Thursday, December 27, 2012

Durian Pancake Sumptuous Desserts

Orang dah lama sibuk pasal durian crepe nih, aku baru nak terhegeh2 nak try. Apa yang best sangat pasal durian crepe nih?? Adakah sebab inti durian?? Kalau peminat durian mungkin lah... Tapi yang tak minat sangat durian tu pulak macam mana?? Pandai2 lah fikir sendiri...


Aku dah pernah try buat durian crepe tu tapi biasalah kalau orang tak berapa nak pandai masak macam aku ni mesti tak berapa nak jadi punyalah.. Last2 aku beli jelah yang dah siap. Senang cerita.. Huhuhu... Yang ni diimport khas, jauh kat sinun.. Kat Mid Valley je... Hehe... Orang kata kat situ sedap, so aku pun pergilah Mid Valley minggu lepas semata2 nak cari crepe nih. Hahah jauh betul mencari yek... Padahal kat Sungei Wang ada apa...

Rasanya biasa je tapi sedap jugaklah bagi aku. Sebab bila makan 1 rasa tak cukup, nak kena makan lagi.. Sedar2 je dah habis aku lantak sorang. (^_^) Kat Mid Valley tu dia tak panggil durian crepe tapi durian pancake. Lebih kurang je pun, takde bezanya. 1 kotak tu ada 6 ketul, berharga RM10. Kecik tapi boleh tahan jugaklah harganya. Aku tak sure dia pakai durian apa. Ada orang kata D24 (entah betul ke tak) tapi durian tu ada rasa pahit2 sket. Tapi isi boleh tahan banyak jugaklah. Takdelah kedekut sangat.

Selain dari itu aku beli kek Hokkaido. Alah macam makan kek span je cuma ada inti durian kat dalam. Yang ni tak silap RM8 untuk 3 biji. Saje je nak rasa.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.