Monday, July 9, 2012

Romana Makeup Organizer pt.1

Pernah dengar The Clear Cube tak? Aku pun tak pernah dengar pada awalnya. Dari mana datangnya bendalah tu?? Kalau korang selalu tengok reality show citer The Kardashian tu mesti kenal kan... Aku tak pernah tengok walaupun aku memang tahu akan kewujudannya. Anyway, aku dapat tahu pasal cube ni pun masa aku tengah blogwalking. Asalnya nak tengok benda lain, tapi mata nih dah terpaut pulak pada cube ni. Punyalah lama aku dok usha cube nih. Tunggu masa yang sesuai agaknya... Cuba jugaklah survey kot2 ada dijual dimana2 ke.. Memang takde... Kalau ada pun yang vesi nipis macam kat Muji.

Tapi, yang aku dok usha ni, versi besar sket. Macam The Clear Cube tu jugaklah. Boleh muat segala macam barang mekap yang korang ada. Hati tu memang dah berkenan sangatlah. Sesuai sangat nak letak barang mekap aku yang sekarang ni ada kat merata2 tempat... Kalau semua dalam satu tempat kan senang nak cari. Tak payah ke sana ke mari cari.

Kalau nak beli sebijik macam Kardashians tu, memang tak mampulah aku nak menanggungnya. Dahla mahal, pastu kena import dari luar negara pulak tu. Nasib baiklah ada akak ni jual. Kalau tak silap, design tu dia yang reka sendiri. Ikut macam The Clear Cube tu. Dan yang bestnya, dia jual dalam negara je. So tak perlulah susah2 nak beli yang import punya.
Pandangan depan
Pandangan sisi
Sampai satu hari, dia ada buat sale. Harga asal RM390, selepas diskaun RM250. Aku pun apa lagi, cepat2 rebut peluang tu. Suka betul aku bila dah ada depan mata nih. Tak sabar nak memulakan sesi susun menyusun nih. ;)
The designer
Akak tu memang okaylah orangnya. Senang berurusan dengan dia. Jadi aku pun senang je nak tanya dia macam2. Tak kisah pun... So kalau korang nak beli cube macam ni, bolehlah hubungi dia melalui FB Romana Makeup Organizer. Memang berbaloilah terutama sekali untuk orang yang ada banyak alat mekap tapi tak tahu nak simpan kat mana. Jadi bila dah letak semua dalam satu tempat tu memang senanglah. Cantik dan tersusun je tengok.

Posted by MZ

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.