Monday, November 5, 2012

Kucingku mati...

Hari Khamis lepas aku dikhabarkan dengan berita yang sedih sket. Kucing aku, Oren yang tinggal kat Kelantan sana tu dah mati. Adik aku yang bagitahu. Katanya mak aku sms dia pagi Khamis tu, nak bagitahu yang kucingku dah mati malam sebelumnya dan sudah ditanam pagi tersebut.
Masa awal bulan Mei
Akhir bulan Mei
Adik aku kata lagi, masa Oren balik rumah pagi tu (selepas sehari tak balik, dia selalu keluar rumah dan kadang2 berhari2 tak balik), dia berada dalam keadaan tercungap2. Macam semput ke apa aku tak pasti. Dia berkeadaan sebegitu sehinggalah ke malam. Dan bila mak aku pergi check Oren malam tu, dia sudah tidak bergerak dengan mulutnya berbuih.


Sedih jugaklah sebab Oren tu aku yang jaga dia sejak dia lahir lagi sehinggalah dia dibawa ke Kelantan untuk tinggal dengan parents aku kat sana. Kali terakhir aku jumpa dia adalah pada akhir bulan Mei lepas. Bila teringat kembali kenangan bersamanya dulu, lagilah terasa sedih. Oren dulu nakal sket, selalu jugaklah kena marah dengan aku. Rasa bersalah pulak sebab selalu marah dan kadang2 tu kena jugaklak 'lepuk' dengan aku tapi takdelah sampai mendatangkan kecederaan. Cuma dia lari je... Sekarang ni dia dah takde, rasa macam terngiang2 je bila dia mengiau. Kadang2 tu dia mengiau macam mak nenek membebel. Kuat pulak tu.

Lepas satu, satu. Mula2 Comot hilang kat KL ni, selepas dibiarkan keluar bermain depan rumah dan tak balik2 langsung (tulah, aku kata jangan bagi mereka ni keluar rumah tapi mereka ni kata "Alah, biar jelah. Nanti dia tahulah nak balik". Sampai sekarang tak balik rumah). Pastu Achik hilang kat Kelantan (rasa menyesal pulak hantar dia ke sana). Lepas tu Atam pulak (kucing pertama yang kitaorang ambil dari tepi jalan dan bawak balik rumah sehinggalah dia beranak pinak. 3 kali beranak dapat 13 ekor anak. Fuhh banyak giler...) Lepas tu pulak Belang dan Luna. Kalau kedua2 ni balik ke rumah semula memang aku nak bawak mereka ni balik KL. Biarlah aku yang jaga. Belang tu manja sket dengan aku. Kadang2 tu kalau aku nak baring dalam bilik dia mesti nak menyelit kat sebelah aku jugak. Kalau aku naik atas, dia pun mesti nak ikut naik atas jugak. Si Luna pulak, sebelum dia dihantar ke Kelantan, tetiba dia jadi manja dengan aku pulak. Nak jugak tidur sebelah aku.
Comot
Achik
Atam
Belang
Luna
Tu yang hilang, yang mati pulak baru 2 ekor, termasuklah Oren. Yang pertama anak Kero (anak Atam). Baru 2 minggu je hidup pastu dah mati. Terbaru ni pulak Oren. 9 ekor dah dibagi kat orang, 5 ekor hilang, 2 ekor mati dan sekarang tinggal 3 ekor je kat Kelantan sana tu.. T_T

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.