Thursday, March 22, 2012

Haul #1 : Cosmetics mini version

Minggu lepas aku ada shooping sket kat Mydin. Tujuannya nak cari bedak Pixy dengan BB cream. Ramai yang kata bedak Pixy tu tahan lama, kalau pakai boleh tahan sampai ke petang. Tak perlu nak touch-up sangat dan kulit nampak macam gebu gitu.
Lip Essence RM8.90, Pixy RM15.90, BB Cream RM14.90

Yang BB cream tu plak, banyak yang kata brand Skin79, Missha, Dr.Jart etc. tu bagus tapi sebab mahal dan susah nak jumpa tambahan plak aku baru nak cuba2, so aku fikir baik aku cari yang murah2 dululah. Kebetulan plak, mostly (bukan semua tapi sebahagian je) kata BB cream Silky Girl tu okay so aku pun amiklah brand Silky Girl.

Last sekali aku beli lip balm Vaseline Lip Essence dan Prreti: Make-up Cleansing Tissues. Brand Vaseline ni biasanya aku guna untuk bibir aku yang selalu kering dan mengelupas dan aku pakai pun okay, so ingat nak try lah lip balm dia mana tahu sama bagus dengan yang dalam bekas tu. Make-up Cleansing Tissues tu pulak aku beli kat Watson. Memandangkan aku punya yang lama dah habis so aku belilah yang baru. Saje je nak try brand ni pulak. Lagipun murah je. Kalau ok boleh beli lagi.
RM5.90

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.