Monday, September 3, 2012

Kimchi Ramen

Kepada sesiapa yang minat citer Korea mesti tahu kimchi tu apa kan?? Sejenis makanan yang diperbuat daripada kobis cina dan cili kemudian diperap dan disimpan. Selalunya lama jugak ia disimpan sebelum dimakan. Nak makan terus pun boleh jugak. Tapi aku bukan nak citer pasal kimchi or macam mana nak buat kimchi. Kali ni aku nak citer pasal kimchi ramen yang aku jumpa. Kalau nak tahu ramen tu samalah macam mi segera.

Mi segera keluaran jenama SUPER (sama dengan beras tu) diberi nama Kimchi Ramen. Biasanya orang risau, kebanyakkan makanan korea ni ada yang tak halal dan tak pasti halalnya. Tapi yang ni memang confirm halal. Jangan risau punyalah.

Rasanya lebih kurang macam makan mi segera biasa cuma tambah kimchi je. Bolehla... Mungkin pedas sedikit bagi sesetengah orang tapi rasanya pedas tu boleh tahan lagilah. So sesiapa nak try bolehlah cari kat mana2 pasaraya yek.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.