Monday, July 9, 2012

Makanan Korea

Adik aku cuti harini so dia ajak kitaorang makan makanan Korea kat Midvalley. Jauh pulak nak makan tengah hari harini. Tapi disebabkan nak try makanan Korea, aku ikut jelah.


Restoran tu bernama Dubu Dubu. Pelik betul namanya. Terletak di LG, berhampiran dengan supermarket Jusco.
Bibimbap, err...
Bulgogi, makan nasi dengan daging
Spicy toppokki, kenyal2 dan pedas sket
Kitaorang pesan bibimbap, bulgogi dengan spicy toppokki. Selalu tengok dalam citer Korea je kan so harini barulah dapat merasa. Bibimbap tu macam makan nasi yang digaul dengan sayur dan telur separuh masak. Bulgogi tu pulak nasi beras merah makan dengan daging dan telur mata kerbau. Toppokki tu pulak rasa kenyal dan pedas sket dengan keju. Macam makan kuih koci tapi jenis panjang. Setiap set hidangan disertakan sekali side dish iaitu 2 jenis sayur goreng, kimchi dan seaweed soup. Tak reti nak terangkan macam mana so kalau nak tahu, kenalah pergi cuba sendiri.


Air citrus, macam air limau kot
Cara untuk makan bibimbap
Posted by MZ

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.