Friday, January 13, 2012

Sakitkah aku??

Semalam kena food poisoining. Lepas makan something semalam terus rasa sakit perut semacam. Pastu ingatkan dah ok dah.
Sejam dua kemudian, tetiba terasa sakit kepala. Trylah baring nak tidur ke... tapi takleh tido. Rasa loya2 plak.

So dok depan toilet bowl tu, tak lama terus muntah2. Keluar semua yg aku makan sebelum tu.
Dahla muntah2, pastu hidung tersumbat dgn hingus plak tu. Sampai takleh bernafas kat hidung.
Ingatkan dah abis, 1/2 jam kemudian rasa loya tu datang balik. Apa lagi, terus menuju ke toilet bowl untuk muntah. Dah lepas muntah2, bleh plak lepas tu rasa nak memerut plak.
1/2 jam kemudian muntah lagi... huhuhu, seksa woo muntah2 camni. Legalah lepas tu takde lagi dah.
Aku terus tidurkan diri...
Malam plak, mata aku terasa macam ada sesuatu. So trylah tengok kat cermin.
Sekali punya belek terus terkejut. Mana taknya, ada kaler merah2 macam darah plak kat dalam mata aku tuh. Bila check sebelah pun sama gak.
Tunjuk kat adik aku, dia pun terkejut gak.
Bila aku tengok cermin lagi, baru perasan yang kat keliling mata aku tuh ada bintik2 merah.
Takut2lah kalau kena apa2 ke. So ingat harini nak check kat klinik. Jangan sakit yg serius dahla.. Sampai harini kepala aku masih bersisa sakit kepala lagi.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.