Sunday, January 29, 2012

Anak kucingku...

Petang semalam aku dapat berita sedih yang mengatakan salah seekor anak kepada kucingku dah mati. Ayah aku dah tanam pagi semalam. Malam sebelumnya mak aku call bagitau yang dia macam dah nazak. Aku risau gak, tapi nak sedapkan hati, aku cakaplah agaknya takde apa2 kot. Mana tau pagi semalam dia dah takde buat selama2nya. Dia dah pergi meninggalkan kami semua. Sedih rasanya hati ini. Aku cuma sempat jaga dia 2 minggu je. Pastu parents aku bawak semuanya ke Kelantan. Masa raya cina lepas, sempat lagi aku tengok dia, belai dia semua.. Elok je dia jalan walaupun teragak2 lagi. Siap tido atas peha aku nih. Tiba2 je dia dah pergi untuk selama2nya. Dia cuma sempat hidup 2 minggu kat KL dan 2 minggu kat Kelantan. Hayatnya cuma sebulan je kat dunia nih. Dia tak sempat nak merasa dan teroka dunia nih. Belum puas aku main2 dengan dia. Sedih rasanya... Waktunya dah sampai untuk pergi dulu... Aku cuma boleh simpan kenangan bersama je sebab takde gambar. Kecik lagi nak amik gambar pun. Mungkin lama kelamaan aku akan lupa wajahnya, rupanya yang kadang2 macam comel tapi macam tak dan kepalanya ada rambut terpacak tuh. Haih...

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.