Tuesday, October 30, 2012

Review: My Nutox Experience

Ingat tak dulu aku pernah beli produk Nutox Oxyfusion kat Guardian KLCC? Kalau tak ingat boleh refer entry ini. Haaa.... Setelah hampir 2 bulan aku menggunakannya, barulah boleh aku buat ulasan tentang produk Nutox tu.

Pertama sekali produk Nutox Oxyfusion Invisible Pore Essence. Botol yang kecil dengan isipadu hanya 15ml sahaja, dapat tahan 2 bulan je aku guna. Kalau nak guna kena tekan bahagian atas dan berhati2 kerana takut kalau terlebih tekan maka isinya akan terlebih keluar (selalu kena). Kalau tak pandai guna boleh habis dalam masa sekejap je.

Masa aku beli dulu, aku diberitahu bahawa pori2 di muka aku akan tertutup selepas 2 minggu penggunaanya. Huh!! Takde maknanya. Lepas 2 minggu pakai, pori kat muka aku tu still macam tu jugak. Hampeh tul... Takpelah, dah alang2 beli, baik habiskan jelah terus. Sekarang, bila aku dah habis guna, aku tengok balik keadaan pori2 kat muka aku tu. Masih sama je. Tak mengecil or semakin berkurangan or less visible. Masih lagi macam dulu jugak. Well, maybe ada sedikit perubahan but still large and visible. Nampak lagi macam bintik2 coklat gelap dan berlubang.

Yang bagusnya, bila sapu je pada kulit ia bolehlah dikatakan cepat menyerap. Tak perlu tunggu lama sangat untuk dia menyerap ke dalam kulit. Dan selalunya, walaupun sudah lama kering, bila kita basuh dengan air ia akan terasa melekit sedikit. Tapi yang ini tak langsung. Itu menunjukkan yang ia memang betul2 cepat menyerap. Cuma selepas beberapa jam pakai, kulit aku memang akan jadi melekitlah since aku ni jenis kulit berminyak. Lagipun ianya mempunyai satu bau yang aku tak tahu nak gambarkan. Nak kata bau sabun bukan dan nak kata bau chemical pun macam bukan. Cuma baunya rasa macam menyegarkan, bagi akulah, orang lain aku tak tahu.

So adakah aku akan repurchase? Mungkin tidak. Sebabnya, tak meninggalkan kesan sangat ke atas aku. Well, maybe orang akan cakap kena guna bersama2 dengan range dia yang lain or kena guna banyak kali baru ada kesan. Tapi entahlah... Aku rasa sama je kot. Orang lain tak tahulah tapi bagi aku... Hmmm... Lagipun, produk Nutox tu kebanyakannya mahal, kalau nak beli set lengkap kang memang konfom aku tak makan nanti. Anyway, depends kat orang jugak. Maybe kalau orang lain pakai ada perbezaan, lebih berkesan ke kan... Mana tahu, setiap orang berbeza kulitnya...

Yang keduanya adalah produk Nutox Oxyfusion Ageless Eye Refiner. Datang dalam bentuk tiub kurus dan panjang dengan isipadu sebanyak 15ml ni belum habis guna lagi. Yang ni boleh dikawal sedikit penggunaanya sebab aku cuma picit amaun yang aku nak je. Sebab tu belum habis lagi kot. Harganya taklah semahal Pore Essence tu, dalam RM30+ kot.

Yang ni pun tak mendatangkan kesan kepada mata aku. Selama 2 bulan aku pakai ni, kulit di sekeliling mata aku masih dalam keadaan yang sama je seperti sebelum penggunaanya. Nak hilangkan garisan gelap kat bawah mata aku ni rasanya tak lah kot.

Sama macam pore essence tu jugak, ianya tak melekit dan memang cepat menyerap. So kalau pakai kenalah cepat2 ratakan sebelum ianya menghilang. Rasanya tiada bau yang kurang menyenangkan. Itu yang aku suka pasal produk Nutox nih. Cepat menyerap, bau yang boleh aku terima dan tidak melekit bila memakainya. Dan ianya paraben free, chemical yang terkandung mostly dalam skincare and makeup.

So adakah aku akan repurchase produk ni? Taklah kot tapi mungkin aku akan cari alternatif lain yang lebih murah sket. Rasanya ada kot yang lagi murah. Itulah sahaja review aku untuk kali ini. Berbeza orang berbeza hasil dan pendapatnya. Terima kasih.

9 comments:

  1. Keep working, nice post! This was the information I had to know.

    ReplyDelete
  2. Thank you for the sensible critique. Me & my cousin were just preparing to do some research on this. We got a book from our local library but I think I learned better from this post. I’m very glad to see such great info being shared freely out there…

    ReplyDelete
  3. Well as I said it in my entry, this is just my personal experience. I'm not sure if the results will be the same for others. Anyway, thank you and hope that help you a little bit.

    ReplyDelete
  4. Saya pakai nutox muka sentiasa berpeluh

    ReplyDelete
  5. i pky nutox da setaon, tp rasa mcm muka makin gelap..bfore dis, pky produk lain muka ok jer..kulit asal cerah la jgk tp bila pky nutox kulit makin gelap jadinye..why?????��

    ReplyDelete
  6. tima kasih byk2... this is the most honest n unbiased review i had ever read... teruskan tolong kitorg kt luar sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung jugak kepada kulit masing2.Ada yang sesuai ada yang tak...

      Delete
  7. Do you have any video of that? I'd like to find out more details.

    ReplyDelete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.