Tuesday, September 25, 2012

Haul #10 : Etude House

Ahad lepas ada karnival Etude House di Sungei Wang. So semenjak dah jadi peminat tegar E.H ni, peluang macam ni mesti aku tak lepaskan. So berangkatlah aku ke sana dengan satu tujuan. Shooping!! (gila shooping dah ni). Sambil2 tu bolehla try naik bas GoKL tu. Katanya bas tu percuma dan siapa yang taknak sesuatu yang percuma kan?? Cuma bas tu lalu dalam area KL jelah. Buat masa ni area Bukit Bintang, KLCC dan Pasar Seni. Yang lain akan menyusul kemudian. So nak tahu apa yang aku beli kat E.H?? Jom...

Masa sampai kat outlet mereka, takde orang pun dalam tu kecuali S.A mereka yang ramai pada hari tersebut. Rasa segan pulak nak masuk tapi redah jelah. Agak2 berapa banyak duit yang aku akan belanja harini?? Salah seorang S.A mereka yang melayan aku tu bagitahu kalau kita beli 3 item dan ke atas boleh dapat diskaun 30% dan pembelian RM100 dan ke atas dapat hamper percuma yang bernilai RM100. Konon2nya terujalah mendengarnya padahal aku dah tahu pun pasal tu. Misi aku untuk haritu ialah nak beli lip tint, bb cream yang baru tu dan primer je, harap2 takdelah lebih RM150 sebab itu jelah cah yang aku ada masa tu. So misi pertama adalah lip tint.
Primer, BB Cream dan Lip Tint
S.A yang ikut aku tu memperkenalkan dengan lip tint keluaran baru mereka. Botolnya kecik je, comel2 gitu. Dia syorkan aku ambil warna pink tapi aku pulak berkenan dengan warna peach. Last2 aku ambil jugak warna pink tu. Harganya RM27.93 selepas diskaun 30%.

Kemudian aku pun carilah Precious Mineral Sun BB Cream, bb cream terbaru keluaran E.H. S.A tu cakap bb cream tu ada whitening, anti-wrinkle, anti-darkening dan ada cool effect dimana kalau kita sapu kat muka tak terasa hangat or panas. Aku tanyalah, sesuai tak untuk orang yang mempunyai kulit berminyak, dia kata ia tak akan membuat kulit bertambah berminyak dan kalau berpeluh sekalipun tak akan mudah luntur sebab ianya kalis air. Asalnya aku nak ambil yang satu lagi, Precious Mineral BB Cream tu tapi dia kata tak sesuai untuk orang kulit berminyak sebab ianya akan membuatkan kulit lagi berminyak. Lagipun ia ada span untuk aplikasi. So kalau rasa tak nak pakai berus or jari bolehla gunakan span tersebut. Cuma kalau nak guna span tu kenalah rajin cuci, takut2 nanti ada bakteria pulak. Kalau span tu dah tak boleh digunakan lagi, mereka ada jual span secara berasingan. Harganya mahal jugaklah untuk botol sebesar itu. RM109.90, takde diskaun. Cukup ke tak duit aku ni nak bayar nanti??

Pastu aku bagitahu S.A tu aku nak primer. Terus dia rekemenkan Nymph Aura Boosting Primer. Katanya sesuai untuk kulit berminyak. Sambil2 tu dia pun sapukan kat tangan aku untuk menunjukkan ianya tak berminyak dan cepat menyerap. Aku ada tanya gak pasal Collagen Moistfull Primer tapi S.A tu kata kolagen tu akan membuatkan kulit aku lagi berminyak. Harga, RM48.93 selepas diskaun 30%.

So sekarang dah ada 2 item (tak termasuk bb cream sebab ia takde diskaun), nak cari lagi 1 nak cukupkan 3 item untuk mendapatkan 30% diskaun. Ingatkan nak belilah eyeshadow, tapi warna yang aku nak tu ada shimmer pulak dan aku bukan suka sangat pakai yang ada shimmer nih. So terpaksalah lupakan eyeshadow tuh. Selain dari tu, S.A yang melayan aku tu syorkan mask sheet, hand cream dengan pencuci muka.

Aku ingat nak cubalah pencuci muka tu since dia kata boleh guna untuk cuci mekap tapi bila aku kira2 rasa macam dah lebih dari RM150. So aku pun tengoklah benda lain kot2 ada yang murah sket. Akhirnya aku pun tukarkan pencuci muka tu dengan lip balm. Murah sket. Aku dah malas nak tambah lagi dah since apa yang aku ambil tu pun dah lebih dari RM150. Lipstick dia pun aku macam tak berminat lagi dah. So aku pun fikirlah macam mana nak cakap yang aku nak pergi ambil duit dulu baru bayar.

Last2 bila aku nak bayar, kena charge RM200+. Habislah... Aku pun dapat idea. Aku cakaplah yang aku nak hold dulu sekejap and then baru aku bayar. Nasib baiklah dia kata ok... Lega betul... So aku pun cepat2 pergi ATM untuk keluarkan duit dan cepat2 pergi kedai E.H tadi balik dan bayar. Fuh!! Selesai masalah aku... Buat malu je... Alah bukannya aku lari dan tinggalkan terus. Aku datang balik dan bayar apa barang yang aku beli tadi tu. Lepas ni kena tunggu lama sket baru boleh datang kedai tu balik...

Antara free gift yang aku dapat dengan pembelian RM100++.

Masa singgah Watson, aku beli eyeshadow Maybelline dan cleansing wipes dari Simple. Pastu terus balik. Oh ya, kononnya nak try bas GoKL tu kan?? So aku pun cari bas stop berdekatan dan tunggulah. Aku naik bas warna pink (purple line) untuk ke CM. Tapi turun dekat depan Kotaraya since aku nak berjalan ke CM je. Selain dari bas pink (purple lah..) ada jugak bas warna hijau dimana bas tu menuju ke KLCC. Maybe next time akan cuba naik bas hijau pulak. Sorry, takde gambar nak tunjuk.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.