Thursday, December 13, 2012

12.12.12

Tarikh semalam memang cantik. Mesti ramai yang nikah semalam. Even anak kepada jiran sebelah rumah pun nikah semalam. Tapi aku bukan pergi mana2 majlis kenduri or nikah pun. Nak tahu apa yang aku buat pada tarikh istimewa tu?? Jeng jeng jeng...
Tadaaa...

Aku pergi beli donut kat Krispy Kreme Times Square. Alah tak grand mana pun. Takat beratur lama hanya semata2 nak beli 1 dozen donut pelbagai rasa tu je. Start 12pm sampai 2pm je pun. Siap keluar awal lagi tu nak mengejar line masa tu. Tapi keluar awal pun (sampai dalam 12.30pm) dah beratur panjang dah. Tak panjang sangatla.. Sebab tu aku merajinkan diri beratur jugak. Wah giler... Nasib baik sempat. Takut gak kalau sampai time aku, masa dah cukup. Buat penat beratur je. Itupun nasib baik staff diaorang bagi free donut mini untuk customer yang menunggu. Makan donutlah untuk lunch semalam. Tak sempat pun nak singgah mana2 beli lunch, makan jelah donut yang aku beli tu.

Anyway, masa tengah beratur tu adalah aunties kat belakang aku ni duk bising2. Entah apa yang dia duk bertekak pun aku tak faham. Tapi yang bestnya, boleh pulak diaorang ni bertekak sebelah aku. Dahla cakap kuat macam nak suruh semua orang dengar. Kalau nak gaduh, balik rumahla. Jangan bertekak kat sebelah strangers... Agak2 la sket... Sabar jelah... (~_~)

Itu satu hal. Jam menunjukkan 1.30pm. Dari tadi beratur tak gerak2 langsung. Tetiba datang orang bawak berplastik2 kotak Krispy Kreme. Agaknya mereka import dari kedai lain kot... Nampaknya sambutan sangat menggalakkan sampai kena import dari kedai lain. Pastu tetiba ada orang buat announcement. Yang duk belakang for sure tak dengarlah. So aku pun tanyalah staff yang lalu kat situ. Rupanya diaorang dah limitkan 1 dozen for 1 person only. Auntie yang kat belakang2 tu tak puas hati. Kenapa baru sekarang nak kawal padahal orang yang datang awal tadi boleh je beli sampai 3 - 6 dozen?? Betul jugak cakap auntie tu. Patutnya diaorang tetapkan syarat tu awal2 lagi supaya masalah tak cukup donut ni at least tak teruk sangat. Takdelah orang tak puas hati ke. Ni bila dah limit baru nak kawal. Takkanlah diaorang ni takde experience on how to manage kes macam ni??

Alah, cakap orang. Kalau aku di tempat mereka pn belum tentu aku akan buat macam tu. Hmmm.... Well, at least aku dapatlah jugak merasa donut Krispy Kreme. Ingatkan bolehla pilih yang original glazed tu tapi diaorang yang pilihkan. Maka dapatlah aku pelbagai jenis donut. Tengok jelah gambar...
1 dozen RM12 tak termasuk cukai
Apa jenis donut yang aku dapat?
  1. Almond All Over
  2. Nutty Nutty
  3. Chocolate Peanut Butter
  4. Oreo
  5. Caramel Cookie

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.