Monday, September 10, 2012

Sesi menghabiskan duit kat Sogo

Hari Sabtu lepas aku pergi shooping kat Sogo. Dah lama tak jejak kakiku kat Sogo, kebetulan pulak ada Warehouse Sale... So aku pun tidaklah melepaskan peluang ni.
Asalnya nak tengok2 je, tapi boleh pulak tersangkut kat bahagian beg. Nak pulak cantik2 belaka begnya..
Ada beg Coloris Accessories tu, beli dua cuma RM80 je. Beg aku yang lama tu pulak dah rosak talinya, so aku fikir kalau ada beg yang boleh bukak talinya mungkin aku akan belilah.
Sekali jumpalah satu beg ni... Talinya ada butang, boleh bukak dan adjust... So aku pun sambarlah beg tu satu dan carilah satu lagi beg nak cukupkan 2..
Ni lah beg yg ada butang tu
Ni pulak beg pilihan kedua... Suka kombinasi warnanya
Coloris Accessories

Dah dapat beg, pergi tengok produk Nutox pulak... Ingatkan nak beli Exfoliator dia je (harganya murah dari tempat lain.. kalau kat luar dlm RM30+), tapi aku telah di influence oleh S.A tu supaya membeli facial wash dia. Beli besar dapat kecik punya saiz. Katanya ramai dah ambik facial wash tu.. Aku pun ambiklah jugak. Pastu dia nak suruh aku amik pelembap sekali tapi aku cepat2 tolak, takut nanti banyak pulak dia nak suruh aku beli nanti... Huhuhu...
Cleanser dgn Exfoliator
Wrinkle Away Cleanser
Skin Reborn Exfoliator
Harga kedua2 cleanser
Harga Exfoliator

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.