukan ke dulu kau yg kata takut nak cakap dengan aku sebab aku garang?? Sekarang kau citer kat orang yg aku tak suka borak2 dengan kau lagi dah?? Ni apa kes??!!
Memang patut pun aku tak cakap dengan kau, nanti kalau aku cakap kang kau plak citer kat orang lain. Pastu kau putar belitkan cakap aku. Dari tak cakap jadi macam aku yg cakap. Aku memang dah jangka dah, orang macam makcik tu memang suka citer pasal rumahtangga orang kat orang lain. Kalau tak, masakan masalah kat rumah orang lain dia boleh tahu?? Orang tu datang nak mengadu kat dia tapi dia plak pegi citer kat orang lain.

 Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.
Posted by MZ

Thursday, December 22, 2011

Light Cheese Cake

Salam. Just nak bagitau, ini adalah Light Cheesecake pertamaku... Buat pd ahad lepas tapi baru skrg dapat update. Taklah secantik mcm org dah biasa buat kek kan..?? Utk resepi boleh tgk kat blog ni dan tutorialnya kat sini. Malas nak taip resepi kat sini balik.. Hehehe...

Monday, December 12, 2011

Perihal ShoutMix

Org dah kecoh2 dah... Semua dah start gelisah semacam... Dah takleh nak buat apa lagi dah... Suka atau tak kena bayar gak, kalo taknak bayar tukar yg lain jelah...
Apa yg aku merepekkan nih??
Haa.. Kalo nak tau, meh sini aku nak bagitau.
Mulai 1 Januari nih, ShoutMix tak menyediakan shoutbox free lagi dah.
Kena bayar plak. Kalo tak percaya cuba pegi kat shoutbox masing2. Pastu cuba click kat Important Notice yg ada kat penjuru atas belah kiri tuh. Kat situ dia ada bagitau.
Kalo malas gak baca jelah kat bawah ni hah:
"And so, ShoutMix is not going to be free any more. Existing users will be able to continue using their accounts at no cost right now. The transition will begin within a few weeks. Eventually, users with free accounts will need to switch to a paying plan or stop using the service. The date is set at January 1, 2012. After this date, free accounts will stop working unless upgraded to a The good news is that ShoutMix will be available for only $0.99/month and will be available effective immediately. For our old version (the Classic) it will only be available in Premium package which costs approximately $1.67/month."
So kalo sayang sgt nak tukar yg lain, bayar jelah. Kalo taknak bayar, tukar jelah yg lain.

Tuesday, December 6, 2011

Cake Redemption pt. 2

Setelah selesai aku merasa kesemua kek(4 slices) yg aku redeem kat Suchan bulan lepas, kini tibalah masanya utk aku review mengenai kek diaorg tu.
Kek pertama ialah kek Tiramisu. Bagi aku mmg sedaplah. Keknya lazat berkrim disukai ramai, tak lupa juga berkacang diatasnya. Patutla org suka sgt kek nih. Tapi aku takleh la makan selalu sgt, takut muak nanti. Itupun dah ngap 2 potong..hehehe..
Kek kedua yg aku rasa adalah kek Strawberry Pavlova. Keknya lembut mcm tisu+keras mcm kerak roti yg dah lama dan keraknya terlalu manis sgt bagiku. Tapi bolehla...
Kek ketiga dan terakhir sekali adalah carrot cake. Ok, not bad. Tak terlalu manis. Tapi mcm makan kek kelapa plak.
Itulah saja review saya utk hari ini. Sekian terima kasih.

Thursday, December 1, 2011

KL-Gua Musang-Cameron Highland-Gua Musang-KL

Cuti sempena Awal Muharam ni, kitaorang adik beradik plan nak gi Gua Musang, tempat tinggal parents kitaorg. Cuti hari Selasa, so lama sket kat sana. Bertolaknya pagi Sabtu lepas. Kiranya lepas tengah hari tu sampailah. Lepas dah kemas2 barang, siap2kan kucing2 dengan makanan dan pasir mereka, kitaorang pun berangkatlah. Sampai sana dalam pukul 2pm lebihla (4 jam perjalanan). Bila sampai je, parents dah duduk kat tangga tunggu kitaorang. Terasa macam balik kampung pulak padahal GM tu bukan kampung kitaorang pun. Dengan keadaan rumah macam rumah kampung lagilah terasa kekampungannya. Tidur semalam kat sana. Pastu pagi esoknya kitaorang berangkat ke Cameron pulak (1 1/2 jam perjalanan).