Monday, December 10, 2012

Review: Etude House Bebe Foot Mask

Sebenarnya dah lama nak tulis review pasal foot mask ni. Tapi bila nak buat ada je yang menghalang. Dah lama beli, baru bulan lepas sempat menggunakannya. So let's start.
Bahagian hadapan
Bahagian belakang

Etude House Bebe Foot Mask
Description : Easy and comfortable foot care sheet that makes sleek and clean feet with the effect of removing keratin, relaxing the foot odor and others by wearing it.
Sebelum guna, potong sheet tu kepada 2 bahagian
Sticker yang disertakan sekali dalam peket.

Cara penggunaan : Sila pastikan kaki dalam keaddan bersih dan kering dari segala kelembapan. Potong sheet tu kepada 2 bahagian (untuk setiap kaki). Setelah dipotong, sarungkan ke kaki. Menggunakan sticker yang ada, lekatkan lebihan sheet tu supaya ianya dalam keadaan tertutup seperti membalut kaki. Tunggu dalam 1 jam sehingga 1 jam 1/2 sebelum menanggalkan sheet tersebut. Bilas dengan air sehingga bersih. Selepas 2 minggu barulah menampakkan hasilnya.

Jangan tanya apa yang ditulis kat sticker tu sebab aku pun tak tahu. Gambar tu pun tak sure betul ke tak. Macam terbalik pun ada. Takpelah. Masa dalam minggu pertama selepas penggunaan mask tu, tiada apa yang berlaku. Tetapi apabila masuk minggu kedua, kakiku mula menunjukkan kesannya. Kulit kaki mula mengelupas. Takdelah sakit tapi nampak macam orang ada masalah kulit pulak.

Kawasan yang paling ketara adalah bahagian hujung jari kaki. Memang mengelupas teruk. Tempat lain tak mengelupas sangat pulak. Hanya sedikit terjejas je. Aku pulak tak boleh nak tengok kulit2 terkopek ni. Tangan mula gatal mencabutnya. Huhuhu... Tapi selepas 2 minggu, memang terasa licin je kulit kaki ni. Mungkin takdelah licin sangat tapi bolehla. Contohnya kawasan2 macam kat tumit tu dah tak pecah2 lagi dah. Dah kurang sket. Tapi ianya tak boleh menghilangkan kematu jelah. Sorry, kakiku memang berkematu (T_T). Nak kata kurangkan bau kaki tu tak pasti sebab aku tak test pulak macam mana bau kakiku. Rasanya takdelah bau busuk sangat kot.

Pendapat aku okaylah cuma aku je yang tak tahan pasr kulit mengelupas tu. Asyik nak kopek je. Kalau untuk licinkan kulit kaki bolehla. Tapi kalau nak buang kematu dan lain2 tu memang tak boleh. Kena cari jenis lain yang sesuai. Ni hanya untuk melicinkan dan menghaluskan kulit kaki je (lebih kurang gitulah).

P.s : Ini adalah pendapat aku sendiri tentang produk tersebut. Ianya mungkin berbeza bagi individu lain.

No comments:

Post a Comment

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.