Saturday, June 30, 2012

Haul #5 : Cosmetics purchase at Sungei Wang Plaza

Aku dah lama dok usha Etude House nih. Selalu dok tengok je orang bercerita pasal produk diaorang. Nak masuk rasa macam tak reti je nak beli apa, pastu tengok harga nampak macam mahal je... Tu yang tak berani nak masuk tu. Tapi aku dah buat keputusan, muktamad. Misi aku harini ialah pergi E.H kat Sungei Wang. Lagipun sekarang kan mega sale so boleh beli dengan harga diskaun. Apa2 pun aku akan masuk E.H tu harini jugak. Tak kira..

So aku pun menujulah ke outlet mereka kat Sungei Wang tuh. Masa aku sampai tu, takde customer dalam kedai. So taklah sesak kot. Tapi mesti ada S.A dia dok ngikut jek. Tak kisahla, asalkan aku berjaya dalam misi aku...

Jom tengok apa yang aku beli...

Wednesday, June 27, 2012

Haul #4 : Nyx makeup #2

Beli NYX lagi??!! Ya, memang aku suka beli barang NYX nih. Koleksi dia nampak menarik tu yang aku beli lagi. Tapi kali ini aku tak order dari CCM. Kali ini aku order dari blog seseorang.

Pemilik blog NYX Cosmetics & More ialah Sharon Chin. Selain daripada NYX, dia juga menjual barangan E.L.F,Wet & Wild, The Brush Guard dan lain2. Tapi aku beli mekap NYX je. Kebanyakan mekap NYX dia murah sket dari CCM, sebab tu aku beli dari dia. Kos penghantaran pun kurang sket. So jimatlah kat situ.

Wednesday, June 20, 2012

Hadiah dari Cornetto

Apa bendalah agaknya ada dalam package tu hah?

Saturday, June 16, 2012

NYX Resent Items

Masa aku order NYX arituh, sepatutnya ada 11 items dalam parcel aku tapi aku cuma dapat 8 items sahaja. So malam tu aku query kat Colours Cosmetics Malaysia kenapa aku dapat 8 je padahal order 11. Bukannya aku tak bayar penuh, aku bayar full untuk 11 items tu.

Bila orang CCM tu check2 balik, rupa2nya lagi 3 items tu diaorang pergi hantar ke orang lain. Aku kalau ikutkan memang nak marahla, sampai boleh silap hantar barang aku ke orang lain. Tapi aku cool dulu. Kang kalau salah kang, dapat malu free je tak pasal2.

Wednesday, June 13, 2012

Haul #3 : NYX makeup #1

Barang yang aku order beberapa hari lepas akhirnya sampai ke rumah. Tak sabar rasanya menunggu parcel tu sampai. Macam manalah agaknya rupanya (padahal dah tengok dah pun).

So bila dah ada dalam tangan, aku pun apa lagi bukaklah... Sukanya aku bila dapat barang tu, dapat pegang barang tu. Kiranya bukan angan2 lagi dah tapi dah jadi kenyataan pun.
Setelah sekian lama survey produk NYX nih, dan banyak komen positif pasalnya so aku pun nak try lah. Masalahnya, ia tak dijual di mana2 kedai kat Malaysia nih. Kalau nak beli, kena beli online. Tu pun nasib baik ada dalam negara punya... Kalau kat luar negara memang aku tak orderlah kot.

Wednesday, June 6, 2012

Jom join Cornetto Flip & Win!!

Dah lama x update. Busy sket last week. Asyik berulang ke Kelantan je mana x...
Apa aku buat kat sana? Saja je, nak rilek2 jap...
Walhal kat sana pun panas apa, duduk dalam rumah papan lagilah terasa bahangnya...
Tapi at least aku dapat main dengan kucing2 yang sekarang ni tinggal 4 je..
Kebanyakannya dah bagi kat orang, cuma 4 ekor je hilang dan x tahu kemana mereka pergi. Huhuhu...
Rindu plak kat kucing aku yang dah hilang tu...