Friday, December 23, 2011

Sakit hati lagi..

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Kalau rasa taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.Tapi kalau nak baca, silalah.

Pagi tadi aku terdengar makcik2 kat umah aku ni bersembang.

Makcik 1: Banyaknya kucing kat rumah ni.
Makcik 2: Ha'ah..Besar ada kecik pun ada.

Takpelah, bukan citer2 penting pun kan. Tapi tetiba dia citer pasal aku plak. Tu yg aku tertarik nak dengar tu.

Makcik 2: Mak bapak takde kat sini. Dah duk Terengganu.
Makcik 1: Hah? Buat apa kat sana?
Makcik 2: Bapak dia tukar sana. Anak yg sulung adalah kat sini. Tak keje.

Dahla mengumpat, pastu bagi fakta tak betul plak tu. Bila masa bapak aku keje kat Terengganu. Kelantanlah! Pastu siap bagitau kat org plak tu yg aku tak keje. Yg dia baik hati sangat nak bagitau apehal??

Makcik 2: Haritu saya ada suruh mintak keje kat pasaraya tu tapi dia tak nak. Dia jawab apa "Buat apa??!" kat saya.

Ni yg aku hangin nih. Pandainya makcik 2 nih putar belit cakap aku. Aku takde sebut pun perkataan tu tapi boleh plak dia tokok tambah sendiri. Pastu gaya aku jawab tu mcm cakap org berlagak plak. Seingat aku, aku cuma cakap "Ha iyelah2, nanti saya pegi", tu je. So mana satu part yg cakap "Buat apa??!" tuh...??

Makcik 2: (aku tak dengar part dia citer pasal parents aku kena bayar apa ke tah) Umur dah 30 dah.

Kena ke sebut part umur tuh?? Nanti org ingat aku ni dari abis belajar sampai sekarang tak pernah keje padahal aku baru tahun ni tak keje. Memanglah bil2 kat umah nie bapak aku yg bayar tapi bab makan aku dengan adik aku boleh survive lagi. Savings aku cukup belanja dapur semua tu. Dia apa tahu?? Tahu mengumpat pasal aku kat orang pastu citer seolah2 aku ni macam orang jahat plak. Sakitnya hati aku bila dengar!!

Makcik 2: Dia tak nak borak dah.

Eh, bukan ke dulu kau yg kata takut nak cakap dengan aku sebab aku garang?? Sekarang kau citer kat orang yg aku tak suka borak2 dengan kau lagi dah?? Ni apa kes??!!
Memang patut pun aku tak cakap dengan kau, nanti kalau aku cakap kang kau plak citer kat orang lain. Pastu kau putar belitkan cakap aku. Dari tak cakap jadi macam aku yg cakap. Aku memang dah jangka dah, orang macam makcik tu memang suka citer pasal rumahtangga orang kat orang lain. Kalau tak, masakan masalah kat rumah orang lain dia boleh tahu?? Orang tu datang nak mengadu kat dia tapi dia plak pegi citer kat orang lain.

 Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.
Posted by MZ

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.