Tuesday, November 27, 2012

Haul #13: Drugstore cosmetics

Sepatutnya aku buat entry ni awal bulan haritu tapi memandangkan ada banyak komitmen maka tak sempat aku nak update. Semua barang mekap ni aku beli dekat Watson Sungei Wang dan Guardian KLCC. Sorrylah guys, dah nak akhir bulan baru nak update. Anyway, let's start shall we..

Semua items dibawah ni aku beli kat Watson Sungei Wang.

1. Ginvera Real SPA Green Tea (RM13.80)
Masa mula2 nampak shower gel ni kat Carrefour. Aku perasan perkataan spa kat situ. Biasanya orang kaitkan spa tu dengan sebuah kedai tapi ni shower gel spa ni boleh kita gunakan kat rumah mengikut keselesaan sendiri. Ada jugak cari review kat dalam negara (tak banyak) dan mostly mengatakan ianya bagus. So bila aku jumpa kat Watson ni terus aku amiklah. Nak jugak try kan...

2. Maybelline ColorSensational - 065 Hooked On Pink (RM23.90)
 Aku memang nak cari lipstick warna merah (bukan merah mak ngah tu ye) ni so aku survey dan akhirnya bercadang memilih brand Maybelline. Masa tengah nak pilih warna merah yang sesuai, datangla pulak S.A ni tanya aku nak cari apa (tak suka betul kalau diganggu). Aku cakaplah nak cari lipstick warna merah. Adalah beberapa warna dia cadangkan tapi aku lebih berkenan dengan Hooked On Pink. Nama je pink tapi ianya lebih kepada merah gelap sebenarnya.

3. Maybelline Watershine Collagen Gloss - PF32 (RM 22.90)
Aku pilih lipgloss ni sebab nak padankan dengan lipstick tadi. Masa swatch tu nampak lebih sesuai so aku pun amiklah. Walaupun warnanya pink tapi padan pulak dengan lipstick tu.

4. Maybelline Clear Smooth BB - Stick 01 Fresh (22.80)
Aku pilih bb stick ni sebab senang. Pakai je kat muka dan blend. Kalau pakai jenis liquid punya kena guna span/berus ataupun jari lepas tu nak kena cuci tangan la bagai. So kalau pakai stick ni terus sapu ke muka. Tak payah susah2 guna jari or berus semua. Terutama sekali time pagi nak pergi kerja ataupun time lepas solat. Kalau time outing pun boleh jugak.

Yang bawah ni pulak aku beli kat Guardian KLCC.

1. Maybelline ColorSensational - 645 Red Revival (selepas diskaun RM24.88)
 Ingatkan kat KLCC taklah kena ganggu, nampaknya aku silap... :`( Ada jugak rupanya... Haish, terpaksalah terima... Yang ni memang aku dah aim masa kat Sungei Wang sebelum ni tapi disebabkan adanya S.A yang sibuk je ikut aku masa tu terpaksalah aku hold dulu. S.A tu cadangkan warna yang fresh sket tapi hati aku memang dah terpaut kat warna ni. So kau cakap macam mana pun aku tetap nak amik warna ni jugak.

2. Maybelline Watershine Collagen Gloss - PC21 (RM22.90)
Aku memang cari lipgloss warna peach yang takde glitter or shimmer bagai. Mostly aku jumpa (ada lagi yang aku tak survey) ada glitter dan shimmer bagai. But this one takde langsung. Just glossy je. Tu yang aku suka tu. Dah lama cari baru sekarang jumpa (apesal aku tak perasan sebelum ni). Nasib baik S.A tadi dah blah. Bolehlah aku pilih dengan tenangnya.

3. Johnson Baby Shampoo (RM 5.80)
Aku beli ni bukan sebab nak syampu rambut tapi nak syampu berus mekap aku ni hah.. Mesti orang pelik, apesallah susah2 beli syampu semata2 nak cuci berus je? Guna sabun jelah. Aku taknak beli pencuci berus sebab takut mahal. Yang ni murah je. Nak guna sabun mandi kang takut rosak bulu berus pulak. So aku belilah syampu ni.

Okay, itu sahaja untuk harini. Buhbye alls...

2 comments:

  1. sy pun xsuka bila SA dok ikut..rsa mcm segan plak nk tgk2..

    ReplyDelete
  2. Tulah...tak selesa kalau dia asyik ikut je...

    ReplyDelete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.