Saturday, December 29, 2012

Blog statistik

Macam biasalah.. Setiap hari bila aku bukak blog, mesti nak tengok statistik dulu. Nak tahu siapa yang datang, dari mana, tengok apa dll... Tapi tetiba, ada meningkat sket semalam. Nampak tak spike tuh?? Taulah aku punya tak sebanyak macam orang lain... Huhu.. Aku pun checklah dari mana datangnya spike tuh.

Thursday, December 27, 2012

Mivvabox edisi Disember 2012

Sabtu lepas aku terimalah 1 bungkusan dari posmen. Memang bungkusan tu aku nanti2kan sebab aku takut kalau2 diorang hantar hari Isnin ke. Kenapa pulak dengan hari Isnin tu?? Iyelah takde siapa kat rumah, kitaorang balik kampung semuanya, so siapa yang nak terima bungkusan tu pulak kalau posmen hantar hari Isnin?? Nasib baiklah posmen hantar hari Sabtu lepas. Fuhh lega...

Durian Pancake Sumptuous Desserts

Orang dah lama sibuk pasal durian crepe nih, aku baru nak terhegeh2 nak try. Apa yang best sangat pasal durian crepe nih?? Adakah sebab inti durian?? Kalau peminat durian mungkin lah... Tapi yang tak minat sangat durian tu pulak macam mana?? Pandai2 lah fikir sendiri...


Menang giveaway dari CCM

Aku sebenarnya tak menjangka akan menang pun giveaway tu. Saje suka2 join. Kalau tak dapat minggu seterusnya join lagi. Tapi bila diumumkan nama aku sebagai pemenang 2 minggu lepas, memang terkejut jugakla. Dah la aku ni jarang menang hadiah. Tetiba menang pulak giveaway dari Colours Cosmetics Malaysia tu. Teruja sekejap.


Tuesday, December 18, 2012

Another beauty box

Pernah dengar tak beauty box bernama MIVVA?? Tak pernah?? Memangla sebab ianya baru lagi dan akan mula melancarkan box pertamanya Krismas ini.

Sunday, December 16, 2012

Haul #14: Daiso

Sebenarnya dah lama aku nak buat entry ni tapi asyik tertangguh je.. Nak dekat sebulan jugaklah gambar ni duk terperap.. So harini aku publish jugaklah gambar2 ni semua. Berikut adalah stationery haul yang aku beli kat Daiso The Curve, Sungei Wang dan Pavillion.
From Daiso The Curve

Saturday, December 15, 2012

Serabut kepala otak...

Minggu lepas aku ada beli beg dari online deal. Mulanya beli satu je. Guna online banking untuk bayar. Sepatutnya lepas beli tu diaorang akan email mengatakan yang pembelian tu telah berjaya. Tapi tunggu2 takde. So aku pun belilah buat kali keduanya. 2x duit ditolak dari akaun bank. Cuma yang kedua tu je dapat email pengesahan pembelian. Aku tak puas hati betul. Duit dah tolak tapi cuma ada 1 item je yang dapat pengesahan.

Tak lama lepas tu muncul lah email mengatakan pembelian pertama tu sudah disahkan. Hampeh tul laa... Kalau aku tunggu lama sket tak perlulah aku beli untuk kali keduanya (nak sangat beg tu punya pasal). So sekarang aku dah buat 2 pembelian walhal aku cuma nak 1 je. Huhuhu... Duitku melayang... Tapi aku tak berhenti takat tu je. Malam tu jugak aku buat report kat channel online deal tu untuk menyatakan masalah yang aku hadapi tu. Iaitu pembelian berganda dimana pembelian kedua telah disahkan dahulu kemudian barulah pembelian pertama disahkan. Buat rugi duit je. So aku pun nak mintak batalkan salah satu tu dan mintak refund baliklah kan...

Thursday, December 13, 2012

12.12.12

Tarikh semalam memang cantik. Mesti ramai yang nikah semalam. Even anak kepada jiran sebelah rumah pun nikah semalam. Tapi aku bukan pergi mana2 majlis kenduri or nikah pun. Nak tahu apa yang aku buat pada tarikh istimewa tu?? Jeng jeng jeng...
Tadaaa...

Monday, December 10, 2012

Review: Etude House Bebe Foot Mask

Sebenarnya dah lama nak tulis review pasal foot mask ni. Tapi bila nak buat ada je yang menghalang. Dah lama beli, baru bulan lepas sempat menggunakannya. So let's start.
Bahagian hadapan

Saturday, December 8, 2012

Year end wishlist

Lama tak buat entry. Tak berkesempatan, banyak sangat keje nak kena buat. Harapkan cuti hujung minggu jelah ada banyak masa.

Bila dah akhir2 tahun nie mesti banyak sale kat Malaysia ni kan?? Tambahan pulak ada Y.E.S, Year End Sale... Maka banyaklah outlet2 kat shooping kompleks (kedai2 biasa pun ada) buat promotion sale lah, diskaun sale lah...

Anyway, aku bukan nak citer pasal sale2 yang ada kat Malaysia ni. Aku nak citer pasal wishlist aku untuk akhir tahun ni. Well, bukan semua aku dapat penuhi sebab mungkin ada yang takde stok or maybe susah nak jumpa kat mana ke... So let's start, shall we??

Tuesday, November 27, 2012

Haul #13: Drugstore cosmetics

Sepatutnya aku buat entry ni awal bulan haritu tapi memandangkan ada banyak komitmen maka tak sempat aku nak update. Semua barang mekap ni aku beli dekat Watson Sungei Wang dan Guardian KLCC. Sorrylah guys, dah nak akhir bulan baru nak update. Anyway, let's start shall we..

Semua items dibawah ni aku beli kat Watson Sungei Wang.

Friday, November 23, 2012

Online shop


Lama rasanya tak buat entry pasal beauty stuff ni. Okay, harini aku nak citer pasal website yang aku jumpa ni. Aku dapat tahu pasal Rakuten Online Shopping ni daripada entry seorang blogger. Beliau sebenarnya buat entry pasal product empro yang ada kat website tu (klik SINI untuk lebih lanjut). So aku pun jenguklah website tu. Menarik jugak sebab website tu ada jual pelbagai jenis beauty products seperti SKII, SHISEIDO, CLINIQUE, LANCOME, SHU UEMURA dan lain2 lagi. Selain tu ada jugak perfume brand NINA RICCI, CAROLINA HERRERA, CALVIN KLEIN, ESTEE LAUDER dan banyak lagilah. Dan yang bestnya, harganya murah dari kaunter or kedai. Okay mungkin beza sket je tapi still murah apa. Brand yang aku paling suka sekali adalah Shu Uemura dan Clinique, sebab...

Thursday, November 22, 2012

Keputusan pemenang GA Alya


Keputusan sudah ada. Pemilihan pemenang dibuat oleh random.org dan sekarang akan diumumkan siapakah yang bertuah itu.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Tuesday, November 20, 2012

1st Giveaway dari Alya (CLOSED)

GA INI DITUTUP SEBAB KUOTA DAH CUKUP. TERIMA KASIH.

Salam Maal Hijrah 1434H kepada semua umat Islam.

Agak lewat sket entry harini. Anyway, sempena tahun baru dan ulang tahun kedua beroperasi dalam blogger nih, Alya ingin memberi hadiah percuma kepada pembaca blog Alya ni. Senang je caranya nak menang hadiah tersebut. Syarat2nya :

GA Alya dah tutup

Maka ini dengan rasminya, GA Alya telah ditutup. Okay, sebenarnya nak umumkan yang ada 31 peserta yang join dan bukan hanya 30 sahaja seperti yang diwar2kan. Silap Alya sebenarnya. Sebabnya malam tadi Alya tak check blog dan menyangkakan dah takde orang nak join lagi. Sekali bila bukak blog, ada terlebih satu penyertaan pulak. Peserta tu pulak dah bersusah payah join (susah ker??) dan siap buat entry lagi sebab menyangkakan beliau masih sempat join. Kalau Alya tutup GA ni awal2 takdelah dia bersusah payah nak join kan?? Tak payah susah2 nak buat entry pasal GA yang dia tak join kan?? Jadi Alya pun berbincang dengan sponsor. Dan keputusan telah pun dibuat. Maka kami sertakan sekali peserta yang ke-31 tersebut. Walaupun dah janji cukup 30 je kan (sorry adik2 ku sekalian). Silap tuan penganjur sendiri. Maaf sangat2 ye.

Saturday, November 17, 2012

Makeup Cube at Pavilion

Attention to makeup lovers! Kepada semua yang kenal Kak Latifah Hashim @ Romana Makeup Organizer terutama sekali yang pernah berurusan dengan beliau dalam membeli clear cube Romana dan yang tak kenal. Ini ada berita penting. Petikan dari FB beliau :

"I am pleased to announce that from Sunday 18th November 2012, a selection of RomanaMakeupCube designs will be available exclusively at PARKSON PAVILION, KL. Find us on LEVEL 6 of PARKSON PAVILION, close to the luxurious crystal section. Exclusively for PARKSON PAVILION : all RomanaMakeupCube 4 drawers without lid will come with a complimentary "X" divider (worth RM45). Enjoy your Bonuslink and Parkson Elite Card privileges when making your purchase. Thank you ever so much to all my customers and fans of Makeup Organizer for making this possible."

Saje bagi gempak sket. So, kepada mereka yang nak tengok sendiri lebih dekat design beliau bolehlah datang ke Pavilion esok. Mana tahu kot ada yang berkenan, boleh beli 1 2 barang... Sorry kak, pinjam petikan jap..


Posted by MZ

Wednesday, November 14, 2012

Nak hadiah percuma dari Alya??

Siapa yang nak hadiah percuma dari Alya sila angkat tangan?? Bukan nampak pun kalau korang angkat tangan. Anyway, ni adalah hadiah2 yang akan diberi secara percuma kepada pembaca blog Alya-Azya yang bertuah.
Set pertama

Monday, November 5, 2012

Kucingku mati...

Hari Khamis lepas aku dikhabarkan dengan berita yang sedih sket. Kucing aku, Oren yang tinggal kat Kelantan sana tu dah mati. Adik aku yang bagitahu. Katanya mak aku sms dia pagi Khamis tu, nak bagitahu yang kucingku dah mati malam sebelumnya dan sudah ditanam pagi tersebut.
Masa awal bulan Mei

Tuesday, October 30, 2012

Review: My Nutox Experience

Ingat tak dulu aku pernah beli produk Nutox Oxyfusion kat Guardian KLCC? Kalau tak ingat boleh refer entry ini. Haaa.... Setelah hampir 2 bulan aku menggunakannya, barulah boleh aku buat ulasan tentang produk Nutox tu.

Saturday, October 27, 2012

My 1st Bobbi Brown cosmetic

Tengah hari tadi aku outing dengan adik2 ku. Katanya nak pergi Daiso kat The Curve. Dah lama tak ke sana. Iyelah, aku pun dah lama tak jengok The Curve. Boleh gak aku survey apa yang menarik kat Daiso. Anyway, entry kali ni bukan nak citer pasal apa yang aku shopping kat Daiso tapi nak citer pasal mekap Bobbi Brown yang aku order kat HiShop aritu dah pun selamat sampai ke rumah. Agak petang jugaklah van courier tu sampai. So apa lagi, jom kita tengok!!
Package kotak kasut??

Friday, October 26, 2012

The first Wonderbox Malaysia

Guess what?? Package yang aku tunggu dah pun sampai hari Selasa lepas. Mesti tak faham apa yang aku cakap kan?? Tadaaa...
Masih dalam package

Saturday, October 20, 2012

Bobbi Brown deal

Selain Bobbi Brown ada terdapat brand lain yang ada sale
Just to inform, kepada semua peminat mekap especially brand Bobbi Brown, dengan ini diumumkan bahawa Hi-Shop telah mengadakan jualan Bobbi Brown dengan potongan sebanyak 20%. Bermula pada 17 Oktober dan akan berakhir pada 4 November. Aku ni bukanlah peminat Bobbi Brown tapi aku suka tengok produk yang diaorang jual. Kalau nak pergi ke outlet diaorang tu memang taklah sebab rasanya harga lagi mahal dari yang aku mampu bayar. Sekali sekala mungkin boleh tapi buat masa sekarang aku lebih prefer M.A.C. Itu pun dah kira mahal sket. Tapi aku sangat berpuas hati dengan M.A.C so brand tu memang aku akan tetap terus belilah...

Nasib baik sempat beli, kebetulan dah sold out harini

Tuesday, October 16, 2012

Halfest PWTC 2012

Ahad lepas aku pergi Halal Festival or Halfest di PWTC. Bertempat di dewan Tun Razak 1-3 PWTC dan bermula dari 10 Oktober sehingga 14 Oktober, Ahad lepas adalah hari terakhir bagi festival tu jadi aku tak nak melepaskan peluang untuk berkunjung ke sana. Lagipun tahun lepas tak dapat pergi so tahun ni kena pergi jugaklah.

Kalau nak masuk ke dalam Halfest tu kena ada pelekat dan untuk mendapatkan pelekat tu kenalah daftar di kaunter pendaftaran. Percuma je pun. Dah ada pelekat barulah boleh masuk ke dalam dewan. Tujuan utama aku ke sini adalah untuk melihat gerai2 yang terlibat dan nak cari tepung goreng pelbagai guna. Tapi dah penat aku pusing2, tak jugak berjumpa dengan gerai yang aku mahu. Akhirnya aku terpaksalah membeli di sebuah gerai yang menjual tepung pelbagai guna yang lain.

Monday, October 8, 2012

Haul #12 : M.A.C Sogo K.L

Sabtu lepas aku pergi outlet M.A.C kat Sogo. Tak pernah masuk pun dan kebetulan ramai orang so ingatkan bolehlah tengok2 apa yang baru. Memang ramai orang sampaikan aku boleh belek2 kat dalam kedai tu hampir 10 minit kot tanpa dihampiri oleh mana S.A. So aku pun belek2 lah puas2 sebelum kena 'ganggu' pulak kan...

Monday, October 1, 2012

Layout baru

Bersempena dengan ulang tahun kedua blog nih, aku dengan rasminya telah menukar ke layout baru...
Layout lama tu dah lama sangat kot pakai...
Tukar baru nih nampak fresh sikit...
Enjoy...

P.s: Hadiah untuk giveaway akan datang telah disediakan. Gambar akan di upload kelak.

Sunday, September 30, 2012

Haul #11: Nyx dan Sigma Pallet

Akhirnya dapat juga aku memiliki pallet dari NYX dan Sigma nih Sekian lama aku tunggu dan fikir, akhirnya aku beli jugak melalui Colour Cosmetics Malaysia pada malam Khamis lepas.
Semalam dah selamat sampai ke rumah..


So nanti kalau nak travel ke mana2, bolehla bawak pallet tu je.. Tak payah bawak banyak sangat barang mekap, buat penuh beg aku je nak sumbat semua benda... Kebetulan pulak pallet dari Sigma tu disertakan sekali dengan 2 berus, lagilah jimat ruang... Harga = RM240.


Dan yang bagusnya, beli pallet Sigma tu dapat free eyeliner brush dan beli NYX pallet pulak dapat free liquid eyeliner (padahal bukanya reti pakai pun... huhuhu...) Harga = RM 80. Tapi masalahnya, bukan nak travel kemana2 pun dalam masa terdekat nih, so bila pulak aku nak try test pallet tuh?? Kita tunggu dan lihat sajalah nanti... Ciau...

P.s: Dengarnya Sephora akan bawak masuk mekap NYX ke Malaysia. So lepas ni mungkin tak perlu beli online lagi kot...

Thursday, September 27, 2012

2nd year of anniversary

Bulan Oktober ni, masuk tahun ke-2 aku beroperasi dengan Blogger nih.
Sebelum ni aku guna blog jenis lain tapi 2 tahun lepas aku mula bertukar ke Blogger.
So disebabkan sudah 2 tahun aku berblogging, aku ingat nak try buat giveaway lah kunun... Lagipun aku tak pernah buat apa2 contest pun sebelum ni...
Tapi blog aku yang tak seberapa dan tak sepopular macam blog orang lain yang gempak tu, ada ke orang nak join??
Orang yang singgah pun sekali sekala, ada hati nak buat giveaway...
Hadiahnya pulak takdelah nak kata gempak mana pun, takat hadiah biasa je... Mostly barang yang aku beli dan free gift. Nak dapat sponsor, tak tahu nak mintak kat siapa...
So aku jelah yang jadi penyumbang kepada hadiah2 giveaway tu nanti...
Jadi, korang nak join tak??

Tuesday, September 25, 2012

Haul #10 : Etude House

Ahad lepas ada karnival Etude House di Sungei Wang. So semenjak dah jadi peminat tegar E.H ni, peluang macam ni mesti aku tak lepaskan. So berangkatlah aku ke sana dengan satu tujuan. Shooping!! (gila shooping dah ni). Sambil2 tu bolehla try naik bas GoKL tu. Katanya bas tu percuma dan siapa yang taknak sesuatu yang percuma kan?? Cuma bas tu lalu dalam area KL jelah. Buat masa ni area Bukit Bintang, KLCC dan Pasar Seni. Yang lain akan menyusul kemudian. So nak tahu apa yang aku beli kat E.H?? Jom...

Masa sampai kat outlet mereka, takde orang pun dalam tu kecuali S.A mereka yang ramai pada hari tersebut. Rasa segan pulak nak masuk tapi redah jelah. Agak2 berapa banyak duit yang aku akan belanja harini?? Salah seorang S.A mereka yang melayan aku tu bagitahu kalau kita beli 3 item dan ke atas boleh dapat diskaun 30% dan pembelian RM100 dan ke atas dapat hamper percuma yang bernilai RM100. Konon2nya terujalah mendengarnya padahal aku dah tahu pun pasal tu. Misi aku untuk haritu ialah nak beli lip tint, bb cream yang baru tu dan primer je, harap2 takdelah lebih RM150 sebab itu jelah cah yang aku ada masa tu. So misi pertama adalah lip tint.
Primer, BB Cream dan Lip Tint

Thursday, September 13, 2012

Sephora Perfumes

Sephora Dubai Perfumes. Datang dari Dubai dan dikatakan hampir 90% sama dengan original dan berkualiti tinggi seperti original. Ketahanan hanya dalam 4-8 jam sahaja berbanding original tetapi kita boleh dapatkannya pada harga yang lebih murah dari harga asal.

Itu yang membuatkan aku memesan 3 botol perfume (promosi beli 2 percuma 1). Hari Selasa bank-in duit, tengah hari semalam dah sampai kat rumah. Nak tahu apa yang aku order?? Jom tengok bawah...

Monday, September 10, 2012

Sesi menghabiskan duit kat Sogo

Hari Sabtu lepas aku pergi shooping kat Sogo. Dah lama tak jejak kakiku kat Sogo, kebetulan pulak ada Warehouse Sale... So aku pun tidaklah melepaskan peluang ni.
Asalnya nak tengok2 je, tapi boleh pulak tersangkut kat bahagian beg. Nak pulak cantik2 belaka begnya..
Ada beg Coloris Accessories tu, beli dua cuma RM80 je. Beg aku yang lama tu pulak dah rosak talinya, so aku fikir kalau ada beg yang boleh bukak talinya mungkin aku akan belilah.
Sekali jumpalah satu beg ni... Talinya ada butang, boleh bukak dan adjust... So aku pun sambarlah beg tu satu dan carilah satu lagi beg nak cukupkan 2..
Ni lah beg yg ada butang tu
Ni pulak beg pilihan kedua... Suka kombinasi warnanya
Coloris Accessories

Monday, September 3, 2012

Kimchi Ramen

Kepada sesiapa yang minat citer Korea mesti tahu kimchi tu apa kan?? Sejenis makanan yang diperbuat daripada kobis cina dan cili kemudian diperap dan disimpan. Selalunya lama jugak ia disimpan sebelum dimakan. Nak makan terus pun boleh jugak. Tapi aku bukan nak citer pasal kimchi or macam mana nak buat kimchi. Kali ni aku nak citer pasal kimchi ramen yang aku jumpa. Kalau nak tahu ramen tu samalah macam mi segera.

Wednesday, August 15, 2012

Haul #9 : Cosmetics purchase at Pavillion

Aku tak pernah menjejakkan kaki kat Pavillion tu. Walaupun selalu lalu tapi setiap kali lalu aku hanya pandang dari jauh je. Jadi aku dah nekad, walau macam mana pun, aku mesti nak masuk jugak Pavillion tu hari ini. Tapi apa2 hal kena keluarkan duit dulu... Sesat jugak nak mencari atm. Puas aku ke sini ke sana semata2 nak mencari mesin atm Public Bank. Nasib baik jumpa. Okeh, dah ada duit bolehla kita bershooping sakan hari ini. First stop, Etude House di tingkat 4. Jomm!!

Haul #8 : Cosmetics mini version

Tak lama lagi Ramadhan akan melabuhkan tirainya. Syawal pula sudah mula menunjukkan bayangnya. Ini bermakna puasa akan berakhir dan raya akan menjelma. Walaupun tahun ni aku rasa macam malas je nak beraya, suka atau tidak ia akan tetap tiba juga. So nak taknak kenalah sambut jugak ketibaan raya tu nanti. Cuma tahun ni jelah raya aku tak semeriah sebelumnya. Mana taknya, aku takde baju raya pun. Pakai baju tahun2 sebelumnya je. Tapi mekap tetap kena cantik. Sebab tulah aku membeli lagi (lagi??!!) mekap NYX, tapi kali ini dari Sharon Chin. Alah takat beli satu dua jenis je pun...
Kelmarin order, semalam pos dan harini dah sampai.

Aku beli Jumbo Eye Pencil ni disebabkan oleh komen2 positif yang kerap aku baca. Kebanyakan mereka yang menggunakan J.E.P ini amat berpuas hati dan ia sentiasa menjadi pilihan ramai orang. So aku pun nak cubalah J.E.P ni, nak tahu juga kenapa ia selalu menjadi 'hot item' terutama sekali warna Milk. Warna Strawberry Milk tu saja je nak cuba. Harga setiap satu hanya RM14.50 je.

Eyeshadow base tu pulak, dikatakan dapat "hold, intensify and make eyeshadow last longer" menurut Colours Cosmetics Malaysia. Sebab tu aku pilih warna Skin Tone. Harga RM24 sahaja.

Thursday, August 9, 2012

Temuduga dan Cosmetics Haul #7

Hari Isnin lepas aku dapat call yang meminta aku untuk datang temuduga kerja pada hari Rabu yakni semalam. Lokasinya sebuah kolej swasta area Pasar Seni. So aku pun bersiaplah bagai untuk temuduga tu semalam. Aku sampai dalam pukul 10 lebih. Selepas memberitahu tujuan aku datang hari itu kepada receptionist, dia pun meminta aku untuk mengisi borang permohonan. Aku pun isilah apa yang patut. Selesai mengisinya, aku pun menyerahkan kembali borang tersebut kepada receptionist tadi. Dia pun berkata "HR manager ada meeting sekarang, so nanti kita akan call awak". Okay. Aku pun tunggu jelah kat situ. Rupanya maksud dia 'akan call' tu adalah akan telefon pada lain kali dan lain hari. Aku ingatkan dia akan panggil kejap lagi ker... Aku dok fikir meeting tu sekejap je sebab yelah, mestilah dia tahu yang dia akan temuduga seseorang harini. So takkan nak buat meeting lelama kan. Ceh, buat penat je aku bersiap cantik2 arini, terkejar2 nak sampai ke tempat ni boleh pulak dia kata akan panggil temuduga hari lain pulak. Buat berpeluh je pagi2 tu. Huh, dah temuduga tu tak jadi harini, aku pun baliklah. Tapi kalau balik rumah, awal lagi. Baru pukul 11 pagi. So aku pun apa lagi, pergi jenjalan lah jawabnya.

Thursday, August 2, 2012

Cosmetics Haul #6

Another makeup haul by me... Hahahaha.... Aku memang dah gila mekap pulak sekarang nih. Asyik2 beli mekap jeh. Tak muak ke cik kak oii?? Aku?? Muak?? Belum lagi... Selagi aku mampu beli akan aku teruskan kegilaan aku nih. Sekarang kan tengah mega sale. Lagipun masa muda dulu2 (ceh..), masa aku tak berapa nak reti lagi pasal mekap2 nih, aku selalu beli yang murah2 je... Jimat sket duit. Cuma sekarang ni je aku baru nak berjinak2 dengan brand2 yang aku tak pernah beli tapi asyik dok usha2 je... Itu aku harus akui, dalam bab mekap2 nih aku agak ketinggalan sket. Umur dah tua baru nak belajar2... Lambat matang la katakan... Pasal mekap je yek...

Monday, July 16, 2012

Romana Makeup Organizer pt.2

Selepas sesi susun menyusun berakhir, aku rasa sangat puas. Sebab bila pandang je rasa cantik je, elok je, kemas je barang2 mekap aku duduk dalam cube tu. Memang berbaloilah beli aritu...

pandangan hadapan
pandangan hadapan
pandangan sisi
pandangan sisi
1st drawer : all the powders

2nd drawer : blushers and eyeshadows
3rd drawer: lipsticks and lip glosses
4th drawer : brushes and other makeup tools

Posted by MZ