Wednesday, December 28, 2011

Red Velvet Cupcake

Hari ahad lepas aku trylah buat cupcake. Tu pun sebab adik kata dia teringin nak makan Red Velvet Cupcake (RVC). So aku pun surf internet dan terjumpalah satu resepi RVC. Petang ahad tu aku bancuh siap2 adunannya semua, pastu malam tinggal nak bakar je. Senang sket keje aku.

Ni dah siap bancuh tinggal nak masuk dalam cup je

Ni adalah first batch sebelum dibakar.

Ni adalah first batch selepas dibakar. Baru je kuar oven.

Ni adalah second batch selepas dibakar.
Aku buat dalam cawan kecil so dapatlah dlm 26 biji cuppies. Banyak sket tapi keciklah. Pastu ingatkan nak decorate, tapi adik plak tak nak. So jadilah RVC kosong je.

Sumber resepi: Blog Nenek Di Dapur (TQ)
Bahan2
  1. 1 1/4 cawan tepung gandum
  2. 1/2 tsp baking powder
  3. 1/2 tsp garam
  4. 1 tbsp serbuk koko
  5. 1 1/2 tbsp pewarna merah
  6. 1/2 cawan minyak jagung
  7. 3/4 cawan gula ising
  8. 1 biji telur - suhu bilik
  9. 1/2 tsp esen vanila
  10. 1/2 cawan buttermilk - takde so gantikan dengan 1/2 cawan susu segar + 1/2 tbsp cuka.
  11. 1/2 tsp cuka
  12. 1/2 tsp soda bikarbonat
Cara2
  1. Ayakkan tepung gandum + baking powder + garam. Asingkan. (aku ayak 3x)(A)
  2. Sediakan buttermilk dengan mencampurkan susu segar + cuka. Gaul sebati dan biarkan selama 10 - 15 minit. Asingkan. (B)
  3. Campurkan serbuk koko + pewarna merah dan gaul sebati. Asingkan. (C)
  4. Campurkan gula + minyak jagung dan pukul dengan mixer sehingga kembang.
  5. Masukkan telur + esen vanila + adunan C tadi dan kacau sebati.
  6. Masukkan adunan A + B berselang seli sehingga habis.
  7. Campurkan soda bikarbonat + cuka dalam bekas lain dan masukkan ke dalam adunan. Kacau sebati.
  8. Tuangkan adunan ke dalam cawan cupcake 1/2 penuh. Bakar pada suhu 170c selama 18 - 20 minit.

2 comments:

  1. Very nice outcome and looks delicious.

    ReplyDelete
  2. Thank you. Well it does taste good, for me lah...

    ReplyDelete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.