Thursday, December 27, 2012

Menang giveaway dari CCM

Aku sebenarnya tak menjangka akan menang pun giveaway tu. Saje suka2 join. Kalau tak dapat minggu seterusnya join lagi. Tapi bila diumumkan nama aku sebagai pemenang 2 minggu lepas, memang terkejut jugakla. Dah la aku ni jarang menang hadiah. Tetiba menang pulak giveaway dari Colours Cosmetics Malaysia tu. Teruja sekejap.


Lepas dah email maklumat2 yang diperlukan, hari Selasa lepas sampailah bungkusan tu kat rumah. Memang cepatlah service diaorang ni. Tanpa buang masa teruslah aku membuka bungkusan tersebut.

Aku dapat Shangpree Olive Lifting Eye Cream. Full size, 30ml. Kalau ikut harga asal kat website CCM tu, dalam RM118. Sekarang ada promotion 15%, sampai 31hb Disember nanti. Tapi aku dapat free je. Suka2... (^_^)

Made in Korea sebab tu tulisan banyak dalam bahasa Korea
Well, aku belum guna lagi since Nutox Eye Refiner aku tu pun belum habis lagi. Kena tunggu habis baru boleh guna. So lambat lagilah nak buat review pun. Sementara tu tengok jelah gambar yang aku amik ni yek...
Yang ni pulak free gift aku dapat. NYX Loose Pearl Pigment Eyeshadow. Ada 13 peket dan 12 jenis warna. Tak pernah try tapi tengok dari luar macam jenis yang ada shimmer je. Takpelah, simpan je dulu. Kot2 nak try ke nanti kan...

4 comments:

  1. bestny! sy pun ada join tp xda rezeki lg..tahniah Alya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pun x sangka akan menang. xpelah, rasanya ada byk lg g.a yg diaorang buat. maybe next time. shu punya lg byk menang g.a kan.. alya nih baru menang 1 2 je...

      Delete
  2. wahhh..best..bertuah sungguh ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kali ni rezeki saya menang, lain kali orang lain pulak.. x gitu??

      Delete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.