Sunday, January 29, 2012

Anak kucingku...

Petang semalam aku dapat berita sedih yang mengatakan salah seekor anak kepada kucingku dah mati. Ayah aku dah tanam pagi semalam. Malam sebelumnya mak aku call bagitau yang dia macam dah nazak. Aku risau gak, tapi nak sedapkan hati, aku cakaplah agaknya takde apa2 kot. Mana tau pagi semalam dia dah takde buat selama2nya. Dia dah pergi meninggalkan kami semua. Sedih rasanya hati ini. Aku cuma sempat jaga dia 2 minggu je. Pastu parents aku bawak semuanya ke Kelantan. Masa raya cina lepas, sempat lagi aku tengok dia, belai dia semua.. Elok je dia jalan walaupun teragak2 lagi. Siap tido atas peha aku nih. Tiba2 je dia dah pergi untuk selama2nya. Dia cuma sempat hidup 2 minggu kat KL dan 2 minggu kat Kelantan. Hayatnya cuma sebulan je kat dunia nih. Dia tak sempat nak merasa dan teroka dunia nih. Belum puas aku main2 dengan dia. Sedih rasanya... Waktunya dah sampai untuk pergi dulu... Aku cuma boleh simpan kenangan bersama je sebab takde gambar. Kecik lagi nak amik gambar pun. Mungkin lama kelamaan aku akan lupa wajahnya, rupanya yang kadang2 macam comel tapi macam tak dan kepalanya ada rambut terpacak tuh. Haih...

Tuesday, January 17, 2012

Bukan sakit mata

Minggu lepas kan aku ada citer pasal mataku.
Harini nak sambung citer tu sket.
Aku dah pun berjumpa dengan doktor.
Dia kata mungkin urat darah kat mata aku tu pecah.
Tu pun mungkin sebab hari sebelumnya aku muntah2 teruk sangat.
Sebab tulah urat darah tu pecah. Dasyat giler jugakla aku muntah2.
Sampai gitu sekali kesannya.
Doktor kata lagi mungkin akan amik masa sket nak baik.
Dalam beberapa hari, macam bila kita kena lebam.
Kan amik masa nak elok lebam tu.
So doktor bagi ubat hisap dengan ubat titis mata.
Kalau org tengok mesti takut.
Iyelah kalau aku pun takut nak tengok. Ngeri...
Dah macam org sakit mata pun ada aku tengok...

Friday, January 13, 2012

Sakitkah aku??

Semalam kena food poisoining. Lepas makan something semalam terus rasa sakit perut semacam. Pastu ingatkan dah ok dah.
Sejam dua kemudian, tetiba terasa sakit kepala. Trylah baring nak tidur ke... tapi takleh tido. Rasa loya2 plak.

Sunday, January 1, 2012

Salam tahun baru, 2012

Harini bermulalah hari baru dalam blan baru dan tahun baru.
Ahad, 1 Januari 2012.
Selamat tinggal 2011. Banyak kenangan pahit dan manis pada tahun tersebut. Harap2 tahun ni lebih better dari tahun lepas.
Semoga aku panjang umur dan murah rezeki untuk tahun ni.
Dan tak lupa juga, Shoutmix secara rasminya sudah tidak boleh digunakan lagi pada hari ini.
Kecuali kalau upgrade lah... (aku tak upgrade, delete terus)
Dan kucing2 ku yg selama ini aku jaga kini telah kembali ke Kelantan bersama dengan parents aku.
Cuma tinggal 2 ekor je kat umah (dari 8 ekor kesemuanya). Seekor jantan (dia lari dari umah jap, pastu bila parents aku dah balik barulah dia balik umah) dan seekor betina (sebab dia baru beranak minggu lepas so tak boleh bawak sekali).
Nanti mesti aku rindu kat diaorg terutama sekali yg kecik2 tuh... Huhuhu....