Wednesday, June 27, 2012

Haul #4 : Nyx makeup #2

Beli NYX lagi??!! Ya, memang aku suka beli barang NYX nih. Koleksi dia nampak menarik tu yang aku beli lagi. Tapi kali ini aku tak order dari CCM. Kali ini aku order dari blog seseorang.

Pemilik blog NYX Cosmetics & More ialah Sharon Chin. Selain daripada NYX, dia juga menjual barangan E.L.F,Wet & Wild, The Brush Guard dan lain2. Tapi aku beli mekap NYX je. Kebanyakan mekap NYX dia murah sket dari CCM, sebab tu aku beli dari dia. Kos penghantaran pun kurang sket. So jimatlah kat situ.

Order pada 25hb dan harini dah sampai dah pun barang yang aku order. Memang cepat jugaklah berurusan dengan dia. Bagitahu je nak barang apa, pastu bank-in duit dan dia akan pos pada esoknya. Tapi kena tengok jugaklah, ada sesetengah item dia takde. Dan kena tanya dia dulu if item tu available or not. Tapi for now, urusan jual beli berjalan lancar je.
Round Lipstick RM12 each
Round Lipgloss RM10 each
Powder Blush RM24 each

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.