Wednesday, August 15, 2012

Haul #9 : Cosmetics purchase at Pavillion

Aku tak pernah menjejakkan kaki kat Pavillion tu. Walaupun selalu lalu tapi setiap kali lalu aku hanya pandang dari jauh je. Jadi aku dah nekad, walau macam mana pun, aku mesti nak masuk jugak Pavillion tu hari ini. Tapi apa2 hal kena keluarkan duit dulu... Sesat jugak nak mencari atm. Puas aku ke sini ke sana semata2 nak mencari mesin atm Public Bank. Nasib baik jumpa. Okeh, dah ada duit bolehla kita bershooping sakan hari ini. First stop, Etude House di tingkat 4. Jomm!!

Tak banyak pun aku beli. Takat beli lip gloss, lipstick dengan blusher. Dear My Milky Gloss warna oren dan Pink Tonic Lip Glass warna ala2 oren tu memang aku dah cadang nak beli. So aku ambil yang tu awal2 dulu. Dear My Milky Gloss tu berharga RM22.14 selepas diskaun 40%. Pink Tonic Lip Glass tu pulak berharga RM23.92 selepas diskaun 20%.

Next is lipstick warna pink peach. Mulanya aku nak ambil warna oren tapi S.A yang melayan aku tu kata warna oren susah nak matching dengan baju so dia suggest aku ambil warna ni. Dear My Blooming Lips Talk OR204 berharga RM31.14 selepas diskaun 40%.

Finally, aku beli blusher warna peach. Itu pun S.A tu yang syorkan kat aku. Katanya ramai orang ambil warna ni. Lovely Cookie Blusher #6 Grapefruit Jelly berharga RM31.92 selepas diskaun 20%.

Free gift yang aku dapat adalah White Moistfull Skin Care Kit. Tapi aku tak dapat free beg E.H yang macam sebelum ni. Tak sure kenapa. Itu jelah yang aku beli dekat E.H. So lepas tu aku ke M.A.C pulak.

Aku tak puas hati lagi dari haritu. Nak tengok lipstick koleksi Heavenly Creatures tapi last2 beli benda lain. Kali ni pun sama jugak. Baru nak belek2 lipstick koleksi tu, S.A tu tunjukkan koleksi lain. Nasib baiklah lipstick yang aku nak tu dah sold out. So kalau tengok2 pun tak guna jugak sebab tak boleh beli. Kali ini aku diperkenalkan dengan set warna peach, pink dan coklat. Since warna pink aku dah beli sebelum ni, so aku nak try lah warna peach dengan coklat pulak.


Warna coklat tu macam tak berapa nampak sangat kalau di pakai. Warna pink pulak selalu sangat beli. Warna peach tu okey jugak cuma lipgloss dia aku tak berapa nak suka sebab ada shimmer. Padahal warna pink tu takde shimmer rasanya. Akhirnya aku beli jugak warna peach tu sebab S.A tu kata kalau tak nak nampak berkilat sangat just letak sedikit je kat tengah2 bibir. Sebab tulah aku beli jugak. Melayang lagi RM168 aku. Huhuhu... Sorilah gambar tak jelas sangat sebab fokus lari sket. Oh ya, masa tengah nak bayar tu, budak tu tanya aku dah pernah register ke belum. Terus aku jawab belum (sebelum ni pun pernah kena tanya jugak). Aku tanyalah jugak, untuk apa. Dia kata nanti kalau aku nak beli something dan aku tak ingat nama or warnanya, boleh tengok balik record lepas. Ikut jelah yang apa yang dah direkodkan. Pastu dia kata kalau aku kumpul 6 casing, apa2 jenis pun dan kembalikan ke M.A.C, mereka akan bagi lipstick percuma satu. Aku pernah dengar tapi aku ingatkan kotak kosong je. Anyway, aku dah register kat M.A.C harini. Hehehehe...




Dah habis kat M.A.C, aku cari Watson pulak. Guardian dah jumpa tapi Watson tak jumpa. Rupanya tempat dia tu tersorok sket. Sebab tu susah nak jumpa. Apa yang aku beli kat Watson. Jom tengok.


Aku mencari eyeshadow set warna pink. Mostly yang aku jumpa ada shimmer (tak suka betul kilat2 nih) tapi bila aku tengok jenama In2it punya eyeshadow nih aku pun terus ambil. Kebetulan masa aku tengah belek2 eyeshadow tu aku dengar macam orang kena marah kat belakang aku. Ingatkan sape jelah yang bergaduh dalam Watson ni. Malas nak menyibuk so aku biarkan jelah. Harganya RM19.71 je.

Tengah dok belek2 eyeshadow tadi, ada pulak budak S.A ni tanya aku, nak blusher ke tak. Aku pun iyakan je padahal bukan itu yang aku nak. Terus dia syorkan blusher jenama Elite, Watson punya katanya. Harga boleh tahan lagilah, takdelah mahal sangat. Aku ambil warna peach jugak sebab warna coklat dia terlalu pudar bagi aku. Harganya RM32.31.

Ingat tak aku bagitahu tadi ada bunyi macam orang kena marah ke something. Rupanya staff Watson tu kena marah dengan supervisor diaorang (agaknyalah). Ingatkan apa lah tadi. Kesian mereka kena marah belakang kedai. Memangla tak ramai orang dalam kedai tapi siapa yang masuk mesti tengok kan.

Oh ya, budak S.A tu bagi aku sampel Salicylic DHC. Tak pernah dengar pun. Dia kata sebab muka aku jenis berminyak dia bagi Acne Wash dengan Acne Toner. Pastu Acne Face Milk tu katanya untuk sapu kat jerawat. Eh??!! Bukan tu macam pencuci mekap ke?? Ke aku salah dengar?? Lantak kaulah... So dah habis shooping, bolehla kita beransur pulang.

Posted by MZ

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.